Sunday, May 24, 2020

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamuálaikum W.B.T.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh Muslim di seluruh pelusuk dunia. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk sekali lagi menyambut raya, walaupun dalam keadaan yang sedikit berbeza, sempena PKP.

Tapi untuk keluarga saya, beginilah sambutan raya kami setiap tahun, tak ada apa yang istimewa, hanya bersederhana. Cuma bezanya, tahun sebelum ini pagi raya pertama solat sunat raya di masjid dan setelah itu ke rumah ibu saudara untuk makan makan, dan bertolak ke Pahang.

Tahun ini, tarawih di rumah, solat sunat raya di rumah, khutbah raya di rumah, tak ada ke rumah ibu saudara untuk makan makan, dan tak balik ke rumah Tok Aki di Pahang. Sedih sikit tak boleh balik ke sana tapi demi kebaikan semua, kita patut patuh arahan kerajaan, lagipun tak dibenarkan rentas negeri kan.

P/S: Allahu ada lagi orang yang tak faham arahan ya, datang beraya rumah orang. Pagar dah tutup, boleh lagi dibuka dan masuk dalam pagar. Boleh ke macam itu? Hmm apalah nak jadi. Mungkin students Umi. Sorrylah adik adik sekalian, kami bukan sombong, tapi keadaan tidak mengizinkan. 





Cerita pagi tadi.

Azan Subuh dilaungkan oleh Abah. Solat Subuh imamnya Alang. Solat sunat Aidil Fitri diimamkan oleh Along. Khutbah raya disampaikan oleh Alang.

Sayu rasa dengar takbir raya diketuai oleh Abah, Along dan Alang. Umi sampai menangis, mungkin sebab terharu dan sayu kan. Inilah hikmah PKP dan wabak COVID-19.

Suka dengar Alang baca khutbah, ada cara tersendiri. Yang lawaknya, ada perkataan yang Alang tak tahu maknanya, hmm maksudnya Alang tahu perkataan tu dalam bahasa Thailand, tapi tak tahu maksudnya dalam bahasa Melayu. 

Selesai semua, kami makan makan. Umi masak lepas solat Subuh sebelum solat sunat raya. Alhamdulillah, Semuanya dengan izin Allah. Anak anak dan menantu pun membantu sama.

Apapun, terima kasih ya Allah kerana permudahkan segalanya. 

No comments:

Post a Comment