Assalamu'alaikum WBT.
Malam ini mau throwback gambar lama masa di universiti dulu. Gambar ni saya jumpa di fb Zainida masa sesi stalk orang guna hp Abe Dailamie kahkah. Rindu nya trio edu ni hihi. Kalau ada group assignment yang bertiga, orang dah tahu dah tak boleh kacau tiga orang ni. Hiks.
Apapun aral melintang, dugaan menerpa, kami tetap bersatu. Alhamdulillah dapat menghabiskan degree taasl tanpa apa-apa perbalahan atau ketidakpuasan hati kerana kami sangat matang hukhuk. Kami tidak mencampuli ulusan pelibadi dengan pelajalan. Tiber terpaling profesional.
Saya suruh Abe Dailamie tengok gambar ni dan cari saya konon, sempat lagi dia bergurau katanya tak nampak pun saya. Dasar dia memerliku kerana aku tidak lagi memakai tudung labuh sekarang. Kembalikan identitiku! Bila la saya nak pakai macam ni balik. In shaa Allah give me time. Manala tahu tetiba terbuka hati nak pakai.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment