Friday, April 11, 2025

SHOPPING WITH MUHAMMAD


Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini awal saya keluar sekolah sebab bawa Muhammad pergi klinik. Pengasuh call cakap Muhammad nangis-nangis dan tumbuh bintik merah di kawasan mulut, tangan dan kaki. Terus pergi klinik Dr. Lee dan memang betul ada jangkitan HFMD. Kena kuarantin sampai Isnin. Tapi sempat juga la pergi membeli dulu.

Aktif pula dia bila boleh jalan-jalan bawa troli. Dia dalam dunia dia dah dengan troli tu. Demam pun dia tak ingat. Tunggu la balik rumah datang balik kepanasan dia tu hmm. Suka la tu dia perhatian semua bagi dekat dia. Adiknya masih di taska. Bagi Muhammad makan aiskrim juga sebab doktor suruh. Dia punya tekak merah sakit bila menelan. 

Semoga Muhammad cepat sembuh. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment