Assalamu'alaikum WBT.
Berani ek nak review diri sendiri sekarang. Haha nda la. Okay hari ini saya ingin bercakap tentang segala pedagogi yang saya gunakan selama sepanjang tahun mengajar di sekolah ini. Maka nya lupa sudah aku maksud pedagogi. Hihi. Takpela jom kita memandai mandai hari ini. Secara simplenya, saya nak review tentang cara cara yang saya gunakan masa mengajar tahun ini.
Tahun ini 2025, saya rasa macam lebih rajin, lebih produktif dan lebih kreatif dalam pengajaran berbanding tahun tahun sebelum ini. Itu yang saya rasa. Euw syok sendiri nya. Saya banyak buat soalan latihan sendiri (tanpa diminta kunun) mengikut level kelas yang saya ajar. Maksudnya kebanyakan soalan yang saya buat, tak sama untuk setiap kelas.
Ada soalan yang simple, ada soalan yang susah. Cara pengajaran pun sama la, akan berbeza mengikut tahap kebolehfahaman murid itu sendiri. Buat lawak tu sentiasa ada, tinggal budak nak gelak atau tidak saja. Lawak sama, tapi penerimaan murid setiap kelas itu berbeza. Yang saya tengok, kelas 2 Intan/Permata jenis menerima lawak dan kelas 3 Intan/Permata jenis tak menerima lawak haha.
Tapi sebagai seorang guru yang dah give up dengan perasaan sendiri, saya go on saja. Suka hati la nak gelak ke tidak kahkah. Saya juga banyak guna projector. Buat slide sendiri guna template yang diambil di Slidesgo. Untuk kelas seperti 2 Intan/Permata, saya amanahkan mereka untuk mengajar di depan guna slide sendiri mengikut kumpulan dan sediakan hadiah juga.
Pembentangan guna kertas mahjong ada juga saya buat tapi macam di awal sesi saja. Kelas terlibat kebanyakannya semua la cuma macam kerap di kelas 3 Berlian. Kalau 2 Berlian saya tak nampak harapan setakat ini. Entahla. Saya cuma guna konsep Umi. Jangan sakit kepala. Nak belajar, belajar. Taknak belajar, sudah. Ignore saja. Tapi ada juga la masa mengamuk kahkah.
1. Pembentangan murid menggunakan kertas mahjong
2. Pembentangan murid menggunakan Powerpoint
3. Latihan soalan mengikut kelas (IQ murid) menggunakan kertas
4. Tayangan cerita
5. Quizizz
6. Kuiz menggunakan template sendiri
Semoga tahun depan Nur Syahirah lebih rajin dan produktif daripada tahun ini dan menghasilkan lebih banyak produk baru kunun. Semoga saya menjadi lebih kreatif dan memikirkan lebih banyak cara menarik dalam PdP in shaa Allah. Doakan saya teman teman. Tahun depan mungkin saya akan ajar Tasawwur Islam pula. Entahla. Okay bye.
Kota Marudu, Sabah.
Best je tengok oghe jadi Cikgu..bila hadapi sendiri ni hmm, entahla..pandanganku kabur.
ReplyDeleteBelum sampai masanya bha. Kakakmu juga sedang berusaha improve diri. Kita akan sentiasa belajar untuk jadi lebih baik. Jangan putus asa. Semestinya ada time tak best juga. You got this baby!!!
ReplyDelete