Sunday, May 24, 2020

Teacher's Day 2018

Teacher's Day, Kulliyyah of Education

Satu kenangan yang tak bisa dilupakan apabila kawan baikku menjadi salah seorang penerima anugerah dengan CGPA 4.0. Hmm tak pernah merasa lagi diri ini. Tapi in shaa Allah suatu hari nanti. Aamiin ya Rabb.

Hari tersebut adalah hari guru yang disambut oleh warga Kulliyyah of Education. Pensyarah dan pelajar semuanya terlibat. Temanya adalah Back To School. Tapi seperti biasa, tidak pernah kuhiraukan apa pun syarat yang ditetapkan. Gitewww.

Kerana padaku pakaian yang wujud hanyalah jubah hitam, dan beberapa pasang baju lain. Hmm. Okaylah kembali kepada tajuk asal. Ada anugerah untuk pensyarah dan juga pelajar, dan seperti yang kukatakan sebentar tadi, kawan baikku telah menerima anugerah pelajar cemerlang batch kami.

Aku sangat bangga bercampur sedih kerana aku tidak dapat merealisasikan impian untuk mendapatkan pointer 4.0. Tapi, bagiku itu tidak lah penting melainkan ilmu yang dipelajari sentiasa diamalkan dan diajarkan kepada orang lain.

Tapi apa pun, 4.0 itu adalah bonus kepada mereka yang berusaha keras. Tapi haruslah kita ingat bahawa segalanya datang daipada Allah S.W.T. Tahniah kepada yang terlibat. Assalamuálaikum. 


Tak pernah cukup kouta lah kalau bergambar.


Gadis pingitan kelasku, hmm.


Kenangan bersama penerima anugerah kecemerlangan.

24/5/2020 4.36 PM
Dalam bilikku.

No comments:

Post a Comment