Tarawih 21 Ramadhan
Kejadian semalam.
Biasanya kalau solat Isyak abangku yang azan, tapi semalam masa ta'leem dia sakit perut. Jadi adikku a.k.a imam tarawih yang tolong azan. Punya malu dia nak azan depan kakak kakak dia. Padahal kalau cakap biasa ni banyak pulak. Aduhai adikku.
Masa mula mula puasa, rasa macam terbeban kalau tarawih sebab tak biasa. Tapi sekarang alhamdulillah dah terbiasa dan tak fikir tarawih tu satu beban sebab dapat ganjaran dari Allah kan. Macam ni lah seorang Muslim yang lemah iman. Jangan contohi ya. Sentiasalah rajin dan gembira dalam beribadah.
Lagi 8 hari puasa akan berakhir. Bercampur baur perasaanku. Ada perasaan gembira sebab dah nak raya, tapi sedih juga sebab dah tak ada solat tarawih berjemaah. Tapi kita boleh saja usahakan solat fardu berjemaah kan. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Alhamdulillah semua lauk berbuka semalam habis dimakan ketika berbuka dan juga sahur. Jadi hari ini tak tahu lagi menu apa yang Umi rancang nak masak. Apa apa pun kita nantikan ya. Hihi. Saya rasa macam nak minum air kelapa lah berbuka nanti. Hmm in shaa Allah dipermudahkan.
Tadi projek basuh sarung kusyen yang dah lama tak basuh. Sempena raya ni kan, walaupun tak ada orang datang beraya pun, kita kenalah bersihkan rumah demi kesihatan kita. Jangan fikir bila orang nak datang je kita kena bersihkan rumah.
Sentiasalah jaga kesihatan dan ingatlah orang tersayang. Hmm sebut pasal orang tersayang ni, rasa sedih sebab kakak dan abang ipar di KL tak boleh balik raya nanti sebab PKP. Takpelah, kita husnu zon kan, untuk mencegah segala kemudaratan.
Abang sulung saya duduk di rumah nya dengan keluarga tercinta, isteri dan anak anak. Tapi rumah kami dekat saja, jadi kalau raya in shaa Allah boleh balik sini. Yang lain semua ada di rumah alhamdulillah. Especially saya dan abang saya lah sebab kami belajar jauh sikit.
Tapi hikmah PKP boleh berpuasa di rumah alhamdulillah. Kalau tak tiga hari nak raya baru saya boleh balik rumah. Abang saya pula hari raya baru balik rumah sebab dia biasanya jadi imam tarawih di Thailand. Tapi kalau jadi imam tarawih di masjid atau surau berdekatan rumah, dia akan tinggal di rumah je. Pergi sana naik basikal atau Umi hantar.
Hmm okaylah sampai sini saja dulu. Banyak pula saya membebel kan. Hihi. Saja je nak buat kenangan, boleh baca balik satu hari nanti. Semoga semuanya dalam keadaan baik baik, in shaa Allah. Banyakkan istighfar dan ingat Allah selalu. Assalamuálaikum.
15/5/2020 8.49 AM
Di ruang tamu.
No comments:
Post a Comment