Ini kali pertama Muhammad bertemu mata dengan Ayah Ngah. Ayah Ngah menteri eh, ke YB, susah betul Muhammad nak jumpa kahkah. Hensem rupanya Ayah Ngah bila tengok depan depan. Umi cerita dulu Ayah Ngah gemuk. Sekarang kurus mengalahkan Umi ya. Syabas dan tahniah kerana berjaya membuatkan Umi berasa rendah diri dan terhina kahkah. Apa taknya, sejak Ayah Ngah kurus, habis semuanya dianggap kakak. Aku, Kakcik dan Syahadah lagi lah teruk orang ingat maknya Ayah Ngah haha.
Teruk benau mata kawan tu. Semoga dipermudahkan segala urusan Ayah Ngah. Semoga dipermudahkan Ayah Ngah bekerja. Semoga Allah permudahkan rezeki yang halal buat Ayah Ngah. Semoga Ayah Ngah sentiasa di bawah lindungan Allah di mana saja Ayah Ngah berada. We love you Ayah Ngah 💞 By the way, kami jumpa di rumah MamaIqa. Terima kasih MamaIqa menjadi pengantara untuk kami berjumpa. Bukan senang nak jumpa YB Ngah ini.
No comments:
Post a Comment