Wednesday, April 23, 2025

RUTIN TIDUR



Assalamualaikum WBT.

Hari ini saya nak bercerita tentang rutin tidur si Abang dan si Adik. Fuhhh nak start cerita pun dah rasa pening haha. Straight to the point la, adiknya tidur biasanya dalam jam 6.30 ke 7 petang la. Tapi drama sebelum tidur itu yang bikin pening. Dia macam nak susu tapi bila bagi dia taknak. Menangis tolak susu tu macam kena dera haha.

Tapi sambung menangis la macam semua benda tak kena. Mula-mula dulu saya ingatkan dia sakit perut ke apa, tapi makin lama saya tengok, mungkin memang itu pattern tidur dia. Dia tak boleh nak start tidur dengan tenang, kena riuh menangis dulu baru dia lena tidur. Tapi bila dia dah tidur, alhamdulillah lena tidurnya.

Setakat ni beberapa kali juga la dia terbangun malam cari susu, lepas minum susu dia terus lelap la alhamdulillah. Kalau abangnya pula, adik dia dah tidur dia masih aktif ke sana ke mari. Pintu bilik wajib tutup, nanti ada juga yang pergi menampar adiknya tanpa sengaja. Biasanya kalau Abah atau Umi makan, dia akan ikut buka mulut makan.

Jadi lepas siap makan dan main, Abah atau Umi akan mandikan dia sebelum solat Maghrib. Lepas tu dia minum susu atau termenung atau berbual la haha sampai la tidur. Biasa dia tidur sendiri sambil pegang botol susu, tapi dia nak juga kita ada di tepinya. Yang bab bangun ni la yang bikin pening kepala sikit. Terlalu morning person dorang ni.

Jam 4 pagi dorang dah tersedar, kalau abangnya dah bangun memang impossible untuk Abah dan Umi tidur sebab dia akan pergi ke adiknya. Dia tahu kalau dia kacau Adik, kita akan bagi perhatian dekat dia. Jadi biasanya kalau dua-dua dah tersedar, Abah dan Umi akan bergilir jaga. Jadi sempat la sambung tidur sikit sebelum bersiap pergi sekolah.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment