Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini duit saya melayang begitu saja kawan kawan. Kenapa? Ia adalah kerana kecuaian saya sendiri. Bagaimana ia terjadi? Handphone terlepas dari tangan saya ketika saya sedang cuba lock kereta Abah Muhammad dengan tangan saya yang penuh dengan barang lain. Kami baru balik dari Pantai Sri Tujoh. Kejadian berlaku di parking rumah Abah Muhammad.
Mula mula saya tidak sedar screen handphone pecah. Saya sedar bila saya try untuk unlock handphone sambil tengok keluarga Abe Jani dan Kak Nurul makan mi goreng merah, screen tetap hitam dan tiba tiba keluar warna kuning on off. Aduhai baru saya tersedar ketika itu. Sekian. Memang ini adalah ujian Allah kepada saya yang agak mencabar kerana Ahad saya akan terbang ke Sabah sudah.
Adakah kedai yang sanggup membaiki screen handphone dalam masa yang sekejap? Jawapannya ada kawan kawan. Tapi dia punya upah membuatkan saya termenung. Begitu saja duit bonus saya terbang kahkah. Nasib baik ada bonus pencen dari Umi alhamdulillah. Tapi apa boleh buat. Nak tak nak saya terpaksa keluarkan duit sebab segalanya ada dalam handphone itu ya.
Satu lagi saya bersyukur kerana kedai itu sanggup buat dan siapkan dalam hari itu juga. Kami hantar jam 1 dia suruh ambil petang. Jadi kami berjalan jalan di Mydin Mall sementara menunggu siap. Jam 6 dapat call bagitahu siap sudah alhamdulillah. Pengajaran yang saya dapat adalah lebih berhati hati dalam menggunakan handphone. Lebih menghargai dan lebih menyayangi handphone saya. Sekian.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment