Banyaknya hikmah disebalik PKP dan COVID-19. Bersyukur sangat dapat berpuasa bersama keluarga sebab tahun tahun sebelum ini selalunya puasa di universiti dan musim peperiksaan. Dua tiga hari sebelum raya baru balik rumah. Jadi bukan selalu kan dapat peluang macam ini.
Alhamdulillah dapat spend masa dengan family lebih sikit, selalu kalau balik cuti semester sekejap sangat. Paling lama pun tiga bulan dan itu hanya berlaku sekali setahun. Tapi tak boleh leka juga ya sebab assignment tetap ada.
Sekarang tengah layan cerita Sing buat kali ke-3. Hmm tak puas puas lagi tengok ya, hihi. Ada element lawak, emotional dan sebagainya. Nyanyian semua watak pun best. Jalan ceritanya pun best. Apa lagi? Semualah. Keseluruhannya memang cerita ini entertaining dan menarik.
Haa satu lagi saya tengah addicted dengan nasyid Setanggi Syurga kumpulan In Team yang diberi nafas baru. Tambah dengan nyanyian Khai Bahar yang tak kurang hebatnya seperti ahli kumpulan In Team juga.
Dah tua dah ahlinya semua. Dulu diorang muda sangat. Hazamin, Abdul Rahim, Sham dan Shah. Tak lupa juga bekas ahli iaitu Suhaimi Saad, semuanya umur 40 tahun. Beza 14 tahun dengan Khai Bahar. Haha tiba tiba Khai Bahar jadi muda.
P/S: Saya terkejut bila tahu ahli kumpulan In Team bekas pelajar IIUM. Hihi. Tiba tiba rasa bangga walaupun tak ada kaitan pun dengan diorang. Okay bye! Assalamuálaikum. Have a productive day!
No comments:
Post a Comment