Sunday, September 29, 2024

SUSAHNYA MENGAJAR ORANG YANG TIDAK MINAT

Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya setakat ini mengajar murid yang jelas-jelas tidak mahu belajar, jelas-jelas membenci konsep menuntut ilmu, jelas-jelas tiada langsung minat untuk belajar. Hampir sama semua itu, cuma saya ingin ta'kidkan di sini bahawa susahnya untuk mengajar orang yang memang tak mahu belajar. 

Apa yang saya boleh cakap, orang-orang beginilah yang membuatkan kita menjadi hilang minat untuk mengajar. Mood boleh jadi merudum terus bila jumpa pelajar seperti ini. Bila murid tunjukkan muka tak berminat pun kita dah rasa lain macam dan rasa nak give up mengajar kelas itu. Apa lagi kalau kita bagi kertas, dibuang begitu saja. 

Apa yang kita bagi itu macam tiada nilai saja. Belajar macam kena paksa. Pedihnya jumpa murid begini. Kita pun automatik jadi malas mengajar. Memang betul kita kena pelbagaikan cara mengajar. Mungkin menjadikannya lebih menarik, tapi bukan selalu dapat buat begitu. Bukan satu kelas yang diajar, bukan juga satu tingkatan. 

Ada jugalah masanya saya guna cara menarik dan memang murid berminat, tapi bukan selalu juga. Tapi highlight saya di sini adalah sikap mereka yang seolah-olah dipaksa dan belajar itu menjadi beban kepada mereka. Saya pun pernah jadi pelajar di sekolah suatu ketika dahulu, jadi saya faham juga perasaan dipaksa belajar itu.

Tapi budak sekarang yang saya hadapi macam belum ada kesedaran diri tentang diri sendiri. Maksudnya kalau lihat daripada situasi dan keadaan ekonomi keluarga mereka, mereka sepatutnya lebih sedar (diri) dan belajar bersungguh-sungguh namun sekarang yang sebaliknya berlaku. Hidup nak selesa tapi malas dan tak ada usaha langsung.

Pasal adab malas nak cakap lebih-lebih lagi kawasan sini kali yang memang tidak dititikberatkan langsung. Ibu bapa pun macam tidak cakna dengan pembelajaran anak. Pasal cara dibesarkan, saya tidak menyalahkan anak-anak hundred percent sebab saya tahu juga macam mana kehidupan mereka. Agama entah ke mana.

Jadi sebab itulah budak-budak ini saya doakan agar satu hari nanti, akan timbul kesedaran dalam diri mereka. Bukan tiada budak yang bagus, ada. Tapi tidak ramai. Semoga mereka dikurniakan taufik dan hidayah untuk menjadi lebih baik dalam segala hal. Semoga mereka menitikberatkan pelajaran dalam hidup mereka juga dan stabil dunia dan akhirat.

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, September 26, 2024

SELAMAT BERPINDAH CIKGU FIYNA


Hilanglah satu orang lagi guru Muslim di sekolah ini. Sedih! Cikgu Fiyna akhirnya dapat pindah di Tuaran. Sedih bagi saya lah dan kawan-kawan yang lain. Gembira bagi Cikgu Fiyna sebab akhirnya dapat bersatu dengan suaminya dan anak-anak selepas berpjj selama beberapa tahun. Tapi dekat saja lah. Kota Marudu dan Tuaran. 

Yang pastinya Cikgu Erlinda lah yang paling terkesan dengan perpindahan Cikgu Fiyna sebab mereka dah macam belangkas dah bak kata orang putih. Datang sekolah pun sekali, sentiasa bersama ke kantin. Semoga Cikgu Erlinda tidak kesunyian selepas ini tanpa geng boraknya kahkah. Mereka sama-sama mengajar dari SMK Tandek lagi dan dipindahkan ke sini pun sekali lebih 7tahun lepas. 

Apapun tahniah Cikgu Fiyna. Semoga terus cemerlang di tempat baru. Muda lagi Cikgu Fiyna ni, satu umur Kakda dan ada anak dua, Naura dan Nufa. Suami dia saya kenal juga sebab tempat dialah saya ambil kereta. Selamat berbahagia bersama keluarga terchenta dan selamat mengajar di tempat yang baru. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, September 25, 2024

LIST BARANG HARI GAJI

Hai assalamu'alaikum semua. Hari ini adalah hari gaji alhamdulillah. Mungkin hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang hiks. Ada beberapa barang keperluan yang saya kena beli seperti pampers Muhammad sebab yang di rumah tinggal lagi 2 keping sahaja. Dahlah kemarin saja dia berak 2 kali. Jadi pampers sangatlah diperlukan sekarang. Lepas tu saya rasa nak beli buah. 

Sekarang saya sedang belajar untuk lebih berjimat cermat. Dulu selalu beli secara pukal tanpa fikir apa-apa. Tapi sekarang banyak yang saya perlu consider bila nak beli barang. Lebih kepada beli barang keperluan saja sekarang. Tapi kalau bab makanan, orang putih cakap jangan berkira. Bites Muhammad masih banyak lagi. 

