My Sister's Graduation Day
Salah satu pengalaman indah yang akan sentiasa terpahat dalam memoriku. Aku dijemput (dipaksa) oleh kakakku untuk memasuki dewan graduasi bersama abang iparku untuk mewakilkan Abah dan Umi ku yang tak dapat hadir kerana adik perempuanku sedang menduduki peperiksaan SPM ketika itu.
Banyak reaksi ibu bapa yang telah kusaksikan. Ada yang kelihatan seperti bosan, gembira, megantuk dan sebagainya. Mana tidaknya, majlis nya memakan masa yang agak lama. Malah aku sendiri terasa seperti ingin melarikan diri dari dewan itu. Namun apakan daya, kawalan nya sedikit ketat.
Tapi aku bersyukur aku berada disitu sehingga selesai majlis kerana dipenghujung majlis itu dapat kulihat muka muka pelajar cemerlang yang menerima anugerah istimewa. Aku berasa sugguh terharu dan termotivasi walaupun seusai majlis aku balik ke bilik dan terus beradu di atas katil.
Sungguh susah untuk menjadi rajin. Tidak ku tahu mengapa. Berbalik kepada cerita tadi, kami juga disajikan dengan nyanyian merdu oleh pelajar UIA, mungkin daripada persatuan CITRA. Aku pun tidak pasti.
Apa yang menyedihkan aku, makanan langsung tidak disediakan (gurau). Ketika hadiah dan gulungan ijazah disampaikan kepada pelajar terbaik, segala bulu dibadanku terangkat dan terasa sebak. Begitu juga apabila pelajar lain menaiki pentas untuk menerima gulung ijazah itu.
Tak kira cemerlang atau tidak, segala usaha yang dilakukan oleh para graduan haruslah dibanggakan dan dihargai. Bukan senang untuk mendapatkan segulung ijazah, tak kira diamapun kita belajar. Apa yang saya merepek sekarang?
Baiklah sampai di sini saja perkongsian yang tak seberapa ini. Semoga kita juga akan diberi peluang oleh Allah untuk menerima ijazah dengan cemerlang. Aamiin ya Rabb.
Suasana sebelum para graduan masuk ke dalam dewan.
Ibu bapa dan graduan memenuhi dewan CAC dan menunggu ketibaan pensyarah serta mereka yang berkenaan.
No comments:
Post a Comment