Wednesday, April 30, 2025

SPORTS DAY 2025








Berakhir sudah hari sukan sekolah yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 28-30 April 2025. Alhamdulillah sangat meriah dengan pelbagai acara. Yang penting kami Jaguar dapat tempat kedua, kalah dengan Puma. Tapi takpe at least improve dari tahun lepas tempat terakhir. Ada perbarisan rumah sukan dengan unit beruniform lagi pada hari terakhir. Tapi PPIM tarik diri sebab gayanya macam hancur sikit ya. 

Kesian dekat budak asrama PPIM. Dorang dah bersemangat dan mahir juga kawad tapi tak cukup member. Yang lain semua pelajar luar. Tapi masalah dengan pelajar luar adalah kehadiran mereka ke sekolah sangat teruk. Hari ini ada esok tak ada lusa ada tulat tak ada. Jadi macam manakah nak suruh cantik kawad dorang. Jadi saya pun cakap, tarik diri la tak payah join. Buat malu saja. Kesian dekat yang bersemangat tapi biar la.

Sukan sekolah tahun ini saya bahagian pendaftaran tapi tak berapa function juga la haha. Terima kasih partner saya Diana. Jangan dicari muka saya dalam gambar sebab awal saya balik pada hari terakhir sebab pergi klinik Najhan berjarum. Apapun sangat meriah la dengan kilauan emas yang boleh tahan banyak disumbangkan oleh atlet rumah sukan jaguar hiks. Untuk perbarisan rumah sukan, Jaguar menang. Tahniah semua! 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, April 27, 2025

MAIN DI TAMAN JAGUNG


Baru sempat nak bawa Muhammad Wildan jalan-jalan di taman. Ingat nak turun ke taman satu keluarga, tapi waktu tidur Adik pula. Tidurla Adik dalam kereta atas carseat sementara tunggu Abang berjalan-jalan di luar. Jadi Abah dan Umi bergilir-gilir bawa Muhammad berjalan di taman di mana Muhammad yang mendahului perjalanan hiks.

Suka betul dia berjalan ya. Kita bagi dia bebas, kita la yang penat kahkah ke hulur ke hilir ikut dia. Sempat juga la jatuh luka di dahi tapi Muhammad tetap bersemangat alhamdulillah. Jalan yang berbatu cantik ada, dia tetap pilih berjalan atass rumput sebab ada daun kering. Suka kali dia bunyi daun kering bila dipijak.

Lepas Muhammad tamat masanya di taman haha, kesian dia kena paksa masuk kereta, dan sempat pujuk dengan aiskrim, kami ke Servay untuk beli barang rumah sukan. Fikir pun dah penat nak kena pergi sekolah pada hari cuti untuk persiapan sukan minggu depan. Saya rumah kuning, nak kena buat sepanduk, bendera.

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, April 26, 2025

LEMANG BY ABAH MUHAMMAD

Lemang in the house!
Posing dengan serunding Umi post.
Sedap dooh!

Hai guys! How are you? Kemarin, Abah Muhammad buat lemang untuk kali kedua. Lebih sedap, lebih rasa, lebih banyak dan yang paling saya suka, dapat makan dengan serunding. Terima kasih Umi ku sayang sebab hantar serunding. Lain kali tak boleh tersalah sebut, terus Umi pos. Hiks. 

Ini guna resepi Khairul Aming, Abah Muhammad la yang nak sangat sebab teringin katanya. Jadi juga la sebab mudah saja sebenarnya. Cuma kena rajin la. Saya la yang tolong bahagian renyah nya hiks. Nak juga cakap. Bab potong cup nak bagi muat pengukus, potong daun pisang. Itu yang ambil masa sikit. 

Malam baru boleh makan lepas anak-anak tidur. Muhammad dah try sedia petang tu. Berselera juga nampak dia makan. Alhamdulillah jadi dan sedap. Bahannya beras pulut, santan, garam dan sedikit air saja. Campur semua dan gaul. Bila masuk dalam cup, air sama paras dengan beras pulut. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, April 25, 2025

TAHNIAH SHIN!!!

Tahniah adikku yang soleh Ahmad Mukhlisin berjaya dengan cemerlangnya dalam SPM mu. Walaupun tidak lekang doaku untukmu, tapi tetap tidak dapat kupercaya sehingga sekarang apalagi A mu sangat cantik. Tahniah Abah dan Umi juga serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. 

Perjalananmu masih jauh. Semoga Adik terus cemerlang pada masa akan datang in shaa Allah. Berjuang untuk STAM pula bukanlah mudah tapi tidak juga mustahil. All the best Adik! Tapi kenapa Adik dalam gambar di atas ada feeling feeling Abdullah Khairul Azam ya. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, April 24, 2025

OPEN HOUSE


Assalamu'alaikum WBT.

Sabtu lepas Kak Isrun dan jiran-jirannya yang juga cikgu-cikgu mengadakan open house bersempena dengan habisnya puasa enam dorang, jadi kami pun dijemput sekali hiks. Yang menjemputnya adalah suami Kak Isrun iaitu Ustaz Afiq yang Abah Muhammad kenal masa solat tarawih di surau kampung. Panjang ceritanya dekat sini kalau nak cerita.Ustaz Afiq mengajar di SK Popok. Kak Isrun pula saya kenal masa berkursus buat soalan exam PAI, mengajar di SMK Tandek.

Jadi kebanyakan yang hadir open house adalah ustaz ustazah yang memang saya kenal la. Dorang buat malam ya. Dahla time tidur budak-budak itu. Tapi kami pergi juga untuk memenuhi undangan konon dan sebab lapar haha. Banyak sangat pilihan makanan tapi kami bergilir makan. Abe Dailamie makan, saya jaga dorang dalam kereta dan sebaliknya. Saya makan rendang, satay, kek, lemang dan beberapa makanan lagi saya lupa. Tapi semua sedap.

Dorang ada bagi tema sebenarnya warna purple tapi saya tidak dapat info itu daripada Abah Muhammad ya haha. Jadi pakai seadanya saja. Yang penting tutup aurat. Yang lawaknya terjumpa Kakda dan Basirah juga. Awalnya saya taknak turun sebab saya kenal semua yang hadir pun secara jauh begitu, jarang jumpa. Tapi bila  Abah Muhammad cakap ada Kakda dan Basirah, saya pun apa lagi dengan perut yang lapar lagi, terus saya turun hiks. 

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, April 23, 2025

RUTIN TIDUR



Assalamualaikum WBT.

Hari ini saya nak bercerita tentang rutin tidur si Abang dan si Adik. Fuhhh nak start cerita pun dah rasa pening haha. Straight to the point la, adiknya tidur biasanya dalam jam 6.30 ke 7 petang la. Tapi drama sebelum tidur itu yang bikin pening. Dia macam nak susu tapi bila bagi dia taknak. Menangis tolak susu tu macam kena dera haha.

Tapi sambung menangis la macam semua benda tak kena. Mula-mula dulu saya ingatkan dia sakit perut ke apa, tapi makin lama saya tengok, mungkin memang itu pattern tidur dia. Dia tak boleh nak start tidur dengan tenang, kena riuh menangis dulu baru dia lena tidur. Tapi bila dia dah tidur, alhamdulillah lena tidurnya.

Setakat ni beberapa kali juga la dia terbangun malam cari susu, lepas minum susu dia terus lelap la alhamdulillah. Kalau abangnya pula, adik dia dah tidur dia masih aktif ke sana ke mari. Pintu bilik wajib tutup, nanti ada juga yang pergi menampar adiknya tanpa sengaja. Biasanya kalau Abah atau Umi makan, dia akan ikut buka mulut makan.

Jadi lepas siap makan dan main, Abah atau Umi akan mandikan dia sebelum solat Maghrib. Lepas tu dia minum susu atau termenung atau berbual la haha sampai la tidur. Biasa dia tidur sendiri sambil pegang botol susu, tapi dia nak juga kita ada di tepinya. Yang bab bangun ni la yang bikin pening kepala sikit. Terlalu morning person dorang ni.

Jam 4 pagi dorang dah tersedar, kalau abangnya dah bangun memang impossible untuk Abah dan Umi tidur sebab dia akan pergi ke adiknya. Dia tahu kalau dia kacau Adik, kita akan bagi perhatian dekat dia. Jadi biasanya kalau dua-dua dah tersedar, Abah dan Umi akan bergilir jaga. Jadi sempat la sambung tidur sikit sebelum bersiap pergi sekolah.

Kota Marudu, Sabah.

Tuesday, April 22, 2025

THE BEST PHOTOGRAPHER GOES TO...


Assalamu'alaikum WBT.

Nak cerita sikit la kan, saya ni bukan la pandai sangat bab mengambil gambar, tapi bila tengok skill Abah Muhammad menggambar, ku akui aku lebih bagus haha. Okay gurau saja. Tapi geram juga la. Bukan selalu pergi Desa Dairy Farm ke apa, kita gambar dia punya la hati-hati bagi nampak cantik walaupun biasa je.

Tapi kenapa la gambar kita dimasukkan juga tangki hitam tu??? Arghhh haha. Tapi kan nak cakap juga la, Abah Muhammad dah improve bab ni. Kalau sebelum ni, asyik saya saja yang menggambar dorang, kalau nak ada gambar kita, kena suruh dulu baru dia faham. Tapi kali ini, dia yang offer untuk gambar kita alhamdulillah haha.

Itu yang ada gambar saya tu, kalau tidak macam sebelum ni, aku hanyala jurugambar tak berbayar haha. Tapi takde apa juga sebab saya enjoy. Memang niat saya nak kumpul gambar dorang sebanyak yang mungkin. Saya belakang tabir je hiks. Okayla sampai di sini dulu keluhanku kahkah. Apapun Umi love Abah, Wildan dan Najhan.

P/S: Tapi itula, gambar yang aku ambil, si Wildan pula muka tak ready haha. Takpela yang penting Abah nampak hensem ya kahkah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, April 20, 2025

SANTAI DI RUMAH


Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini kita bersantai di rumah saja lepas seharian berjoli di Kundasang. Abah masak menu favoritenya iaitu telur masak bawang la kali namanya. Hiks. Sedap!!! Wildan duluan makan nasi dengan telur goreng tambah kicap sikit. Najhan setia dengan susunya alhamdulillah kahkah.

Hari ini rasa macam nak terperap di rumah saja. Tapi akhirnya keluar juga basuh kereta yang hampir tiga minggu juga tidak dicuci. Alang-alang keluar, air buah ori tidak dilupa tapi hari ini kita try di cawangan satu lagi iaitu dekat eco shop. Anak murid saya juga yang kerja sana.

Main branch dia di Servay semuanya milik Cikgu Al Faidal. Sambil sedap minum, bolehla kita support saudara seagama kita tiber. Tapi memang sedapla macam di Semenanjung. Abah Muhammad punya favorite adalah jus naga, saya jus mangga.

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, April 17, 2025

DATING BERDUA DI PEKAN

Hasil di pekan hari ini.
Terima kasih bawa jalan-jalan "tiber".
Selfie satu kali hiks.

Assalamu'alaikum WBT.

Wildan dan Najhan bagi la chance dekat Umi dan Abah berdating di pekan berdua ya kahkah. Hari ini sekolah Abah dan Umi cuti peristiwa sebab esok Good Friday. Jadi taska masih beroperasi, jadi hantar la budak-budak di taska hari ini hiks. Kami hantar pada waktu biasa iaitu 6 lebih pagi macam waktu sekolah.

Balik rumah, kemas rumah sikit, kumpul toto yang nak basuh di dobi. Lepas tu kami pakai topi keledar kahkah, naik motor dan pusing-pusing. Saya dah lama nak tahu jalan pintas yang Abah Muhammad guna untuk ke sekolah. Kalau guna jalan biasa ambil masa 10 minit kalau guna motor, tapi kalau guna jalan pintas 3 minit saja sampai sekolah.

Rupanya memang dekat tapi berisiko tinggi la sebab jambatan. Takut!!! Semoga Allah permudahkan semuanya. Jadi kami pusing-pusing, singgah tamu beli nanas, jambu, betik, sayur, lada dan bawang. Cari jagung tapi tak jumpa. Takpela give up sebab dah nak sampai Langkon cari jagung saja. Balik guna jalan belakang, Jalan Marak Parak.

Balik rumah, Abah Muhammad masak telur resepinya saya pun tak tahu nama apa tapi sedap cuma pedas sikit tapi sedap haha. Kami makan nanas yang beli 3 biji RM10. Manis dooh!!! Ruginya beli 3 je. Tapi takpe sebab nak buat bekalan ke Kundasang. Kami kemas rumah dan mandi, solat dan pergi dobi. Siap mendobi ambil dorang alhamdulillah.

Begitula hari kami, hajatnya hantar dorang pergi taska nak la rehat kan, tak terehat juga rupanya. Jadi bukanla salah anak-anak kalau mak bapak tak cukup rehat haha. Tapi apapun kami bersyukur dengan hari kami yang sangat produktif dan boleh deeptalk kunun kahkah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. 

Kota Marudu, Sabah.

Monday, April 14, 2025

SYAHIRAH SOLEHAH FT TRIO TASL


Assalamu'alaikum WBT. 

Malam ini mau throwback gambar lama masa di universiti dulu. Gambar ni saya jumpa di fb Zainida masa sesi stalk orang guna hp Abe Dailamie kahkah. Rindu nya trio edu ni hihi. Kalau ada group assignment yang bertiga, orang dah tahu dah tak boleh kacau tiga orang ni. Hiks. 

Apapun aral melintang, dugaan menerpa, kami tetap bersatu. Alhamdulillah dapat menghabiskan degree taasl tanpa apa-apa perbalahan atau ketidakpuasan hati kerana kami sangat matang hukhuk. Kami tidak mencampuli ulusan pelibadi dengan pelajalan. Tiber terpaling profesional. 

Saya suruh Abe Dailamie tengok gambar ni dan cari saya konon, sempat lagi dia bergurau katanya tak nampak pun saya. Dasar dia memerliku kerana aku tidak lagi memakai tudung labuh sekarang. Kembalikan identitiku! Bila la saya nak pakai macam ni balik. In shaa Allah give me time. Manala tahu tetiba terbuka hati nak pakai. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, April 13, 2025

MOTOR BARU MUHAMMAD

Bekki ssikal pulok.
Tolongla Muhammad, sakit jantung Umi mu ini.
Dah satu kerja pula nak kena teman takut jatuh.
Jalan mati tu Dan.

Terima kasih Abah belikan Muhammad motor aka basikal. Bolehla Muhammad cari hobi baru selain memasak. Tapi taste Muhammad ni bukan calang-calang. Tidak dia mau duduk secara normal. Nak juga buat aku lemah jantung sentiasa dengan aksinya yang macam-macam. 

Kalau dah puas sangat naik, dia terbalikkan basikal dan pusing tayar. Itu je la modalnya. Aksi biasa dia kaki atas raga depan. Kayuhnya tak pandai. Berdiri ats seat tu biasa. 

Kota Marudu, Sabah.