Sebenarnya saya tengah fikir untuk basuh kereta. Macam hampir 2 bulan saya tak cuci hiks. Memandangkan saya dah tukar kedudukan carseat ke seat depan, jadi saya fikir mungkin boleh sudah saya cuci kereta di kedai automatik. Kalau tidak Muhammad dia pandai takut dengan bunyi dan mesin basuh kereta automatik. 

Hari ini saya kurang sihat. Dah beberapa hari sebenarnya. Tekak rasa tak sedap. Selesema dan rasa macam nak demam. Badan rasa tak larat. Bagaimanakah saya pergi ke servay dengan Muhammad seorang diri nanti? Alamak. Semoga Allah permudahkan segalanya. Okaylah banyak kerja saya sekarang, sangat banyak. Sekarang di sekolah, kejap lagi kelas. Bye! 

Kota Marudu, Sabah.

Tuesday, September 24, 2024

ANAK BUAH BERJUBAH DARI MEKAH



Comel dooh fokdio berjubah! Zahratul Iman dengan Abdurrahman Zakwan dah macam foreigner, menurun MamaDa betul. MamaDa kalau di UIA orang salah faham ingat dia bukan Malaysian. Allahu'alam lah orang anggap dia dari Bangladesh ke, India ke, Mongolia ke, Nepal ke, Sri Lanka ke. 

Abdullah Abbas punya jubah ngam betul dengan dia. Boleh pakai lama lah saiz besar. Abdul Hadi boleh lah untuk sebulan dua pakai. Lepas tu boleh letgo dekat adik mereka mungkin kahkah. Pandai betul si pembeli pilih corak dan warna. Cantik! Tapi Iman betul-betul vibe foreigner. Geram tengok. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, September 23, 2024

EXHAUSTING YET WORTH IT







Perjalanan balik ke Sabah sedikit memenatkan bagi saya. Balik ke Kelantan tu hari sama penat juga tapi mungkin mindset nak jumpa family kan, jadi hilang kepenatan. Tapi ini jumpa kerja kahkah. Jadi penatlah sikit. Tapi saya bersyukur sangat terjumpa Kak Bie, sama pula flight kami dari KB-KL dam sepanjang transit Kak Bie menemani kami sampailah masuk kapal. Kak Bid punya flight keesokan harinya. 

Bila sampai di KK, Kakda menyambut kami di balai ketibaan jam 12 tengah malam dan terus balik Kota Marudu sebab sekolah kan. Terima kasih Ya Allah kau temukan dengan orang-orang yang baik. Walaupun dengan pertolongan mereka pun saya letih dan kepenatan, tak dapat bayangkan kalau mereka tiada. Terima kasih Ya Allah permudahkan urusan kami. 

Perjalanan kami sebenarnya KB-KL jam 2.45 petang dan KL-KK jam 9 malam. Lama juga transit. Muhammad pun kesian mungkin dia kebosanan. Duduk di stroller lama-lama sakit pinggang juga. Maafkan Umi sayang. Demi sesuap nasi, beginilah pengorbanan kita. Semoga Allah memberkati segala usaha kita. Di sekolah saya sangat lemau rasa nak pitam kalau berjalan. Namun apakan daya terpaksa naik turun tangga untuk ujian utqh pai. 

Apapun, saya sangat bersyukur kerana dipermudahkan urusan pergi dan balik untuk bercuti yang mana saya pernah ambil keputusan untuk cancel flight sebab terfikir mampu atau tidak ku menempuhi perjalanan pergi dan balik berseorangan bersama Muhammad. Alhamdulillah cuti seminggu spent really well. Terima kasih Abah Muhammad bawa Umi dan Muhammad jalan-jalan tanpa henti hiks. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, September 21, 2024

WELCOME BACK ORANG MEKAH























Rezeki Abah, Umi, Syahadah dan Mukhlisin dapat menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah mengerjakan umrah. Alhamdulillah selamat pergi dan balik ke destinasi. Semestinya ia menjadi kenangan terindah dalam kehidupan mereka. Semoga kita semua juga dikurniakan rezeki untuk ke sana suatu hari nanti. 

Masa saya first tengok gambar mereka di Mekah, saya rasa sangat sebak dan menangis ya tuan puan. Rasa macam mimpi tengok mereka di sana. Apatah lagi mereka sendiri yang mengalaminya. Mungkin tidak dapat describe perasaan itu kan. 

Untungnya lah adik-adik guel muda-muda lagi dapat ke sana sini alhamdulillah. Saya pun tumpang gembira. Kalau ada rezeki lain kali boleh tunaikan haji pula in shaa Allah. Tapi yang sedih tak dapat kami bercerita banyak sebab saya kena fly ke Sabah sudah. 

Rantau Panjang, Kelantan.

Thursday, September 19, 2024

BERJOLI KITA DI MYDIN MALL

Ke manakah kita Umi? Sa tidur duluan la.

Ambil mood untuk berjoli.

Susu lebih manis bila Abah suapkan.

Umi pun nak posing juga.

Umi jom tengok fantasi maya!

Cheese!

First gambar bertiga.

Rating: 4/5.

What's next Umi?

Umi, Muhammad takut bunyi mesin!

Settle twinning dengan Abah.

Jom mandi, Muhammad gatal-gatal sudah.

Makan burger!

Bermalam di rumah Tokbah dan Tokmi.