Thursday, April 11, 2024

RAYA KEDUA MUHAMMAD





Hari ini Muhammad, Abah dan Umi beraya di pekan Rantau Panjang. Menghabiskan masa di sini hingga ke petang kerana esok akan bermula travel yang panjang untuk Muhammad dan family. Dalam diam Umi keresahan memikirkan sempat ke tidak sampai pada waktu yang dirancang. Okay ke tidak Muhammad menaiki bas dan juga kapal terbang. Semua lah berlegar legar di fikiran Umi sehingga rasa mau muntah. Tapi sambil nak muntah habis juga aiskrim ku dua cup kahkah.

Satu lagi perkara yang membuatkan raya kurang berseri pada tahun ini adalah kerana keluarga belah Umi semua beraya di Pahang. Sedih! Nasib baik ada juga lah moment pagi raya pertama dengan Tokbah, Tokmi, Ayah Lang, MamaDa dan Poksu walaupun tidak bergambar. Cukup untuk menenangkan hati Umi dapat melambai dan melihat kereta bergerak pergi memulakan perjalanan ke Pahang.

Selain itu, benda yang menyuramkan raya tahun ini adalah kerana tempoh beraya yang sangat singkat berbanding dengan tahun lepas. Kalau tahun lepas, saya puasa di rumah satu hari dan raya hampir 9 hari. Namun tahun ini terbalik. Puasa yang banyak di sini dan raya hanya dua hari sahaja. Tapi saya bersyukur enough kerana dapat merasa puasa bersama dua dua belah keluarga alhamdulillah.

Smart tak pakaian Muhammad raya kedua? Dia ala ala kurta lah. Alhamdulillah kain pun tak panas dan selesa pakai. Umi bersyukur beli kan saiz yang besar sikit dari umurnya. Lebih selesa alhamdulillah. Muhammad matching dengan Abah hari ini. Walaupun kalau bab baju raya tak ada rancangan sangat, tapi semua terkawal dan cantik!

Hari ini juga buat makan makan di rumah Tokma tapi tak semua anak anak Tokma balik sebab masing masing punya komitmen di rumah mentua. Tapi tetap meriah dengan kehadiran Kak Amni, Kak Aufa dan Abang Atiq alhamdulillah. Kali terakhir Umi dan mereka berjumpa adalah bulan Disember 2022. Lepas hampir dua tahun baru jumpa kembali. 

Rantau Panjang, Kelantan.

Wednesday, April 10, 2024

RAYA 2024

Muhammad dan Abah.

Muhammad dan Umi.

Jangan paksa saya senyum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Ucapan ikhlas daripada Muhammad, Abahnya dan Uminya yang soleh dan solehah in shaa Allah. Pagi raya pertama ini kami beraya dengan Tokbah, Tokmi, Ayah Lang, MamaDa dan Poksu sebelum mereka bertolak ke rumah Tok Aki di Pahang. Tahun ini Umi tidak ikut sembahyang raya. Kalau tahun lepas Umi dan Abah solat sunat raya di Masjid Beijing. Masa tu Muhammad baru 4 bulan dalam perut Umi. Hiks.

Tahun ini alhamdulillah dengan izin Allah, Muhammad dapat beraya dengan Abah dan Umi serta keluarga terchenta. Cantik tak baju raya Muhammad? Umi lah yang pilih, siapa lagi. Pandai tak Umi pilih saiz? Hmm minta puji Umi ni kan haha. Tema tahun ini olive green. Bukan sebab warna popular ke apa, tapi sebab Abah dan Umi nak recycle guna baju kahwin haha. Jimat pun jimat kan. Cuma kesian Muhammad, tiba tiba pagi raya selesema pula.

Banyak lagi sebenarnya gambar raya di rumah Tokma tapi itu nantilah. Umi belum ada mood. Nak tahu tak, sebenarnya Umi rancang nak pakai tudung bawal di pagi raya. Namun disebabkan masalah teknikal, Umi akhirnya pakai tudung bulat hitam sahaja. Tapi bersyukur juga sebab senang nak menempuhi hari sebab senang pakai dan buang kan. Nak kena solat lagi, kena tarik dengan Muhammad lagi kahkah. Ada hikmah lah tudung tak jadi di pagi raya.

Kami saling menjadi cameraman di teratak hijau. Abah gambar Umi, Umi gambar Abah, yang penting bintang utama adalah Muhammad Wildan yang soleh. Selepas siap siap, kami bertolak ke rumah Tokma terus. Dekat sana ada Pakdik, Makdik, Abang Muhaimin, Abang Atiq, Kak Amni, Kak Aufa, Kak Aishah, Tokma. Hidangan pun bukan main lagi. Tapi saya langsung tak ada contribution dalam penghasilan makanan di pagi raya. Sorry.

Lepas Zuhur, kami beraya di rumah Nenek, adik kepada Ayah di tepi sungai. Umi rasa nak menangis sebab terkenang kenangan di kawasan rumah Mek Ayah. Tambah sedih tengok keadaan Nenek walaupun masih sihat tapi ketara tua nya. Lama juga kami di sana. Lepas itu balik rumah Tokma balik, buat itu ini, dan petang kami bertolak ke Kampung Tok Sangkut beraya di rumah Mama Basyi. Sepanjang sehari beraya, Muhammad tetap setia dalam baju melayu nya. 

Lepas habis beraya, balik rumah Tokmi packing barang sikit dan balik ke rumah Tokma. Semua mengantuk dah. Penat beraya lagi lagi Muhammad lah kahkah. Tapi ada perasaan tidak siok sikit sebab sekejap saja beraya di Kelantan. Raya ketiga dah nak kena pergi KL dan terbang ke Sabah. Apapun semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah. Sampai di sini dulu coretan raya pertama kita pada hari ini. Sekian. 

Rantau Panjang, Kelantan.

Monday, April 8, 2024

ANAKKU TUMBUH GIGI


Muhammad Wildan sudah ada gigi uncles aunties sekalian! Alhamdulillah. Walaupun baru sebiji tapi ada juga lah rupanya itu hiks. Tapi yang Umi sedih adalah gigi Muhammad tumbuh masa Umi tiada di sisi. Tapi tidak apa juga. Muhammad ada support system yang sangat kuat walaupun berjauhan dengan Umi kan. Terima kasih Tokmi!

Bagaimanakah rupa Muhammad dengan gigi? Tak boleh bayang kan haha. Mesti berubah muka dia nanti kan. Sebagaimana saya menyaksikan macam mana berubahnya muka anak anak buah kesayanganku bila tumbuh gigi. Apa pun semoga dipermudahkan in shaa Allah. Abdul Hadi dah ada gigi ke belum eh, lupa tanya.

Rantau Panjang, Kelantan.

Saturday, April 6, 2024

MUHAMMAD'S FIRST TIME EATING SOLID

Yeayyy berjaya!

Saya suka saya suka.

Nyum nyum.

Hari ini Muhammad pertama kali merasa makanan selain susu alhamdulillah! Muhammad suka tak? Kalau tengok daripada gambar di atas, mungkin tidak perlu diberi pencerahan lagi. Sudah terang lagi bersuluh ya. Ya Allah anak Umi, Muhammad dah besar. Dah boleh start makan dah. Susu what?

Apa perasaan Muhammad dapat makan selain susu? Umi pun rasa excited nak tengok muka Muhammad. Walaupun rasa masih kosong, tak ada apa apa flavour, tapi alhamdulillah Muhammad menghargai setiap apa yang masuk ke dalam mulutnya.

Kota Bharu, Kelantan.

Wednesday, April 3, 2024

SUE LULUS TEST JPJ ✨️

Tahniah Sue housemateku, teman berbicaraku, rakan seperjuanganku sebagai warden dan guru! Akhirnya Sue bergelar pemandu yang sah di sisi undang undang Malaysia! Saya sangat gembira sebab lama sudah Sue mengimpikan untuk memiliki lesen kereta. Alhamdulillah! Hiks. Kenapa saya pula yang terlebih lebih gembira. 

Jadi apalagi. Kereta pun ada sudah. Jomlah kita jalan jalan hiks. Boleh lah Sue balik ke Tambunan drive sendiri. Sue memang taknak menyusahkan beliau nya. Tua sudah kan. You got this Sue! Saya percayakan kamu Sue. Sue pernag buat lesen di Perak dulu masa belajar di UPSI tapi gagal masa test JPJ sebab enjin mati masa nak keluar simpang sekolah memandu. 

Dulu Sue buat manual, sekarang auto saja. Senang lagi tu kan. Beli kereta pun yang auto punya. Tapi advance lah orang yang mahir manual. Saya memang zero knowledge pasal manual. Saya tak mahu tahu pun haha. Saya taknak sakitkan kepala dengan ilmu baru. Tiber. Jadi boleh lah kita merasa ke bazar naik X50 kan? Hihi. 

Masa saya hantar Sue pagi tadi di JSL, rasa sebak semacam ala ala macam mak hantar anak exam SPM. Dia punya rasa terharu lain macam. Hiks. Syahirah memang emo eh. Apa benda lah. Apapun tahniah Sue! Kamu dah berjaya dapatkan apa yang kamu nak. Tahniah kerana kamu tidak give up. Bakal menyusul adalah Puan Diana dan Cik Neilda. Sekian. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, April 2, 2024

IFTAR BERSAMA GENG PAI


Assalamu'alaikum WBT. 

Bila saya cakap geng PAI, yang tersebut adalah Ustazah Jia, Ustazah Basirah dan Ustazah Syahirah. Cikgu Khalida pakar RBT tapi kita kasi join juga lah kahkah. Lepas habis sekolah, warga asrama termasuk warden dan juga para pentadbir semua di foyer kerana ada roll call dari jam 2 hingga 3 petang. 

Selepas itu saya balik bilik, rehat kejap, mandi, solat dan dalam jam 4.20 saya gerak ke pekan. Singgah ambil Jia dulu di rumahnya di Taman Beringin. Ikut jalan belakang iaitu Jalan Lotong sebab kalau ikut depan jem teruk. Ambil Kakda di T&G 2 dan gerak ke bazar dalam jam 5.20 petang. Hajat meminum air green tea tidak kesampaian. 

Setelah itu pergi ambil Basirah di rumahnya di Taman KDC dan terus ke Restoran Baulu dekat Prima. Order makan dan minum. Buka puasa bersama sama, alhamdulillah manisnya ukhwah tiber. Ngam ngam air dan makanan sampai, terus masuk waktu berbuka. Sempat berborak kejap dan makan makan! 

Siap makan dalam jam 7.20 malam dan singgah rumah Kakda untuk solat. Alang alang tunggu Isyak terus. Sempat kami main tukar tukar tudung haha. Lawak betul. Jia pakai tudungku, aku pakai tudungnya. Kakda pun try tudung Syria yang sudah lama dibeli tapi dijadikan hiasan saja. Banyak juga kami borak itu ini. 

Siap solat Isyak kami terus gerak. Kakda teman saya balik tapi guna kereta masing masing. Hantar Basirah, hantar Jia dan kami balik ke sekolah terchenta. Risau nanti bunyi lagi itu plastik di seat belakang. Dua kali sudah kejadian sama. Tidak sanggup kuhadap untuk kali ketiga. Allah sentiasa bersama kita. Jangan takut. 

Balik saya kemas sikit bilik untuk keselesaan Kakda. Siap saja terus saya turun surau. Masa tu dalam jam 9.20 malam. Saya dengar budak tadarus bersama Cikgu Al Faidal. Hmm banyak yang nak kena betulkan. Tapi tak apa Cikgu Faidal ada hiks. Saya tukang tengok saja. Setelah siap, dapat tapau moreh juga, saya masuk bilik. Penat! 

Video call bersama Abah Muhammad sekejap dalam 1 jam lebih, selesaikan kerja sikit dan sekarang sedang baring di atas katil menunggu masa untuk lelap. Kakda dah lama beradu. Kalau lah sesenang itu saya dapat tidur. Hari yang memenatkan tapi time spent well alhamdulillah. Saya suka hari yang produktif begini. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, April 1, 2024

SANAH HELWAH MAMADA


Selamat hari lahir MamaDa kesayangan Tokbah Tokmi 💕 Semoga MamaDa sihat selalu, cantik sentiasa, istiqamah menjadi solehah, terus menjadi penyejuk hati semua in shaa Allah. Love you Syahadah Siddiqah Solehah Munawwarah. Kadang aku kesian dekat adik aku sorang ni sebab dia tak dapat menerima hakikat bahawa dia sudah tua. Umur kau 22 dah baby. Kena terima hakikat tu ya. Syahadah Siddiqah ni paaaling manja tapi sangat boleh diharap. Begitu. Kalau nak tahu liku liku daku menghadap perangai budak busuk ni satu orang, hmm murung nanti kalau cerita. Apa yang saya boleh cakap, bukan senang lah. Sekarang mungkin masih ada sisa perangai dia yang dulu tapi tak banyak dan tak memudaratkan lah alhamdulillah. Saya pun tak tahu bila dia berubah jadi baik. Haha okay gurau.

Saya rasa Syahadah ni paling masak dengan perangai saya. Maksud saya dia pandai handle saya haha. Dia banyak menenangkan saya. Doa doa dia sentiasa menyejukkan hati saya dan mengurangkan beban saya. Dia tahu bila masanya untuk dia layan saya kalau saya ada apa apa masalah atau kekusutan. Saya ingat masa saya sedang emo menangis bagai nak rak di vc masa baru mengandungkan Muhammad, dia diam tak cakap apa apa, dia dengar saja saya menangis. Saya rasa perbuatan dia ketika itu sangat lah gentle. Dia tahu kalau dia tanya saya apa apa, atau nasihatkan saya apa apa ketika itu, keadaan akan bertambah teruk. Tambah lagi dengan muka dia masa tu yang tak boleh blah betul haha. 

Kalau apa apa laporan pasal Muhammad daripada Tokmi, dia wajib menjadi orang pertama kena tahu. Itulah MamaDa Muhammad ya tuan puan. Jadi aku ni apa function. Tak ada function dek. Memang nak kena tarik tudung itu budak haha. Banyak benda yang saya lalui yang saya harap Syahadah tak mengalami benda yang sama. Tapi ada juga dia kena macam saya dulu. Antaranya adalah kesunyian ketika di universiti. Orang yang pernah hadapi sahaja boleh faham. Haha bunyi macam serious kan. Tapi tak apa sebab Syahadah ada juga join program itu ini. Lagipun Kakcik punya rumah kalau kentut pun bunyi. Kakaknya yang di Sabah ni pun a phone call away. 

In shaa Allah kau tak kesunyian baby. Kakakmu ini sentiasa doakan yang terbaik untukmu. Syahadah ni juga dia cepat emo. Tapi senang pujuk juga alhamdulillah. Kalau tidak macam mana aku boleh tahan dengan perangai dia nyah haha. Birthday girl ni pandai tapi dia macam tak sedar. Dia cantik tapi dia taknak mengaku. Itu masalah terbesar dia. Aku ni berbuih mulut cakap itu ini, tapi kalau dia nak fikir macam itu, macam itu juga lah. Adikku ini juga seorang yang berhikmah bagi saya bila dengan anak anak buah. Dia pandai handle walaupun kadang dia ada termarah. Dia lah yang banyak marah, dia juga lah yang anak buah paling sayang. Begitu.

Aku kalau nak describe pasal Syahadah memang tak kurang 1000 patah perkataan. Tapi sampai di sini dulu coretan aka umpatan aka luahan aka tulisan tentang adikku perempuan satu orang ini yang cantik yang solehah yang busuk yang baik yang memahami yang emo. Satu lagi benda yang boleh saya cakap pasal Syahadah adalah dia seorang good listener sampai terkadang cerita dia sendiri dia tak terluah. Sorry baby nanti kakakmu cuba mendengar juga kisah kau. Budak ni juga boleh dipercayai kalau ada apa apa rahsia, setakat ini alhamdulillah. Haa tengok kalau aku sambung lagi memang tak habis. 

Love you Syahadah. Hanya Allah yang tahu betapa Kaksha sayangkan kau baby. Kau banyak persamaan denganku tanpa sedar. Benda dalam fikiran kita banyak sama kan. Jangan kau nafikan. Sampai kita punya taste pun sama kahkah. Nah tengok aku sambung lagi haha. Okay serious sampai sini dulu. Nanti aku tak ada modal dah nak cakap pasal kau. Ada satu benda saya tak pernah cakap dekat sesiapa dan saya taknak cakap. Biarlah rahsia. Semoga yang baik baik saja untuk kau baby. By the way aku terhibur sangat baca blog kau yang 01/04/2024. We love you MamaDa 💖

Satu benda saya nak tambah pasal Syahadah adalah dia tak pandai nak sembunyikan perasaan dia. Kalau dia marah ke, merajuk ke, sakit ke, malu ke, takut ke, geram ke, sedih ke, memang terpapar tersembul terngadah di muka dia. Memang dia tak boleh nak sembunyikan semua itu. Tapi okay lah sebab kita jadi senang faham keadaan dia. Jadi senang lah kita nak ambil tindakan, apa nak dibuat. Sorry baby 'kalau' Kaksha ada sakitkan hati kau, sakitkan badan kau, bergurau lembut atau kasar dengan kau, atau buat benda yang kau tak suka lah. In shaa Allah aku buat lagi. 

Kadang kan kita ni bila kita bergurau ada masa orang tu boleh terima ada masa dia tak boleh terima kan. Mungkin masa tu dia moody ke tengah emosi tak stabil ke. Seikhlas hatiku aku memohon sebelas kemaafan darimu adikku yang terchenta, pape boleh roger tepi. Maafkan daku kalau kau ada terasa hati denganku. Mungkin aku buat tanpa sedar. Mungkin ada masa kau penat tapi aku paksa kau jaga Muhammad sampaikan ada satu malam kau tidur dengan Muhammad padahal aku ada tidur mati dalam bilik. Love you Syahadah 💞 Dah baca, whatsapp aku cakap "I love you Kaksha, you're my everything". Bye!

Kota Marudu, Sabah.