Thursday, March 21, 2024

PENEMAN TOKMI


Sila cari benda tersembunyi. Agak agak nampak ke tak? Hiks. Ada secotek budak di tengah tengah ruang tamu. Muhammad peneman Tokmi sementara Tokbah dan Poksu balik dari sekolah. Peneman Tokmi juga sementara Tokbah dan Poksu balik dari masjid. Muhammad anak soleh kadang kadang menguji Tokmi juga. Ada hari yang dia langsung taknak duduk bawah. Asyik nak brrdukung. 

Ada hari dia susah tidur. Kita orang tua pun tiada bezanya juga kan kahkah. Saya pun kadang datang angin tak baik semua benda rasa nak ditendang. Semua benda rasa nak dimaki. Kesian benda tak bersalah. Kalau marah dekat benda takpe. Ini orang pun nak dimarahnya. Aku lah itu. Habis orang tak bersalah kena tempias haha. Maafin guel gais. Apapun Muhammad good boy ya. 

Alhamdulillah Tokmi diberi kudrat oleh Allah untuk menjaga budak gedebuk gedebak ini. Memang lah ada masanya yang Tokmi rasa tak larat, pening, penat dan sebagainya. Tapi Muhammad juga boleh jadi penghibur Tokmi. Pengubat rindu Tokmi terhadap Umi Muhammad. Tiber haha. Takdelah gurau. Tokmi lagi rindukan MamaDa of course 😌 

Saya ini pun walaupun masih muda ya tuan puan, rasa juga kepenatan bila jaga seketul budak ini. Itupun dengan bantuan Abah Muhammad. Kalau aku seorang macam mana lah. Semoga Allah permudahkan. Alhamdulillah Allah aturkan ngam ngam Muhammad tidak lagi dijaga oleh belah sana, Tokmi bersara dan dapatlah tolong Umi jaga Muhammad. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment