Thursday, June 1, 2023

SEMANGAT UNTUK AKTIF KEMBALI

Assalamu'alaikum WBT.

Apa khabar semua? Tiber. Hari ini adalah hari pertama bulan Jun 2023. Adakah anda pernah terfikir, masa berlalu begitu cepatkah atau kita saja yang tidak sedar? Saya rasa ketika kita hadapi sesuatu haritu, masa berjalan dengan lambat, tapi bila dah lepas, rasa macam aik sekelip mata saja masa berlalu kan. Okay entahlah apa saya cakap ni kahkah. 

Saya sebenarnya berharap saya boleh kembali aktif berblog seperti dulu kala. Sekarang saya macam tiada mood mau berblog. Entah kenapa. Tapi saya akan sedaya upaya mengumpul semangat dan sentiasa update blog saya, untuk kebaikan dan kepuasan diri saya juga pada masa akan datang. Setiap aktiviti yang dilaksanakan sebenarnya kena update secepat mungkin, kalau tak terus tak ada mood nak buat blog.

Tahun paling saya aktif berblog adalah tahun lepas, tahun 2022. Hampir setiap hari ada saja benda yang saya lapor kahkah. Sebab memang saya aktif tahun lepas. Di sekolah pun banyak aktiviti. Jadi banyaklah gambar yang diambil. Jadi barulah menarik kan blog. Kalau tahun ini, saya rasa macam sekolah saya pun kurang aktif. Tambah lagi dengan kes strok haba, jadi banyak aktiviti dibatalkan.

Sukantara pun macam tidak dilaksanakan tahun ini. Padahal itu antara aktiviti paling menarik untuk dibuat di sekolah. Entahlah jalan ke tak sukan ni tahun ni. Tapi buat apa saya beria haha sebab tahun lepas pun saya bukan ada function sangat pun dalam Sukantara. Okay kembali kepada cerita asal, in shaa Allah saya akan berusaha menjadi lebih rajin untuk berblog. Hihi.

Eh kejap, kita ni dah di pertengahan tahun sebenarnya. Sedar ke tak? Lagi 6 bulan kita akan masuk tahun baru in shaa Allah. Kalau panjang umur, boleh lah kita berjumpa lagi dengan tahun baru kan. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Semoga kawan kawan saya cepat cepat bertemu jodoh supaya saya boleh berjalan jalan ke rumah dorang. Tiber. CC: Rajni, Rabiatul, Sabrina.

Rantau Panjang, Kelantan.

No comments:

Post a Comment