Wednesday, April 30, 2025

SPORTS DAY 2025








Berakhir sudah hari sukan sekolah yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 28-30 April 2025. Alhamdulillah sangat meriah dengan pelbagai acara. Yang penting kami Jaguar dapat tempat kedua, kalah dengan Puma. Tapi takpe at least improve dari tahun lepas tempat terakhir. Ada perbarisan rumah sukan dengan unit beruniform lagi pada hari terakhir. Tapi PPIM tarik diri sebab gayanya macam hancur sikit ya. 

Kesian dekat budak asrama PPIM. Dorang dah bersemangat dan mahir juga kawad tapi tak cukup member. Yang lain semua pelajar luar. Tapi masalah dengan pelajar luar adalah kehadiran mereka ke sekolah sangat teruk. Hari ini ada esok tak ada lusa ada tulat tak ada. Jadi macam manakah nak suruh cantik kawad dorang. Jadi saya pun cakap, tarik diri la tak payah join. Buat malu saja. Kesian dekat yang bersemangat tapi biar la.

Sukan sekolah tahun ini saya bahagian pendaftaran tapi tak berapa function juga la haha. Terima kasih partner saya Diana. Jangan dicari muka saya dalam gambar sebab awal saya balik pada hari terakhir sebab pergi klinik Najhan berjarum. Apapun sangat meriah la dengan kilauan emas yang boleh tahan banyak disumbangkan oleh atlet rumah sukan jaguar hiks. Untuk perbarisan rumah sukan, Jaguar menang. Tahniah semua! 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment