Kelas Online
Adakah aku sudah bersedia? Lagi dua hari kelas online akan bermula atas sebab PKP dan wabak yang belum pulih lagi. Hmm apakah nasibku?
Sekarang musim raya. Anak anak buahku masih di sini, jadi mungkin sedikit rumit untukku membuat kerja. Hmm ya ke? Kalau tak ada diorang pun, aku tak buat juga.
Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan? Mengapa mesti mereka dipersalahkan? Sorry okay budak budak! Hihi.
Assignment satu pun belum ku sentuh. Persediaan presentation apa pun belum ku buat. Ya Allah kuatkanlah hambaMu yang lemah ini. Rajinkanlah aku.
Aku baru selesai mandi, alhamdulillah. Bukan selalu aku berpeluang untuk tidur lambat kerana selalunya aku tertidur tanpa sedar. Hihi.
Adik adikku dan anak saudaraku sudah bergelimpangan tidur dengan lenanya, alhamdulillah. Aku ingat esok nak lap tingkap, in shaa Allah dipermudahkan. Aamiin ya Rabb.
28/5/2020 12.26 AM
Dalam bilikku.
Dalam bilikku.
No comments:
Post a Comment