Friday, April 4, 2025

RAYA KE-5

Hari ini Muhammad Najhan kena jarum usia tiga bulan. Sepatutnya di KD Tanjung Batu tapi sekarang sedang kena baiki jadi berpindah tingkat atas KK Tandek. Alhamdulillah hari ini masih cuti jadi bolehla Abah drive angkut semua pergi hiks. 

Cute je saya rasa tema dorang harini koko plus biru. Sebenarnya masa tunggu Abah balik dari solat Jumaat, rumah mati karan. Tapi bersyukur dooh dorang bagi kerjasama takde merengek panas ke apa. Anak-anak soleh Umi kuat, cerdik dan baik in shaa Allah. 

Abah Muhammad demam selesema. Sementara menunggu Najhan kena suntik di tingkat atas, Abah minta rawat di bawah. Ambil darah dan jumpa doktor. Diangkutnya Wildan sekali ke hulur ke hilir. Hihi. Nasib baik tak ramai orang. Mungkin happy beraya sampai orang lupa untuk sakit. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment