Murtad 💆 |
Berpinar mataku baca, tapi ada lagi yang lagi teruklah. |
Begini lah ini kalau budak tidak pandai mendengar ah. Lain kita tulis di papan putih, lain yang disalinnya. Kadang rasa lawak juga haha sebab logik saja dia tertukar itu perkataan. Macam kawan aku dulu Nadia Mahmud. Dia cakap, "Saya rasuah lah puasa ke tak, sebab tadi macam lupa niat." Saya akui lah memang dia sejenis blur. Dia bukan buat lawak.
Tapi dalam blur begitu anak dah masuk dua eh. Ketika kawan kawan lain sedang lanjutkan pelajaran ke universiti, dia dah kahwin umur 18. Kau ado? Hiks kahkah gurau saja bah. Kembali kepada cerita asal, jadi aku confuse lah budak aku ni memang jenis blur ke atau memang kurang pengetahuan ke atau kurang perhatian dalam kelas haha.
Dah dah lah tu anak anak. Ustazah ni dah cukup pening dah dengan masalah lain. Kau tambah lagi kepeningan ustazah dengan tulisan kau. Ustazah dulu kalau menulis dalam buku tulis lah paling ustazah suka tau. Berlumba lumba nak suruh cantik dan kemas. Akhirnya kita juga yang akan baca balik untuk rujukan.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment