Thanks Jia! Bukan saya peras ugut si Jia untuk belikan ya tuan puan. Ceritanya begini. Masa minggu pertama buka sekolah haritu, Jia ada mesej saya minta pinjam kipas sebab kipas bilik dia rosak. Jadi saya bagi la sebab tiada juga masalah kan, lagipun saya masih cuti bersalin masa tu.
Alkisahnya, pada hari pertama saya ke sekolah lepas habis cuti bersalin, kipas ni sudah ada sedia atas meja saya. Jia pun sampai pagi tu dan ucap terima kasih sebab bagi pinjam. Dia pun nak tolong pasang. Sekali masa dia nak sambungkan ke plug di meja saya, tercabut dek sebab kipas tu ada dua gigi je.
Jadi kalut la si Jia macam biasa la, dan dia janji akan ganti nanti hari gaji. Saya tak paksa pun dia ganti okay. Kira-kira sebulan lepas gaji baru dia ganti kahkah. Boleh tahan panas juga tempat saya tu sebab aircond selalu rosak. Dia beli sebiji model yang sama.
Mula-mula disebabkan lama juga saya tunggu kipas tu walaupun dah lepas deadline seperti yang dijanjikan, dan Kakda pun hari-hari bagi hint suruh dia cepat beli, jadi saya pun buat keputusan untuk beli sendiri la. Malas la menunggu. Panas!!!
Sekali bila saya pergi One Stop Centre, tengok harga dia, saya terus kembali ke plan asal iaitu tunggu Jia belikan kahkah. Rasanya masa saya beli dulu harganya RM45 saja. Tapi harga terbaru dekat RM70, jadi aku mengaburkan niatku. Keretaku pun belum servis lagi. Apapun thanks ya Jia.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment