Semalam saya dan Kakda makan di Marry Brown. Kali ketiga dalam masa seminggu haha. Dah tak kenal KFC dek sekarang. Haha. Syahadah aka birthday girl jangan marah arh. Kau dah sakan makan kek yang Kakcik dan Abe Cik buat suprise kahkah.
Saya habis sekolah pukul 11.30 pagi sebab Jumaat kan. Tapi lepas tu pergi Eco shop beli barang sekolah. Lepas tu balik rumah Kakda. Rehat dulu. Petang sikit kami keluar makan di Marry Brown dan masuk Servay sekejap. Saya beli wet tissue dan satu barang lagi.
Masa saya nak ambil gambar Kakda, Kakda kata hah blog lah tu haha. Macam mana Kakda tahu ni hmm. Dia kata jenuh aku jadi bahan blog dia haha. Yalah haritu di KFC pun saya ambil gambar Kakda juga. Okaylah saya nak solat Subuh. Sekarang 5.16 pagi.
Alhamdulillah ada kawan yang baikš¤²
ReplyDelete