Wednesday, March 27, 2024

BERANI, BERJUANG, CEMERLANG 🦅


Assalamu'alaikum WBT.

Mempersembahkan para staf SMK Tandek 2 yang terdiri daripada guru dan AKP. Ini lah muka muka yang sentiasa menghiasi sekolah setiap hari. Menunaikan tanggungjawab sebagai guru sebaik mungkin walaupun kadang kadang rasa terlalu penat. Tapi itulah jalan yang dipilih. Pekerjaan apa yang tidak memenatkan. Demi mencari rezeki segalanya sanggup ditempuhi. 

Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih lagi untuk orang yang seperti saya. Jarang juga saya bergaul dengan orang luar. Jarang saya bercakap depan orang. Masa di universiti pun, majoriti masa saya duduk di dalam bilik, menjalani kehidupan berseorangan. Tapi bila jadi guru, semua itu melawan hukum kehidupan saya. 

Saya kena banyak bergaul dan banyak melibatkan diri dengan orang sekeliling. Saya terpaksa melawan arus hidup saya. Macam saya cakap, itu jalan yang saya pilih. Jadi itu lah yang saya kena tempuhi sekarang walaupun kebanyakan masanya memang sangat mencabar bagi saya. Kalau setakat bercakap dan mengajar dalam kelas okay lagi alhamdulillah.

Tapi kalau sudah melibatkan selain dalam kelas seperti bercakap dalam mesyuarat, bercakap di perhimpunan, berurusan dengan ibu bapa dan guru dan sebagainya, saya rasa macam nak lari masuk almari atau bawah tanah. Saya kurang selesa sebab tak berapa pandai bersosial. Tapi sejak menjadi guru, saya rasa ada improvement sikit alhamdulillah. 

Banyak lagi perkara yang saya kena perbaiki. Bila saya tengok gambar terpampang di banner sana, rasa sebak bila fikir betapa jauh saya pergi. Bukan pergi ke Sabah, maksud saya betapa jauh perjalanan saya dalam mencapai cita cita saya. Saya sudah di sini, bergelar seorang guru. Sesuatu yang saya sangat syukuri. Semoga kita semua terus cemerlang in shaa Allah. 

P/S: Macam Syahadah cakap, kiranya saya ini sudah menjadi sejarah untuk sekolah ini. Di mana pun saya selepas ini, itu tidak boleh menafikan fakta bahawa saya pernah menjadi sebahagian daripada sekolah ini. Sekian. Gerak ke kelas dulu kahkah. 

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment