Thursday, May 14, 2020

Old Blog Throwback #8

Kembalikan Shawarma Saya!

Mahallah Asiah, cafe dia dulu ada jual satu menu yang dinamakan SHAWARMA. Memang sangat sangat sedap dan sangat murah iaitu RM4.50, memang berbaloi beli sebab kenyang sangat walaupun makan satu je. Tak tahu lah macam mana nak describe shawarma. Dekat luar dia macam roti canai biasa tapi sangat lembut, dan dalamnya dia letak sayur kubis, fries, ayam bakar yang sangat flavorful, dan sos istimewa. Dan akhir sekali dia roll macam kimbap tapi takdelah sekemas kimbap. Ceritanya, sekarang bermula semester ni, semester 1, 2019/2020, makcik shawarma tu dah tak ada di cafe ni dan automatically takde lah shawarma yang dulu hari hari mengisi perut saya.

Sedihnya hanya Allah yang tahu. Masa mula mula tahu rasa lemah lutut ni, haha over kan? Tapi itulah hakikatnya, dulu saya memang beli shawarma hari hari. Lepas cuti semester tiga bulan hari tu, datang universiti dengan harapan boleh makan shawarma tapi apakan daya. Inilah takdir saya dengan shawarma, berakhir begitu saja tanpa sepatah kata dan ucapan selamat tinggal. Selamat tinggal shawarma! Tapi saya harap dia akan kembali suatu hari nanti sebelum saya tamatkan pengajian di sini. Aamiin ya Rabb. Bukti saya suka sangat shawarma sampai kawan kawan kata muka dah macam shawarma dah. Haha. Okay bye!

P/S: Tak dapat shawarma Asiah, shawarma Maryam pun jadilah. Terima kasih kakakku sanggup datang bilik dan bagi shawarma & jagung rebus manis. Semoga Allah permudahkan urusanmu dan suami. Love you! 6:28 PM (20/10/2019)

October 20 2019

No comments:

Post a Comment