Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini saya rasa sangat gembira sebab akhirnya setelah hampir 4 tahun, saya berjaya terserempak dengan Naaim dan bertanya khabar tentangnya. Kenapa saya sangat teruja? Ia adalah kerana kewujudannya selepas covid itu hari sangat lah misteri ya tuan puan. Ketika orang lain bising tentang posting dan itu ini, tiada siapa tahu berita tentangnya.
Mentang mentang dia duduk nun jauh di Pulau Langkawi kan, dia memilih untuk kekal misteri sehingga lah saya terjumpa dengannya dalam flight KL-KK hari ini. Rupanya tahun lepas Naaim posting di Keningau. Saya rasa nak menangis! Kalau kamu tahu kenangan saya dengan dia ketika di universiti. Kalau dalam kelas, dia sangat pendiam. Bercakap bila perlu. Dia akan bercakap bila ditegur saja.
Kalau dalam kelas saya sangat suka menyisip duduk tepi Naaim. Ketika itu baru saya tahu betapa dia unik sebenarnya. Ada dalam satu kelas, lecturer suruh tanya soalan. Dia tak tanya lecturer, tapi dia macam cakap satu orang, tanya satu soalan yang saya rasa sangat unik. Saya rasa macam wow! I love you Naaim.
Naaim juga adalah orang yang berjaya membuatkan saya kembali positif tentang negeri Kedah dan seisinya. Yang tahu itu tahulah. Saya taknak cerita di sini. Titik perkenalan kami adalah ketika di CFS lagi. Kami rapat juga lah dulu sebab satu kelas LQM. Saya ingat lagi kami bercerita tentang Bahasa Arab SPM dia A+ dan saya A- hiks. Semoga ada rezeki lagi kita jumpa, Naaim!
KKIA.
No comments:
Post a Comment