Throwback 3/12/2019
Tapau cendol Mowla di HS Cafe.
Rezeki makan free dengan kawan kesayanganku ketika lalu depan meeting room di tingkat 2 Kulliyyah of Education.
Ketika ini adalah waktu kemuncak semester lepas, yang sangat memeritkan kerana sibuk dengan teater dan juga assignment yag berlambak tidak berpenghujung. Tiga mini research, bukan main main. Kami terlalu fokus mempersiapkan diri dengan teater menyebabkan segala homework tergendala. Salah kami juga kerana tidak pandai membahagikan masa dengan baik.
Tapi itu cerita lama. Sekarang aku lebih kurang begitu juga. Tidak pernah serik dengan seksa penangguhan kerja yang setiap semester dihadapi. Semoga aku diberi kekuatan untuk tidak bertangguh dalam apa apa yang aku buat. Aamiin ya Rabb.
Alhamdulillah sudah hampir empat tahun kita mengenali satu sama lain. Banyak suka duka kita lalui bersama (kerana tangguh kerja), makan pun sama sama banyak. Walaupun kita datang dari berlainan negeri dan background, kita boleh dikatakan sehati sejiwa, cewahhhh. Alhamdulillah.
Semoga Allah jauhkan kita daripada sengketa, salah faham atau apa apa lagi perkara yang memudaratkan. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga walaupun kita tak bersua. Aamiin ya Rabb.
Okay bye.
15/5/2020 9.09 AM
Di ruang tamu.

No comments:
Post a Comment