Thursday, December 31, 2020

Last Day of 2020

31 December 2020

Hari terakhir tahun 2020. Tahun yang penuh makna dan cabaran. Namun apa yang lagi mencabar adalah assignment ku yang semakin rancak menunjukkan belang. Rasanya semester inilah semester yang paling mencabar bagiku. 

Di akhir tahun ini, hidupku terasa sengsara kerana terpaksa menyiapkan lebih daripada tujuh assignment. Ini adalah salahku juga kerana bertangguh. Tapi alhamdulillah berjaya submit on time, hihi. Markahnya? Aku berserah kepada Allah S.W.T.

Lagi seminggu untuk aku habiskan semester terakhir ku sebelum praktikal. Tuanya rasa kan walaupun masih muda. Ya ke muda? Hmm saya dah nak masuk dua puluh empat tahun. Birthday saya bulan 11 tapi still lah dikira umur dua puluh empat tahun kan.

Okaylah sampai sini dulu coretan saya. Semoga tahun baru memberi kita nafas baru dan kita dapat menjadi jauh lebih baik dari sebelum ini. Aamiin ya Rabb. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. In shaa Allah.

Wednesday, December 30, 2020

What Should I Do

Assalamu'alaikum W.B.T.

Can I go through this semester successfully? My fault, continuously procrastinate in doing the endless assignments. When will I finish all of these 'burdens'? What am I supposed to do? May Allah S.W.T. ease everything. 

Pray for me. 

Bye.

Saturday, December 26, 2020

Aki & The Latest Cucu

Rindu Tok Aki


Lama benar rasanya tak balik Pahang walaupun baru raya puasa lepas kami balik ke sana. Budak Afiyah Raihana ni kecil lagi masa tu, baru dua bulan rasanya. Sekarang dah nak masuk 10 bulan rasanya.

Saya rindu Tok dan Aki, rindu suasana di Pahang, rindu semualah. Angin di sana lain sangat dengan angin di Kelantan. Haha. Macam mana nak describe ya. Hmm macam tulah. Boleh rasalah di sana rasa macam rumah datuk nenek sangat.

Penuh dengan nostalgia. Kalau diizinkan oleh Allah, bolehlah kami ke sana lagi in shaa Allah. Sepupu saya belah sana kebanyakannya masih kecil lagi. Memang best sangat layan mereka. Cuma kadang kadang ada lah rasa penat kan. Hihi.

Okaylah bye. 

Friday, December 25, 2020

Kisah Kawanku

17 Disember adalah tarikh keramat bagi kawanku kerana pada hari tersebut dia telah diuji dengan perkara yang selama ini tidak pernah berlaku dalam hidupnya. 

Aku gelarkan kawanku sebagai M. Alkisahnya, ada seorang kawan M yang digelar sebagai K telah mesej dia dan hantar screenshot perbualan di Whatsapps antara K dengan seorang lelaki yang digelar sebagai A. M, K, dan A semuanya rakan sekelas di universiti. 

Screenshot itu mengandungi perbualan antara A dengan K tentang seorang senior universiti yang bernama L, yang L meminta A menanyakan kepada K sama ada M sudah berpunya atau tidak. Jika tidak, dia ingin berkenalan dengan M dan seterusnya ke jinjang pelamin. 

Mengapakah A tidak terus menanyakan perkara ini kepada tuan badan iaitu M? Mungkin sebab A takut sebab dia tak pernah bercakap pun dengan M. Jadi, kepada M yang tidak pernah melalui perkara ini iaitu ada orang nak berkenalan dengan dia, pastinya dia menggelabah. 

Akhirnya setelah beberapa lama M berfikir, pada malam itu juga, dia telah memberi jawapan yang dia rasakan adalah tepat buat masa ini, iaitu M ingin fokus dalam menghabiskan pelajarannya terlebih dahulu memandangkan sekarang sedang waktu kemuncak semester di universiti. 

Adakah itu bermaksud kawanku telah reject lelaki itu? Sejujurnya M mengenali L sebagai seorang senior yang garang dan berwibawa. Dia seorang lelaki yang baik dan sangat bijak. Mungkin dia boleh jumpa seseorang yang jauh lebih baik daripada M.

Pada malam yang sama, seorang kawan sekolah menengah M yang digelar sebagai R telah mesej M dan dia ingin memberitahu sesuatu yang sangat penting, katanya. Rupanya R ingin menyampaikan hajat seseorang iaitu kawan sekolah mereka yang digelar sebagai Y. 

Y meminta R menanyakan sama ada M telah berpunya atau tidak. Semestinya dia belum berpunya. Jadi, jika M belum berpunya, Y berhajat untuk melamar M. Sekurang kurangnya dia tidak perlu mencari perempuan lain, dan akan menunggu M.

Ini kerana M telah menyatakan bahawa dia ingin menghabiskan pelajaran dan bekerja terlebih dahulu. Jadi, jawapan M adalah, dia seratus peratus menyerahkan perkara ini kepada ibu bapanya. Jika ibu bapanya suka, dia suka. Jika ibu bapanya tidak suka, dia tidak suka. 

Namun, hakikat sebenarnya adalah M memang bersetuju saja jika lelaki itu ingin menjadikannya sebagai isteri. Ini kerana mereka telah saling mengenali satu sama lain sejak pra sekolah. Dari umur enam tahun, mereka satu kelas.

Mereka masuk ke sekolah rendah yang sama, sekolah menengah yang sama hinggalah ke universiti juga sama. Namun mereka tidak pernah berhubung antara satu sama lain. Y juga sudah mengenali keluarga M lagi lagi ayahnya sebab ayahnya M adalah guru sekolah rendah mereka. 

Jadi, sekarang M hanyalah mampu berdoa semoga Allah mengurniakannya jodoh yang terbaik. Aamiin in shaa Allah. Ayah M menyatakan bahawa siapa yang masuk meminang dulu, dialah yang akan ayahnya terima, dengan syarat baik budi pekertinya.

Alkisahnya, empat tahun yang lalu, ada seorang pelajar ayahnya telah berjumpa dengan ayahnya dan meminta untuk memiliki anaknya dalam masa enam tahun dari tarikh mereka berjumpa. Ia berlaku pada tahun 2016 dan sekarang tahun 2020, jadi hanya tinggal dua tahun sebelum tempoh itu.
 
Namun, dalam masa empat tahun yang telah berlalu, khabar lelaki itu tidak diketahui (ayahnya tahu namun tidak memberitahu anaknya). Jadi untuk langkah selamat, ayahnya menyatakan jika ada orang bertanyakan tentang M sama ada dia telah berpunya atau tidak, jawapannya tidak.

Seperti yang diberitahu tadi, ayahnya akan terima sesiapa yang masuk meminang dulu. Baru adil. Hmm panjang pula kisah kawan saya. Mungkin perkara ini Allah jadikan untuk menyedarkannya bahawa umurnya sudah tidak berapa muda lagi. Samalah dengan saya pun. 

Saya doakan yang terbaik untuknya. Semoga Allah permudahkan urusannya dan juga urusan kita. Okaylah, sampai sini dulu coretan saya. Tadi saya record video resume! Haha struggle sangat sebab asyik gelak sebab adik saya tukang record.

Thursday, December 24, 2020

Throwback Raya 2019

Bukan senang nak jumpa kawan masa raya, sama ada raya puasa atau raya haji sebab hampir setiap tahun kami akan balik Pahang untuk menyambut raya dengan ahli keluarga dan sanak saudara di sana. Jadi, kawan kawanku jarang sangat datang rumah.

Mereka punya raya puasa pertama sakan benar, ke sana ke mari rumah kawan kawan. Saya hanya mampu melihat gambar selepas hari kejadian. Tapi saya tak kisah sebab saya memang dibesarkan dalam keluarga yang memang sentiasa bersama. Family girl lah katakan. 

Tapi tahun lepas punya raya alhamdulillah ada peluang untuk ajak mereka ke rumah atas sebab sebab tertentu. Kami tak balik Pahang masa raya puasa tahun lepas, tapi raya haji kami balik, alhamdulillah. Tapi siapa sangat yang saya ajak ke rumah.

Saya tak ramai kawan pun. Kalau kawan sekolah menengah yang selalu contact dengan saya adalah Rajni, Rabiatul dan Sabrina. Orang lain memang jarang sekali dapat dengar khabar sebab saya tak simpan  pun contact number mereka. Kalau dengar apa apa berita pun daripada tiga orang inilah. 

Hmm okay sambung buat assignment. Doakan saya ya. Saya rasa semester terakhir ni sangat mencabar physical dan emotional. Hmm semoga Allah kuatkan diri saya untuk menghadapi semua ini. Sem depan in shaa Allah praktikal dah. Hihi.

Cepat sangat masa berlalu. Rasa sedih pun ada sebenarnya walaupun saya gembira nak habis belajar, sebab lepas habis praktikal in shaa Allah saya akan buat lesen kereta. Sekejap lagi pukul 12 tengah malam saya akan prereg buat kali terakhir.

Bye!

Wednesday, December 23, 2020

Kerana Terpaksa Aku Relakan

Allah Knows Best


Nampaknya terpaksa lah aku melepaskan Jidin kepada kakakku. Aku akan patuh saja pada kata kata Abah Umi walaupun tidak kurelakan perpisahan bersama Jidin. Lagipun musim sekarang sedang busy dengan assignments, jadi tiada masa untuk bermain dengan kucing.

Ada lagi yang tiada dalam gambar kerana masing masing buat hal sendiri. Ada yang berada dalam rumah kucing sebab tengah pantang lagi. Kucing pantang mana boleh keluar rumah, nanti meroyan bawa anak ke sana ke sini. Kesian anak dia nanti.

Tadi saya tidur lama sangat. Jadi saya kena tebus masa tidur saya dengan melakukan kerja yang berfaedah. Doakan saya kuat untuk siapkan assignment. Esok in shaa Allah saya akan prereg subjek buat kali terakhir dalam hidup saya iaitu subjek praktikal.

Masalahnya dalam sistem universiti saya masih pelajar tahun ketiga. Hei! Saya dah nak masuk semester kedua tahun keempat lah! Ishhh apalah sistem universiti kesayangan saya ni kahkah. Saya bersyukur saja sebab orang lain ada masalah lagi besar dari saya. 

Okaylah. Sambil layan lagu Hindustan, in shaa Allah saya akan buat mana mana assignment yang saya rasa ada keinginan untuk buat. Adik adik saya tengah tengok video ujibakat Raja Lawak yang tak lawak tapi jadi lawak. Faham tak?

Bye!

Tuesday, December 22, 2020

Berita Tergempar

22/12/2020


Berita Tergempar

Malaysia, 22 Disember 2020: Kebelakangan ini ada seorang budak yang sudah mencecah umur dua tahun ingin kembali ke masa lampaunya iaitu menjadi seorang bayi. 

Beliau dipercayai sentiasa meminta ibu saudaranya untuk mendukungnya seperti bayi dan melakonkan tangisan bayi serta menjadikan botol air sebagai botol susu. Adakah ini perkara normal?

Kakaknya juga yang berumur tiga tahun kelihatan turut serta dalam kejadian tersebut. Adakah ini bermakna mereka belum bersedia untuk menerima adik? 

Mungkinkah terdapat kaitan antara ingin menjadi bayi dengan ketidaksediaan untuk mendapat adik? Nantikan jawapannya tidak lama lagi. Sekian berita merapu. 

P/S: Pemberita kelihatan kembali menyambung assignment yang tidak berpenghujung.