Assalamu'alaikum WBT.
Apa khabar semua? Saya khabar baik. Cuma ada lah sedikit homesick. Walaupun umur 25 sudah, homesick tetap di hati sejak zaman universiti lagi. Tiber. Hari ini saya nak bercerita tentang keluarga mentua saya. Alhamdulillah saya dikurniakan satu keluarga baru yang cukup besar. Memang saya punya impian suatu masa dulu ingin masuk ke dalam keluarga baru yang besar. Tercapai juga ya alhamdulillah. Satu lagi impian saya nak cuba tinggal di rumah di kampung. Tercapai juga alhamdulillah.
Seperti yang boleh dilihat dari gambar di atas, ini lah saya punya keluarga mentua. Itupun belum cukup kuota. Punyalah ramai kan. Tak pasal pasal dapat anak buah ekspress dekat 30 orang. Siapa sangka kan. Saya ada 4 orang abang ipar dan 6 orang kakak ipar. Semuanya sudah berkeluarga. Maklumlah saya dapat anak bongsu, alhamdulillah. Haha. Saya adalah menantu bongsu ya adik adik. Saya jadi Maksu Sya. Hiks. Semua anak Ma masih ada kecuali abang sulung, Abe Odi yang meninggal tahun 2021 kerana ketumbuhan.
Apa yang saya kagum, hubungan mereka dengan isteri Abe Odi masih erat. Malah dia yang sediakan makanan meja beradab masa majlis belah sana. Alhamdulillah. Saya suka tengok hubungan kekeluargaan mereka. Walaupun masing masing sudah berkeluarga, namun hubungan mereka sangatlah rapat ya dan saling berhubung setiap masa. Saya masuk group Whatsapp keluarga ni dan jadi silent reader. Hihi.
Bukan semua ada di Kelantan. Ada yang duduk di Pahang, Sabah, Penang dan Perak. Abang ipar saya Abe Jani dan isterinya Kak Nurul sudah 15 tahun di Sabah. Belum dapat tukar lagi. Mereka guru di Beluran. Mereka ada 5 orang anak. Kak Dila dan Abe Azha guru di Penang dan ada 3 orang anak. Rindu Harraz! Abe Mud dan isteri guru di Pahang dan ada 3 orang anak. Abe Nazri dan Kak Amani guru di Perak dan Kelantan. Dah masuk 11 tahun mereka PJJ. Mantap! Mereka ada 4 orang anak kalau tak silap.
Siapa lagi yang saya tak sebut? Haa Kak Siti guru di Kota Bharu dan mempunyai seorang anak. Suami Kak Siti iaitu Abe Man kerja di KB juga. Mereka lah yang bawa saya beli cincin dan gelang kahwin. Kak Hidayah dan Abe Syahmi tinggal di Selangor. Kerja bahagian pendidikan juga. Kak Yah, isteri arwah Abe Odi guru di KB kalau tak silap. Dulu dia di Labuan kalau tak silap. Abe Odi dan Kak Yah dulu tinggal di Labuan. Kak Yah guru di sana, Abe Odi engineer. 15 tahun mereka di sana, ngam ngam lepas dapat pindah Kelantan, Abe Odi disahkan hidap ketumbuhan. Mereka ada seorang anak.
Seorang lagi, Abe E abang kedua, tinggal tepi rumah Ma. Dia bekerja sendiri. Walaupun tak kerja besar, dia sentiasa ada di sisi Ma tolong itu ini. Abe E ada 4 orang anak. Eh lagi satu orang, Kak Zakiah guru di Rantau Panjang. Ada 4 orang anak tak silap. Mama si Aisyah lah ni. Begitulah sedikit sebanyak latar belakang mereka. Haha gigih saya tulis eh. Saya bersyukur terkandas banjir di rumah mentua tempoh hari, kalau tidak sampai sekarang saya tak kenal mereka.
Semoga hubungan kekeluargaan kami sentiasa dijaga, dirahmati dan diberkati Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka, memberi kesihatan yang baik dan berpanjangan, memberi kebahagiaan dan kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua dapat masuk syurga Allah tanpa hisab. ALLAHUMMA AAMIIN.
Kota Marudu, Sabah.