Assalamu'alaikum WBT.
Tujuan saya menceritakan kisah ini adalah untuk memberi kesedaran kepada saya sendiri. Ia adalah peringatan kepada saya agar lebih berhati hati pada masa akan datang. Kisahnya singkat sahaja, waran flight yang saya pohon untuk raya tahun ini kena reject. Jadi saya pun beli lah tiket sendiri. Nak beli yang direct yang 5 April, mahal lah katanya iaitu RM1200 sehala.
Jadi beli lah transit KK-KL, KL-KB. KK-KL 5 April jam 10 malam harganya RM299. Jadi saya terlepas pandang sebab nak kejar harga flight murah, terbeli KL-KB 5 April 7.20 pagi harganya RM327. Saya sudah beli settle semuanya, baru saya perasan eh kenapa second flight awal dari first flight.
Alamak tersalah beli. Jadi saya pun tukar lah terus flight dengan harga RM531 sebab KL-KB harga asal dia RM777 masa nya 7.20 pagi 6 April. Jadi try tengok dia punya total. Bagus saya beli terus yang direct flight lagi murah kahkah. Itulah kebodohan dan kecuaian saya yang ingin diceritakan di sini. Lain kali jangan kalut.
Inilah pengajaran untuk kita semua ya tuan puan. Saya bukanlah sedih sangat sebab duit banyak terbang, tapi masa yang saya boleh spend bersama keluarga adalah lebih banyak jikalau saya balik dengan direct flight tu kan. Tapi apa pun bersyukur saja. Ini cara Allah mengajar saya untuk lebih berhati hati pada masa akan datang.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment