Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini kita bersantai di rumah saja lepas seharian berjoli di Kundasang. Abah masak menu favoritenya iaitu telur masak bawang la kali namanya. Hiks. Sedap!!! Wildan duluan makan nasi dengan telur goreng tambah kicap sikit. Najhan setia dengan susunya alhamdulillah kahkah.
Hari ini rasa macam nak terperap di rumah saja. Tapi akhirnya keluar juga basuh kereta yang hampir tiga minggu juga tidak dicuci. Alang-alang keluar, air buah ori tidak dilupa tapi hari ini kita try di cawangan satu lagi iaitu dekat eco shop. Anak murid saya juga yang kerja sana.
Main branch dia di Servay semuanya milik Cikgu Al Faidal. Sambil sedap minum, bolehla kita support saudara seagama kita tiber. Tapi memang sedapla macam di Semenanjung. Abah Muhammad punya favorite adalah jus naga, saya jus mangga.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment