Thursday, April 24, 2025

OPEN HOUSE


Assalamu'alaikum WBT.

Sabtu lepas Kak Isrun dan jiran-jirannya yang juga cikgu-cikgu mengadakan open house bersempena dengan habisnya puasa enam dorang, jadi kami pun dijemput sekali hiks. Yang menjemputnya adalah suami Kak Isrun iaitu Ustaz Afiq yang Abah Muhammad kenal masa solat tarawih di surau kampung. Panjang ceritanya dekat sini kalau nak cerita.Ustaz Afiq mengajar di SK Popok. Kak Isrun pula saya kenal masa berkursus buat soalan exam PAI, mengajar di SMK Tandek.

Jadi kebanyakan yang hadir open house adalah ustaz ustazah yang memang saya kenal la. Dorang buat malam ya. Dahla time tidur budak-budak itu. Tapi kami pergi juga untuk memenuhi undangan konon dan sebab lapar haha. Banyak sangat pilihan makanan tapi kami bergilir makan. Abe Dailamie makan, saya jaga dorang dalam kereta dan sebaliknya. Saya makan rendang, satay, kek, lemang dan beberapa makanan lagi saya lupa. Tapi semua sedap.

Dorang ada bagi tema sebenarnya warna purple tapi saya tidak dapat info itu daripada Abah Muhammad ya haha. Jadi pakai seadanya saja. Yang penting tutup aurat. Yang lawaknya terjumpa Kakda dan Basirah juga. Awalnya saya taknak turun sebab saya kenal semua yang hadir pun secara jauh begitu, jarang jumpa. Tapi bila  Abah Muhammad cakap ada Kakda dan Basirah, saya pun apa lagi dengan perut yang lapar lagi, terus saya turun hiks. 

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment