Husna, Irsyad, Aishah, Fawwaz. |
Menghitung hari sebelum balik ke Sabah, Moknik dan Poknik tidak melepaskan peluang untuk sama sama menghabiskan masa bersama. Jadi tahu tahu kami sudah di sini homestay yang ada private pool. Bolehlah budak budak ini main air kolam sepuas puasnya sebelum balik Sabah. Di sana bukan tak ada tempat main air, cuma lagi happy kalau main dengan sanak saudara sepupu sepapat.
Nasib baik saya tak terjun sekali tau dengan dorang. Terima kasih Muhammad kerana sudi menahan Umi daripada buat benda mengarut. Lagipun air dekat sini tidak berapa dalam. Tidak challenging lah untuk Umi yang tinggi lampai ini ya ehek. Nda bah main main jak. Kalau ada untuk orang tua pun saya rasa saya takkan main sebab saya akan rasa lemas dekat dada. Entahlah kenapa.
Kami bermalam di sini semalaman. Malam siap bakar ayam lagi okay. Tapi tak banyak pun saya makan sebab banyak habiskan masa dalam bilik dengan Muhammad dan Abahnya. Bukan apa, bukan selalu kan hidup dalam aircond. Jadi ini lah masanya memanfaatkan aircond yang ada hiks. Saya suka, Muhammad pun suka. Lena betul dia tidur alhamdulillah.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment