Hari ini Abah dan Umi Muhammad akhirnya sebaya hiks. Selamat hari lahir Abah yang ke-26. Umi rasa macam baru saja kita satu kelas dulu, saling malu malu kucing, saling menjeling sebelah mata bila terserempak, terserempak di tangga saling bertegur dengan suara yang lembut haha. Alhamdulillah Muhammad dikurniakan seorang Abah yang sangat ringan tulang menjaga Muhammad. Kalau malam memang Umi tidur mati, jadi Abah yang bangun malam buat susu dan tukar pampers. Terima kasih Abah. Banyak sangat jasa Abah yang sepatutnya Umi hargai. Maafkan Umi ya Abah. Hiks.
Benda yang Umi nak highlight adalah sekarang Abah dan Umi sebaya sudah. Abah 26 tahun genap dan Umi 26 tahun 4 bulan. Abah dan Umi beza 4 bulan saja tau. Orang akan ingat kami beza setahun, lebih tepatnya Umi tua setahun dari Abah. Tapi hakikatnya kami sebaya. Umi muda lagi tau. Geram betul sepupu Muhammad belah Abah, selalu tanya kenapa Moksu lagi tua dari Poksu. Oi tanya lah Poksu kau. Geram betul haha. Jadi salah ke kalau Moksu tua dari Poksu. Okay cool jangan marah marah. Umur ni sekadar nombor sahaja bah. Tiber. Tapi MamaDa memang tua lah dah 22 tahun. Memang kena terima hakikat tu.
Semoga Allah panjangkan umur Abah dalam keberkatan, permudahkan segala urusan Abah, makbulkan segala doa Abah, beri Abah kebaikan di dunia dan di akhirat, memberi kesihatan yang terbaik kepada Abah, permudahkan rezeki yang halal buat Abah. Semoga Allah jauhkan Abah dan seluruh ahli keluarga kita daripada kejahatan manusia dan jin. Semoga Allah jauhkan Abah daripada segala penyakit. Semoga Allah permudahkan untuk kita bersatu secepat mungkin. Semoga Abah diberi ketetapan iman. Terima kasih Abah untuk segalanya. PJJ bukan mudah, tapi in shaa Allah kita dapat menghadapinya dengan sebaik mungkin.
Banyak lagi sebenarnya yang Umi nak perkatakan, tapi mungkin nanti video call kejap lagi in shaa Allah. Tunggu Abah siap solat tarawih dulu. Tunggu Abah spend time dengan Tokma macam biasa. Siapkan apa yang perlu disiapkan. Walaupun Umi tahu Abah tak baca blog ni, tapi percayalah Umi sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Abah dan Muhammad. Umi sayang sangat Abah dan Muhammad. Semoga hidup kita semua termasuk yang membaca blog ini, sentiasa ceria, positif dan sentiasa berhikmah dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
P/S: Umi bukan tak ada gambar Abah yang lebih senonoh ya haha, cuma Umi taknak Abah perasan handsome pula kalau letak gambar yang elok. Tapi sebenarnya Umi suka sangat gambar ni, tak tipu. Umi rasa Abah dan Muhammad cute sangat. Kalau intai gallery Umi, penuh gambar dorang je sekarang haha alhamdulillah.
Kota Marudu, Sabah.