Thursday, May 28, 2020

Apa Khabar Barangku Di IIUM

Sejak 18 Mac 2020 aku meninggalkan bilikku di universiti. Apalah agaknya khabar barang barangku yang ditinggalkan lama tanpa sengaja? Sudah tiga bulan lebih, mungkin berdebu dengan tebalnya. 

Semuanya terjadi dengan kehendak Allah S.W.T. kan? Siapa kita untuk mengeluh? Ramai juga yang ambil keputusan untuk pulang ke kampus semata mata untuk mengambil barangan mereka termasuk nota dan alatan belajar. 

Aku bersyukur walaupun bukan semua buku aku bawa pulang ke rumah, namun ada juga nota yang aku terbawa balik. Alhamdulillah.

Aku langsung tidak bertanya khabar kawanku Rajni dan kawanku yang lain juga. Hihi. Bukanlah niat untuk memutuskan ukhwah, namun aku tidak mahu mengganggu keamanan mereka bercuti kerana aku juga tidak suka diganggu ketika bercuti.

Harapnya semua barang dalam keadaan yang baik belaka di universiti. Aamiin ya Rabb. Okaylah sampai di sini saja coretanku untuk kali ini. Bye assalamuálaikum!

5 Syawal 1441H

ERTL

Kelas Online

Adakah aku sudah bersedia? Lagi dua hari kelas online akan bermula atas sebab PKP dan wabak yang belum pulih lagi. Hmm apakah nasibku?

Sekarang musim raya. Anak anak buahku masih di sini, jadi mungkin sedikit rumit untukku membuat kerja. Hmm ya ke? Kalau tak ada diorang pun, aku tak buat juga.

Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan? Mengapa mesti mereka dipersalahkan? Sorry okay budak budak! Hihi.

Assignment satu pun belum ku sentuh. Persediaan presentation apa pun belum ku buat. Ya Allah kuatkanlah hambaMu yang lemah ini. Rajinkanlah aku. 

Aku baru selesai mandi, alhamdulillah. Bukan selalu aku berpeluang untuk tidur lambat kerana selalunya aku tertidur tanpa sedar. Hihi.

Adik adikku dan anak saudaraku sudah bergelimpangan tidur dengan lenanya, alhamdulillah. Aku ingat esok nak lap tingkap, in shaa Allah dipermudahkan. Aamiin ya Rabb.

28/5/2020 12.26 AM
Dalam bilikku.

Event Sekali Seumur Hidup

Bukan senang buatku membuat keputusan untuk menghadiri majlis yang dianjurkan. Tak kira di mana atau bila. Tetapi, atas paksaan kawan kawan kelasku yang mengklasifikasiku sebagai manusia 'payah baso', akhirnya aku bersetuju untuk memenuhi paksaan mereka untuk ke majlis makan malam anjuran CYAT, persatuan pelajar TAASL. 

Aku membayar RM10 untuk makan, namun hanya sedikit saja dapat ku lahap kerana aku tidak sempat. Hmm. Apa yang aku bicarakan ini?

Banyak makanan yang disajikan dan semuanya sedap sedap belaka, alhamdulillah. Persembahan juga tak kurang menarik. Sungguh sporting pelajar TAASL, hmm. 

Daripada 20 orang pelajar kelasku, hanya 11 orang yang hadir. Maksudnya bukan aku seorang saja yang 'payah baso' kan? Hihi. Bye.


Kenangan bersama rakan kelasku.


Bersama si cantik manis yang pandai, Anis.

28/5/2020 12.31 AM
Dalam bilikku.

Old Blog Throwback #9

Classmates Susah Senang Bersama

Pada malam yang indah ini, saya mahu bercerita tentang classmates saya seperti yang dijanjikan sebelum ini. Mereka adalah classmates universiti, degree Teaching Arabic as a Second Language (TAASL). Kami sekarang dalam tahun ketiga semester satu. Bulan 9 tahun depan in shaa Allah jadi pelajar tahun empat. Ya Allah rasa macam tak percaya, cepat sangat masa berlalu.

Jadi sepanjang saya masuk degree, hinggalah habis belajar nanti in shaa Allah, merekalah classmates saya dunia akhirat dan kena hadap lah muka diorang sampai muntah pun. Kami berbeza umur, ada yang 23, 22, dan 21, tapi kami sehati sejiwa. Hmm ya ke?

Kami terdiri daripada 20 orang pelajar, dan batch kami paling sikitlah. Dan ramai antara kami yang dari kos lain. Macam saya pun tukar kos dari ARCOM. Jadi sebab tu umur kami bercampur campur. Ada yang dari kos IRK iaitu Amin dan Faiz, dan BARB iaitu Fatin, Raudhah, Atiqah, Aisyah, dan lain lain. Ada yang dari CELPAD iaitu Arief.

Dari single, dah ada yang akan mendirikan rumah tangga. Daripada tak rapat, jadi rapat dan tak berkira antara satu sama lain. Dah tak ada beza dah, dia itu dulu dari kos apa, junior ke senior ke masa asasi. Semua sama saja sekarang dan dah tahu perangai masing masing. Dah tahu cara dia cakap dengan kita, nak buat kita menyampah ke, nak bergurau ke.

Tapi apa yang saya suka dengan classmates saya, tak macam batch lain, kami rapat tapi sangat jaga batas (harap kekal macam itu lah). Antara lelaki perempuan, kami tak lebih lebih sangat dan tak ada yang jenis lepak sekali dekat kulliyyah ke, dekat cafe ke. Kalau jumpa tu atas dasar kerja sahaja. Saya respect sangat classmates saya kalau hal macam itu.

Dan kalau CYAT ada anjur apa apa aktiviti macam annual grand dinner ke, liqa' mahabbah ke, classmates kami tak join pun. Haha tak tahu kenapa kami tak aktif dalam benda macam itu. Kurang beri kerjasama sikitlah kalau benda macam itu. Kalau nak kumpul makan makan antara classmates pun tak ramai yang join, termasuk saya sebab diorang selalu nak buat luar universiti. Abah dan Umi saya tak bagi.

Sekarang kalau lepas kelas selalu makan sekali dengan Anis, Najwa, dan Zai dekat cafe Edu, Evoke atau HS. Dan selalu makan ais krim dengan Anis dan Najwa. Hampir hari hari saya beli tau. Selalu juga singgah Ainon beli macaroni goreng. Kedai tepi tu jual mee kari, sedap sangat dan selalu juga lah saya beli.

Budak kelas saya ada yang suka sangat menyakat, macam Amar, Amin, Arief. Tak boleh kalau tak menyakat ya. Tapi itulah yang membuatkan kami lagi rapat. Dan semua sangat supportive, cuma adalah beberapa orang yang tak seberapa nak masuk sangat kan, biasalah tu.

Kami dah tahu pattern presentation masing masing. Suara tu kalau tak tengok muka pun dah tahu, lagi lagi si Arief, suara macam pakai speaker. Dah tahu siapa yang akan datang lewat ke kelas seperti Fitri. Kami memang kelas sama sebab kami sikit dan kulliyyah memang dah tetapkan study plan kami. Cuma ada certain kelas saya lain, sebab UNGS saya dah ambil yang first masa ARCOM.

Semua hebat hebat dalam pelajaran, in shaa Allah jadi guru cemerlang, gemilang terbilang semua ya. Aamiin ya Rabb. Banyak saja response kalau lecturer mengajar dalam kelas. Well behaved juga, alhamdulillah. Ada yang jenis belajar awal macam kak izzah, dan ada yang last minute juga, hampir semua lah. Hmm apa nak jadi dengan anak muda sekarang ni ya. Haha.

Mereka semua baik baik, senang sangat kalau nak minta tolong. Kami tak rapat sangat pun, tapi itulah yang terbaik. Kalau tidak ada saja kejadian yang tak manis akan jadi kan kalau lebih lebih. Masing masing buat kerja sendiri saja. Saya ingat first impression saya terhadap diorang. Nanti saya describe sorang sorang ya.

Arief - Amar - Faiz - Amin - Fitri - Raudhah - Izzah - Atiqah - Fatin - Huwaida - Nadhirah - Naim - Najwa - Anis - Syahirah - Ain - Zainida - Sayyidah - Aisyah - Irham

December 26 2019

Sunday, May 24, 2020

Kembar Tiga di IIUM

Sahabat IIUM


Tahun pertama di Kulliyyah of Education.


Sekarang seorang dah jadi isteri orang, dah tak boleh berkepit bertiga.


Bersama sahabat kesayangan, di bangunan Edu.


Bergambar di CAC, bersempena minggu Ummatic.


Kenangan di Muzium Seni Negara, menyiapkan assignment untuk Instructional Technology.

P/S: Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T. Aamiin ya Rabb. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga, walaupun tak bertemu mata dan bersua muka. Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang taat dan sentiasa memberi kebaikan dan manfaat kepada orang lain, in shaa Allah.

24/5/2020 4.51 PM
Di bilikku.

Teacher's Day 2018

Teacher's Day, Kulliyyah of Education

Satu kenangan yang tak bisa dilupakan apabila kawan baikku menjadi salah seorang penerima anugerah dengan CGPA 4.0. Hmm tak pernah merasa lagi diri ini. Tapi in shaa Allah suatu hari nanti. Aamiin ya Rabb.

Hari tersebut adalah hari guru yang disambut oleh warga Kulliyyah of Education. Pensyarah dan pelajar semuanya terlibat. Temanya adalah Back To School. Tapi seperti biasa, tidak pernah kuhiraukan apa pun syarat yang ditetapkan. Gitewww.

Kerana padaku pakaian yang wujud hanyalah jubah hitam, dan beberapa pasang baju lain. Hmm. Okaylah kembali kepada tajuk asal. Ada anugerah untuk pensyarah dan juga pelajar, dan seperti yang kukatakan sebentar tadi, kawan baikku telah menerima anugerah pelajar cemerlang batch kami.

Aku sangat bangga bercampur sedih kerana aku tidak dapat merealisasikan impian untuk mendapatkan pointer 4.0. Tapi, bagiku itu tidak lah penting melainkan ilmu yang dipelajari sentiasa diamalkan dan diajarkan kepada orang lain.

Tapi apa pun, 4.0 itu adalah bonus kepada mereka yang berusaha keras. Tapi haruslah kita ingat bahawa segalanya datang daipada Allah S.W.T. Tahniah kepada yang terlibat. Assalamuálaikum. 


Tak pernah cukup kouta lah kalau bergambar.


Gadis pingitan kelasku, hmm.


Kenangan bersama penerima anugerah kecemerlangan.

24/5/2020 4.36 PM
Dalam bilikku.

Kenangan Aidil Fitri 2020

Anak Buahku






P/S: Jenuh nak melayan dua orang ni. Sorang pagi pagi dah badmood, sorang lagi pantang tengok benda nak pegang. Hmm cukuplah dua orang dulu ya. Hihi. Hmm tengok tu, ikan pun nak beraya sekali.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamuálaikum W.B.T.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh Muslim di seluruh pelusuk dunia. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk sekali lagi menyambut raya, walaupun dalam keadaan yang sedikit berbeza, sempena PKP.

Tapi untuk keluarga saya, beginilah sambutan raya kami setiap tahun, tak ada apa yang istimewa, hanya bersederhana. Cuma bezanya, tahun sebelum ini pagi raya pertama solat sunat raya di masjid dan setelah itu ke rumah ibu saudara untuk makan makan, dan bertolak ke Pahang.

Tahun ini, tarawih di rumah, solat sunat raya di rumah, khutbah raya di rumah, tak ada ke rumah ibu saudara untuk makan makan, dan tak balik ke rumah Tok Aki di Pahang. Sedih sikit tak boleh balik ke sana tapi demi kebaikan semua, kita patut patuh arahan kerajaan, lagipun tak dibenarkan rentas negeri kan.

P/S: Allahu ada lagi orang yang tak faham arahan ya, datang beraya rumah orang. Pagar dah tutup, boleh lagi dibuka dan masuk dalam pagar. Boleh ke macam itu? Hmm apalah nak jadi. Mungkin students Umi. Sorrylah adik adik sekalian, kami bukan sombong, tapi keadaan tidak mengizinkan. 





Cerita pagi tadi.

Azan Subuh dilaungkan oleh Abah. Solat Subuh imamnya Alang. Solat sunat Aidil Fitri diimamkan oleh Along. Khutbah raya disampaikan oleh Alang.

Sayu rasa dengar takbir raya diketuai oleh Abah, Along dan Alang. Umi sampai menangis, mungkin sebab terharu dan sayu kan. Inilah hikmah PKP dan wabak COVID-19.

Suka dengar Alang baca khutbah, ada cara tersendiri. Yang lawaknya, ada perkataan yang Alang tak tahu maknanya, hmm maksudnya Alang tahu perkataan tu dalam bahasa Thailand, tapi tak tahu maksudnya dalam bahasa Melayu. 

Selesai semua, kami makan makan. Umi masak lepas solat Subuh sebelum solat sunat raya. Alhamdulillah, Semuanya dengan izin Allah. Anak anak dan menantu pun membantu sama.

Apapun, terima kasih ya Allah kerana permudahkan segalanya. 

Bukan Happy Together

Assalamualaikum! Saya ialah adik kepada HAPPY TOGETHER. Malam ni saya nak cerita pasal gigi saya.Bila malam, saya rasa malas nak gosok gigi.Tapi gigi saya kotor sangat.Saya tak tahu nak buat macam mana. Sebab tulah saya selalu tidur lewat.Sebenarnya, saya tak tahu nak tulis tentang apa.Sekarang dah pukul 11:55. Esok raya!!! Tapi tak excited sangat pun sebenarnya sebab takboleh jalan jalan pun. Lagipun tak ada baju raya tahun ni...sebab dah ada banyak baju. Sebenarnya bukan baju saya sendiri tapi baju umi saya zaman muda muda dulu.
  
Okeylah,setakat ini sahaja coretan saya pada malam ini. Buat apa tulis banyak banyak, bukan blog saya pun kan...sekarang saya nak pergi tengok cerita Hindustan sambil makan ais krim.bye!

Assalamualaikum!

Saturday, May 23, 2020

Malam Raya Aidil Fitri 2020

Assalamuálaikum teman teman!

Malam ni dah malam raya! Cepatnya kan masa berlalu. Rasa macam baru je start puasa. Baru start sahur. Hmm rasa sedih pulak. Tapi takpelah, kalau ada rezeki kita akan berjumpa kembali pada tahun hadapan, in shaa Allah. 

Tahun ni macam tahun tahun sebelum juga, tak ada baju raya. Dah biasa dah, tak rasa apa apa pun. Tak ada rasa excited pun nak baju baru. Mungkin sebab dah besar. Hihi. Cukuplah jubah hitam satu dengan tudung sarung satu. Gitewww.

Sekarang saya dikelilingi oleh penyibuk sedunia, adik perempuanku dan adik lelakiku. Tunggu masa nak main sebab baru tidurkan anak saudara sorang tu. Sorang lagi tidur dengan Abi Umi dia sebab kecil lagi.

1/6 ni dah start kelas online. Tak tahulah macam mana jadinya nanti. Ada kawan saya yang balik UIA atas sebab tertentu, macam internet rumah tak laju, gangguan adik adik (gurau), dan sebagainya. In shaa Allah dipermudahkan semuanya. Aamiin ya Rabb.

Tadi best sangat tengok keluarga solat berjemaah dan takbir raya. Sayu rasa hati. Tapi terhenti kesayuan dengar suara anak anak saudara, haha. Tapi kalau tak ada diorang sunyi pula. Okaylah sampai sini dulu coretan saya.

Esok in shaa Allah Subuh berjemaah, baca taaleem dan solat sunat Aidil Fitri serta bacaan khutbah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. AAMIIN AAMIIN YA RABBAL ALAMIN. Assalamuálaikum.


Cerita petang tadi. 

Kakak rindu adik, Abi dan Umi dia. Mengamuk kejap, lepas mandi terus tidur. Nasib baik buka puasa Umi dengan Abi dengan adiknya ada. Terus good mood. Hihi. Okaylah bye.

Saturday, May 16, 2020

23rd Day of Ramadhan

Assalamuálaikum kawan kawan!

Selamat pagi! Saya tengah tengok movie Melayu dengan adik lelaki, nama movienya Dengan Nama Allah lakonan Beto Kusyairi dan Sherry Ibrahim. Boleh tahan best juga. Hihi. Sebenarnya saja nak spend time dengan adik sorang ni sebab kalau dah tidur, hmm alamatnya dekat Asar pula dia bangun. Hihi.

Semalam saya berbuka dengan nasi goreng ikan masin, ikan pari bakar, sup tulang ayam, lala rebus dan minum air sirap. Alhamdulillah semua habis dimakan. Hari ini punya menu pula saya tak tahu lagi. Tapi saya rasa nak air kelapa lah.

Ta'leem pagi tadi mengantuk sangat sangat. Tapi lepas habis je dah tak mengantuk. Saya tahu sebab apa. Sebabnya masa ta'leem kita tak bergerak sangat. Jadi cepat rasa mengantuk. Kalau kita gerak gerak, mana ada rasa mengantuk kan. Betul tak?


Untuk solat hari raya nanti, Abah minta Along jadi imam dan Alang jadi khatib. In shaa Allah dipermudahkan. 

Hmm okaylah bye.

16/5/2020 9.05 AM

Di ruang TV.

Friday, May 15, 2020

Throwback Teater #3

It Was A Success!


Rehearsal terakhir pada hari kejadian di Main Auditorium.


Antara adegan pelajar.


Lagi adegan pelajar.


Lelaki kelasku yang tak berapa nak handsome tapi boleh diharap. Jangan marah ahh. Bergambar bersama lecturer kesayangan, Dr. Kamal J. I. Badrasawi.


Kawan kawanku.


Lagi kawan kawanku. Apa si Zai dengan Asiah buat belakang tu?


Kawan kawan persejuangan, misai pun tak buang lagi.


Semua committee dan pelakon berbakat.

Alhamdulillah segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil yang cemerlang, dengan izin Allah. Walaupun ketika mula mula latihan, tidak kelihatan cahaya harapan. Tak dapat kuungkapkan rasa kesyukuran bila kami dapat menghabiskan teater ini dengan jayanya dan lancarnya. 

Kami juga gembira kerana pensyarah kami, Dr. Wan Rusli berpuas hati dengan persembahan kami walaupun ada bahagian yang perlu diperbaiki. Kami pelajar yang masih belajar dan akan terus belajar, jadi kesalahan itu tidak asing lagi bagi kami yang lemah ini.

Apapun alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

P/S: Adakah aku merindukan kawan kawan ku sehingga throwback sebegini rupa? Okay bye!

First Impression

For me, the first impression is very crucial in our life because it will determine how people will look at you in the future. For example, if you don't behave well in front of your future parents-in-law during the first meeting, in the future when you are married to their sons, they will not be having good impression towards you. It can be changed, but will be very difficult. So, how are you going to live with them and face them for the rest of your life? I'm not sure whether you get my point or not, but that's my point. Absorb it please!

My first impression towards orang utagha is really bad because of particular persons. When I first entered CFS or foundation studies, it was the first time I got to meet people from various states, and I had a very clean and pure mind at first especially towards orang utagha, until one day there was a person who had changed my mind and perception. I tell you from my point of view, from my sight, from everything that I had watched in front of my eyes.

We were classmates during the first semester of foundation studies, and she behaved so bad in my opinion. Her style of talking was very rude and really annoyed me. She loved to jeling jeling tajam and I couldn't imagine how rude she was. And in the class, she had her gang, also from utagha, had same behavior. Because of her, I had a very bad impression towards orang utagha. I'm sorry orang utagha, I'm being so honest right now.

Fortunately, there were some friends from utagha who were really nice and kind, had changed my perception towards them. And now, do you know that, that person (rude person) is my classmate? OHH MY GOD, I was so shocked when I found out that we were going to be classmates, two years ago, when we met during the interview session. But now, I'm always trying to be positive and set my mind not to judge anyone. She is nice though, even though she still has a bit of her keutaghaan style that I once hated, but so far our relationship is going so well. Maybe, I was not used to her utagha style back then, because most of utagha people who I met have the same talking style. It might appear rude to me but maybe that's their identity.

P/S: We don't know if someone doesn't like our talking style, the dialect we use. Hmm what I'm talking about? So always be positive and be kind. Let's spread kindness. I'm hungry, I want pizza!

Rindu Kawan Persejuangan

Throwback 3/12/2019


Tapau cendol Mowla di HS Cafe.



Rezeki makan free dengan kawan kesayanganku ketika lalu depan meeting room di tingkat 2 Kulliyyah of Education.

Ketika ini adalah waktu kemuncak semester lepas, yang sangat memeritkan kerana sibuk dengan teater dan juga assignment yag berlambak tidak berpenghujung. Tiga mini research, bukan main main. Kami terlalu fokus mempersiapkan diri dengan teater menyebabkan segala homework tergendala. Salah kami juga kerana tidak pandai membahagikan masa dengan baik.

Tapi itu cerita lama. Sekarang aku lebih kurang begitu juga. Tidak pernah serik dengan seksa penangguhan kerja yang setiap semester dihadapi. Semoga aku diberi kekuatan untuk tidak bertangguh dalam apa apa yang aku buat. Aamiin ya Rabb.

Alhamdulillah sudah hampir empat tahun kita mengenali satu sama lain. Banyak suka duka kita lalui bersama (kerana tangguh kerja), makan pun sama sama banyak. Walaupun kita datang dari berlainan negeri dan background, kita boleh dikatakan sehati sejiwa, cewahhhh. Alhamdulillah.


Semoga Allah jauhkan kita daripada sengketa, salah faham atau apa apa lagi perkara yang memudaratkan. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga walaupun kita tak bersua. Aamiin ya Rabb.


Okay bye.


15/5/2020 9.09 AM

Di ruang tamu.

Cerita Malam Semalam

Tarawih 21 Ramadhan


Kejadian semalam.

Biasanya kalau solat Isyak abangku yang azan, tapi semalam masa ta'leem dia sakit perut. Jadi adikku a.k.a imam tarawih yang tolong azan. Punya malu dia nak azan depan kakak kakak dia. Padahal kalau cakap biasa ni banyak pulak. Aduhai adikku.

Masa mula mula puasa, rasa macam terbeban kalau tarawih sebab tak biasa. Tapi sekarang alhamdulillah dah terbiasa dan tak fikir tarawih tu satu beban sebab dapat ganjaran dari Allah kan. Macam ni lah seorang Muslim yang lemah iman. Jangan contohi ya. Sentiasalah rajin dan gembira dalam beribadah. 

Lagi 8 hari puasa akan berakhir. Bercampur baur perasaanku. Ada perasaan gembira sebab dah nak raya, tapi sedih juga sebab dah tak ada solat tarawih berjemaah. Tapi kita boleh saja usahakan solat fardu berjemaah kan. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Alhamdulillah semua lauk berbuka semalam habis dimakan ketika berbuka dan juga sahur. Jadi hari ini tak tahu lagi menu apa yang Umi rancang nak masak. Apa apa pun kita nantikan ya. Hihi. Saya rasa macam nak minum air kelapa lah berbuka nanti. Hmm in shaa Allah dipermudahkan.

Tadi projek basuh sarung kusyen yang dah lama tak basuh. Sempena raya ni kan, walaupun tak ada orang datang beraya pun, kita kenalah bersihkan rumah demi kesihatan kita. Jangan fikir bila orang nak datang je kita kena bersihkan rumah. 

Sentiasalah jaga kesihatan dan ingatlah orang tersayang. Hmm sebut pasal orang tersayang ni, rasa sedih sebab kakak dan abang ipar di KL tak boleh balik raya nanti sebab PKP. Takpelah, kita husnu zon kan, untuk mencegah segala kemudaratan. 

Abang sulung saya duduk di rumah nya dengan keluarga tercinta, isteri dan anak anak. Tapi rumah kami dekat saja, jadi kalau raya in shaa Allah boleh balik sini. Yang lain semua ada di rumah alhamdulillah. Especially saya dan abang saya lah sebab kami belajar jauh sikit.

Tapi hikmah PKP boleh berpuasa di rumah alhamdulillah. Kalau tak tiga hari nak raya baru saya boleh balik rumah. Abang saya pula hari raya baru balik rumah sebab dia biasanya jadi imam tarawih di Thailand. Tapi kalau jadi imam tarawih di masjid atau surau berdekatan rumah, dia akan tinggal di rumah je. Pergi sana naik basikal atau Umi hantar.

Hmm okaylah sampai sini saja dulu. Banyak pula saya membebel kan. Hihi. Saja je nak buat kenangan, boleh baca balik satu hari nanti. Semoga semuanya dalam keadaan baik baik, in shaa Allah. Banyakkan istighfar dan ingat Allah selalu. Assalamuálaikum.

15/5/2020 8.49 AM
Di ruang tamu.

Thursday, May 14, 2020

Old Blog Throwback #8

Kembalikan Shawarma Saya!

Mahallah Asiah, cafe dia dulu ada jual satu menu yang dinamakan SHAWARMA. Memang sangat sangat sedap dan sangat murah iaitu RM4.50, memang berbaloi beli sebab kenyang sangat walaupun makan satu je. Tak tahu lah macam mana nak describe shawarma. Dekat luar dia macam roti canai biasa tapi sangat lembut, dan dalamnya dia letak sayur kubis, fries, ayam bakar yang sangat flavorful, dan sos istimewa. Dan akhir sekali dia roll macam kimbap tapi takdelah sekemas kimbap. Ceritanya, sekarang bermula semester ni, semester 1, 2019/2020, makcik shawarma tu dah tak ada di cafe ni dan automatically takde lah shawarma yang dulu hari hari mengisi perut saya.

Sedihnya hanya Allah yang tahu. Masa mula mula tahu rasa lemah lutut ni, haha over kan? Tapi itulah hakikatnya, dulu saya memang beli shawarma hari hari. Lepas cuti semester tiga bulan hari tu, datang universiti dengan harapan boleh makan shawarma tapi apakan daya. Inilah takdir saya dengan shawarma, berakhir begitu saja tanpa sepatah kata dan ucapan selamat tinggal. Selamat tinggal shawarma! Tapi saya harap dia akan kembali suatu hari nanti sebelum saya tamatkan pengajian di sini. Aamiin ya Rabb. Bukti saya suka sangat shawarma sampai kawan kawan kata muka dah macam shawarma dah. Haha. Okay bye!

P/S: Tak dapat shawarma Asiah, shawarma Maryam pun jadilah. Terima kasih kakakku sanggup datang bilik dan bagi shawarma & jagung rebus manis. Semoga Allah permudahkan urusanmu dan suami. Love you! 6:28 PM (20/10/2019)

October 20 2019

Great Experience at Graduation Hall

My Sister's Graduation Day

Salah satu pengalaman indah yang akan sentiasa terpahat dalam memoriku. Aku dijemput (dipaksa) oleh kakakku untuk memasuki dewan graduasi bersama abang iparku untuk mewakilkan Abah dan Umi ku yang tak dapat hadir kerana adik perempuanku sedang menduduki peperiksaan SPM ketika itu. 

Banyak reaksi ibu bapa yang telah kusaksikan. Ada yang kelihatan seperti bosan, gembira, megantuk dan sebagainya. Mana tidaknya, majlis nya memakan masa yang agak lama. Malah aku sendiri terasa seperti ingin melarikan diri dari dewan itu. Namun apakan daya, kawalan nya sedikit ketat.

Tapi aku bersyukur aku berada disitu sehingga selesai majlis kerana dipenghujung majlis itu dapat kulihat muka muka pelajar cemerlang yang menerima anugerah istimewa. Aku berasa sugguh terharu dan termotivasi walaupun seusai majlis aku balik ke bilik dan terus beradu di atas katil.

Sungguh susah untuk menjadi rajin. Tidak ku tahu mengapa. Berbalik kepada cerita tadi, kami juga disajikan dengan nyanyian merdu oleh pelajar UIA, mungkin daripada persatuan CITRA. Aku pun tidak pasti.

Apa yang menyedihkan aku, makanan langsung tidak disediakan (gurau). Ketika hadiah dan gulungan ijazah disampaikan kepada pelajar terbaik, segala bulu dibadanku terangkat dan terasa sebak. Begitu juga apabila pelajar lain menaiki pentas untuk menerima gulung ijazah itu.

Tak kira cemerlang atau tidak, segala usaha yang dilakukan oleh para graduan haruslah dibanggakan dan dihargai. Bukan senang untuk mendapatkan segulung ijazah, tak kira diamapun kita belajar. Apa yang saya merepek sekarang?

Baiklah sampai di sini saja perkongsian yang tak seberapa ini. Semoga kita juga akan diberi peluang oleh Allah untuk menerima ijazah dengan cemerlang. Aamiin ya Rabb.


Suasana sebelum para graduan masuk ke dalam dewan.


Ibu bapa dan graduan memenuhi dewan CAC dan menunggu ketibaan pensyarah serta mereka yang berkenaan.

Old Blog Throwback #7

Daud Kim

Daud Kim, or previously known as Jay Kim, is a popular and successful Korean Youtuber. He recently reverted to Islam, alhamdulillah. I'm so impressed with all the efforts he has put in learning about Islam. I hope he will be 'istiqamah' in discovering about Islam, a very beautiful and comprehensive religion. I really enjoy watching his Youtube videos. It inspires me a lot and reminds me to be a better Muslim. In shaa Allah. I'm also slowly learning even though I was born as a Muslim. There is no end in seeking knowledge. Remember!

For Daud Kim, always be patient and passionate! There will be some challenges and obstacles you might face in the future, but you have to bear in mind that Allah is always with you. Congratulations on being a Muslim, Daud Kim! May Allah bless you and ease your way. AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it. (Source: Google)

October 19 2019

21st Day of Ramadhan

Assalamuálaikum!

Apa khabar semua? Hari ni cuaca panas sikit. Tadi keluar beli lauk dengan Umi, memang panas sangat sangat walaupun baru pukul 10 lebih pagi. Tadi Umi saya suruh saya drive kereta besar sikit, biasa nya kereta Viva. 

Punya takut tapi alhamdulillah okay. Kenalah biasakan kan? Betul tak? Saya dengan Umi baru siap masak lauk berbuka. Ada lala rebus, tomyam ayam, agar agar laici pun ada. Petang sikit dah boleh goreng ikan talapia dan ayam goreng KFC. In shaa Allah.

Airnya ada air sirap biji selasih, air teh serai dan mangga mesin (jus mangga). Tahu tak, nanti saya kena present melalui whatsapp video sebab UIA cuti lagi bulan 6 nanti. Allahu, dugaan kan. Tapi kalau tak jadi macam ni, tak ada pengalaman pula kan. 

Disebabkan hari panas, badan rasa lemah sikit. Bestnya kalau mandi masa ni. Okay saya nak cakap yang saya ada banyak assignment dan presentation yang nak kena buat tapi belum start apa apa lagi. Apa nak jadi ni? Hmm. Doakan saya kuat ya nak tempuhi semua ini.

Semoga Allah bagi saya kekuatan untuk menjadi rajin. Aamiin ya Rabb.

Wednesday, May 13, 2020

Old Blog Throwback #6

Having no social media account? No problem!

As you can see from the topic above, I want to share my thought about having no social media accounts such as Instagram, Facebook and so on. I don't consider it as a problem at all. It's even better not to have any of them. This is from my own humble experiences. I don't have any social media accounts, not even once in my life, so far. It is because, I was taught by my parents not to socialize since I was young. Even going to friends' houses. It's totally prohibited. Not even once have I gone to their places and had fun with them. My life was and is all about my family, my house and my school. 

At first, I was like, ''What's in the world my parents trying to do?'', and I was a little bit rebellious back then. It's because I didn't know their motives and intentions. But, now that I'm growing older and have become an adult and matured, I finally could understand their intentions of bringing me up like that. Having no social media account and few friends makes me feel comfortable and I don't really have a stressful life, unlike my friends who have social media accounts. This is from my observation. They are more like, overthink in everything they do because they are influenced by the social media. I'm really thankful to my parents for nurturing and teaching me this way of life. But, every parent has their own style in bringing up their children. It's undeniable. People also have their own way in living their lives.

Social media has its pros and cons. It could be beneficial for some reasons and also could be harmful. But, these days I could see that there are so many negative side and impact of social media instead of its positiveness. The message that I want to deliver is that, we have to enjoy our lives and live comfortably. Be yourself. Don't get too influenced by the social media and don't expose yourself too much on social media because it can harm you one day. It could be useful if you use it with good intentions. Bear in mind okay! Thank you!

October 19 2019

20th Day of Ramadhan

Assalamuálaikum teman teman! (Ria Ricis punya video intronya).

Hari ni dah masuk hari ke-20 kita berpuasa. Maksudnya ada lagi 10 hari lah kan. Allahu cepat kan masa berlalu? Sekarang tengah tengok video ceramah Ustaz Azhar Idrus. Best juga rupanya, lawak sangat.

Hari ni punya menu berbuka in shaa Allah kari daging + daging tulang, ayam pedas dan ikan talapia goreng. Airnya in shaa Allah air sirap. Ada taufufa yang beli semalam juga. Hihi. Saya dah mandi, dah solat Zohor alhamdulillah. Hari ni saya sedih sikit atas sebab tertentu.

Tapi saya dah okay sekarang. Biasalah tu ada masa kita emotional walaupun benda tak besar sangat pun. Tak tahulah hari ni sensitif sikit. Hmm dah lama saya tak update blog ni sebab malas buka laptop. 

Tarawih macam mana musim PKP ni? Saya alhamdulillah okay. Imamnya adik dan abang, tukang azannya Abah dan abang sorang lagi. Bila lagi nak ada kesempatan macam ni kan? Terima kasih ya Allah atas segalanya.

Sekarang walaupun PKP dah tak ketat sangat, kita tetap kena berhati hati sebab virus tu dia tak hilang dengan senangnya. Jadi kenalah sentiasa jaga kesihatan dan juga amalkan penjarakan sosial dan buatlah apa apa yang patut yang boleh mencegah virus ni.

Kita dah besar panjang, pandai pandailah jaga diri kan. Kes pun masih banyak walaupun dah berkurang dari awal awal dulu. Jangan rasa bebas nak buat itu ini. Haa kan dah membebel. Hmm hari ni rasa dahaga sikit.

P/S: Sebenarnya saya sedih pagi tadi dan hari hari sebelum ni sebab saya punya action telah disalahfahami oleh adik saya. Apa yang saya buat adalah saya punya passion, bukan untuk menunjuk nunjuk atau minta dipuji. 

Sebab apa tu, tak payah lah dibagitahu. Biasalah tu kan. Ada hari yang kita sedikit sensitif walaupun sebelum ni hadapi benda yang sama tapi takde lah sesensitif ini. Hmm okaylah. Cukuplah sampai sini dulu saya punya coretan yang mengarut ni.

Have a productive day!


Tarawih bersama keluarga tercinta.