Thursday, May 28, 2020

Apa Khabar Barangku Di IIUM

Sejak 18 Mac 2020 aku meninggalkan bilikku di universiti. Apalah agaknya khabar barang barangku yang ditinggalkan lama tanpa sengaja? Sudah tiga bulan lebih, mungkin berdebu dengan tebalnya. 

Semuanya terjadi dengan kehendak Allah S.W.T. kan? Siapa kita untuk mengeluh? Ramai juga yang ambil keputusan untuk pulang ke kampus semata mata untuk mengambil barangan mereka termasuk nota dan alatan belajar. 

Aku bersyukur walaupun bukan semua buku aku bawa pulang ke rumah, namun ada juga nota yang aku terbawa balik. Alhamdulillah.

Aku langsung tidak bertanya khabar kawanku Rajni dan kawanku yang lain juga. Hihi. Bukanlah niat untuk memutuskan ukhwah, namun aku tidak mahu mengganggu keamanan mereka bercuti kerana aku juga tidak suka diganggu ketika bercuti.

Harapnya semua barang dalam keadaan yang baik belaka di universiti. Aamiin ya Rabb. Okaylah sampai di sini saja coretanku untuk kali ini. Bye assalamuálaikum!

5 Syawal 1441H

No comments:

Post a Comment