Sunday, March 24, 2024

IKAN IKAN IKAN, KESIAN

Dah kenapa si Jia dekat situ.

Makan makan.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Amran.

Hari ini kita join Program Jom Sahur Asrama yang sepatutnya dijalankan serentak di negeri Sabah pada 12 Mac kalau saya tak silap. Tapi kami tunda sebab beberapa perkara. Jadi buat lah pada 17 Mac. Ustaz Amran datang dari jauh untuk sama sama bersahur dengan pelajar. Yang sedihnya hidangan sahur untuk pelajar untuk kesekian kalinya, ikan ikan ikan. Semalam sudah disahkan bahawa hidangan sahur untuk guru adalah ayam dan daging untuk pelajar. 

Sekali masa sahur pelajar dapat ikan dan guru dihidang dengan ayam. Cikgu Faidal cakap, "Tidak aku makan kalau begini". Cikgu Faidal tak sanggup makan ayam sedangkan budak kena makan ikan. Bayangkan selama 22 kali makan sepanjang Ramadhan ni, hidangan yang disediakan ayam 4 kali, daging 2 kali dan selebihnya adalah ikan. Yang bikin geram lagi, pekerja dewan makan dorang sahur dorang pilih ayam eh.

Tahu pula kau nak makan ayam. Budak budak kalau masak ala kadar pula. Padahal peruntukan lebih daripada cukup. Ke manalah baki duit tu kan wallahu 'alam. Jadi saya dan Roziah minum air saja. Cikgu Faidal naik flat makan di rumah dia. Kami dua orang teman Ustaz Amran makan. Satu lagi saya memang tahu lah kalau dorang masak ikan, Allah saja yang tahu betapa loyanya tekak sebab ikan tak masak dan berbau. 

Asal asalan betul dorang. Bila Cikgu Faidal dan Ustaz Amran tanya kenapa tidak ikut menu asal, dorang cakap daging rosak. Hmm entahlah nak. Kesian rasanya tengok budak pun tak berselera. Pernah dorang complain lah pasal ikan rasa hanyir, tahu tak apa pekerja dewan makan cakap? Bersyukur saja lah dapat makan. Sedapnya mulut. Try bagi dorang makan ikan hari hari, tak sedap pula tu. Hmm. 

Lepas makan, dorang solat Subuh berjemaah diimamkan oleh Ustaz Amran. Saya dan Roziah solat di rumah saja. Lepas tu kami pergi surau dengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Amran. Tidak mengantuk sebab ada juga tayangan. Terima kasih Ustaz Amran sudi datang seawal jam 4 pagi. Terima kasih juga Kakda, Roziah dan Basirah sudi teman saya tidur malam hiks. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment