Sunday, March 3, 2024

DAY 5: MELAWAT MAMADA DI UIA



MamaDa happy tak Muhammad datang universiti MamaDa? Kalau happy cakap terima kasih dekat Umi Muhammad sekarang. Sekarang juga! Mesej Umi Muhammad cepat. Terima kasih MamaDa tolong jagakan Muhammad sepanjang di rumah. Umi bukan tak tahu MamaDa penat, tapi Umi saja nak susahkan MamaDa. Wek padan muka MamaDa 👅

Muhammad sayang MamaDa! Umi pun sayang MamaDa sangat sangat tapi dengan cara Umi tersendiri kahkah. MamaDa belajar bagus bagus ya. Tahniah MamaDa dapat Dean's List lagi alhamdulillah. Muhammad sentiasa percayakan MamaDa. Muhammad tahu MamaDa hebat sangat cuma MamaDa humble sangat. Janganlah begitu.

Tunjukkan bakatmu yang tersembunyi. Serlahkan kewibawaanmu. Tiber. Semoga dipermudahkan segala urusan MamaDa yang cantik, cerdik dan solehah. Semoga MamaDa sentiasa cemerlang dalam apa juga perkara yang dilakukan. Muhammad sentiasa mendoakan kesejahteraan MamaDa. MamaDa sentiasa dalam doa Umi. Love you 💖

No comments:

Post a Comment