Monday, August 31, 2020

Merdeka!

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-63. Sesiapa yang lahir tahun 1957 tu, haa umur dah 63 tahun dah. Allahu. Makcik saya pun ada yang lahir tahun merdeka. Hihi. Hari ni sekolah cuti! 

Semualah cuti kan? Adik saya pun cuti hari ni, tak ada kelas. Hari ni, saya ingat nak buat report praktikum sikit, tapi tak tahulah sebanyak mana tahap kerajinanku hari ni. Semalam majlis penutup bulan kemerdekaan di sekolah tempat saya praktikum.

Culture shock! Hmm itu saja yang boleh saya nyatakan sekarang. Saya tak pernah tengok orang menyanyi live secara serious. Lebih kepada karaoke lah ya. Tapi memang suara cikgu-cikgu tu best pun. 

Nyanyi lagu Aku Penghibur dan Bahtera Merdeka. Esok kena pergi sekolah lagi. Hmm lama lagi nak habiskan empat minggu dekat sana. Doakan saya ya. Saya habis lambat dari kawan saya yang lain sebab ada pembedahan. 

Dulu, orang dulu-dulu kalau nak tunjuk semangat patriotisme, mereka turun berjuang mempertahankan negara. Kita sekarang, sebagai pelajar, apa yang kita boleh buat untuk tunjuk yang kita patriotik?

Belajar! Kita kena belajar rajin-rajin supaya kita boleh menyumbang kepada negara suatu hari nanti. Itulah cara kita menzahirkan semangat patriotik. Inilah yang disebut oleh Yang Dipertua PIBG semalam. Hihi.

31 August 2020 (Monday)
Dalam bilikku.

Wednesday, August 26, 2020

Last Appointment

A Super Scary Moment


Hari ni adalah appointment terakhir dengan doktor pakar sebelum pembedahan pada 9/9/2020 nanti in shaa Allah. Alhamdulillah tak lama sangat menunggu giliran walaupun ramai orang.

Baru tahu memang ramai orang sakit sebenarnya. Penyakitnya bermacam-macam jenis lah. Saya bersyulur kerana masih diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan seperti biasa tanpa apa-apa halangan.

Jadi berbalik kepada cerita tadi, doktor kata nak masukkan kamera dalam tekak untuk tengok peti suara saya supaya pihak mereka boleh tengok perbezaan peti suara sebelum dan selepas pembedahan.

Jadi kalau ada apa-apa perbezaan yang ketara, mereka akan refer kepada pakarlah. Saya punya takut sebab tak tahu dia nak masukkan besi tu macam mana kan. Rupanya sekejap je, dia tarik lidah dan suruh nganga mulut luas-luas dan kena sebut huruf e. 

Hal ini demikian kerana kebiasaannya mereka yang menjalani pembedahan tiroid akan menghadapi risiko suara menjadi serak, sama ada sementara atau selamanya. Minta dijauhkan. Saya sayang suara saya. Boleh duet dengan Usop dah. Tiber. 

Lepas tu siap! Simple kan? Hihi. Lain kali jangan takut awal-awal. Doktor tu baik sangat. Dia doakan semoga pembedahan saya berjalan dengan lancarnya. Aamiin ya Rabb. Lepas tu saya minta MC untuk tunjuk dekat PKP esok dan juga email ke pejabat kulliyyah. 

Walaupun saya tahu saya akan habis R.O.S. lebih lambat dari kawan-kawan yang lain kerana pembedahan ni, tapi saya percaya semua ini aturan Allah S.W.T. yang sudah tertulis sejak azali lagi.

Inilah takdir saya. Saya tak akan bandingkan dengan orang lain sebab semua orang mempunyai jalan hidup dan dugaan yang berbeza. Itu memang ketentuan Allah S.W.T. Jadi, teruskan berdoa dan jangan berputus asa.

Esok saya akan kembali ke sekolah seperti biasa, in shaa Allah. Biasa tu baru sehari kahkah. In shaa Allah dipermudahkan. Semoga Allah bagi saya kekuatan untuk bergaul dengan warga sekolah dan menjalankan tugas saya dengan lancar dan sempurna. 

26/8/2020 (Wednesday)
Di meja belajar. 

Hari Pertama R.O.S.

Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Periok

Bilik Panitia PI merangkap tempat lepakku.

Kelas BA Ustazah Azizon, Tingkatan 3 Cempaka.

Kawasan sekolah.

Pejabat sekolah.

26/8/2020 (Wednesday)
Dalam bilikku.

School Orientation Programme

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum W.B.T. Apa khabar semua? Saya nak cerita serba sedikit pengalaman di sekolah semalam. Jadi, pada 25/8 saya telah memulakan R.O.S. di sekolah menengah dekat rumah. 

Seawal 7.15 pagi saya dah keluar rumah dan bertolak ke sekolah yang ambil masa empat minit lebih untuk sampai, dekat je kan? Abah dan Umi saya bertolak dulu, baru saya bertolak. Sebelum tu, saya kunci pintu rumah dan tutup pagar.

Punya nervous masa nak masuk pagar sekolah, tak rasa kaki tekan minyak ke apa. Lepas tu guard check suhu dan saya tanya dekat mana nak park kereta sebab takut terpark di tempat orang.

Hal ini demikian kerana (cewah), ada kes senior saya yang praktikum II, dia park kereta dia di parking principal. Tak ke diva tu? Hmm. Jadi baik kita ambil langkah berjaga-jaga dan bertanya kalau tak tahu.

Jadi, lepas tu saya lapor diri di pejabat walaupun kena tunggu dekat sejam sebab pengetua atau pkp tak sampai-sampai. Tapi alhamdulillah saya sabar menunggu. Yalah takkan hari pertama dah mengamuk kan. Hihi. Siap punch card lagi tahu tak. Cikgu sangat.

Lepas tu Ustazah Zubaidah tunjuk tempat untuk saya duduk iaitu di bilik Panitia Pendidikan Islam. Saya tak duduk sekali dengan cikgu lain di bilik guru. Saya pun tak tahu kenapa. Taknak bercampur dengan mereka kot. Hmm.

In shaa Allah esok saya akan bergaul sikit-sikit dengan mereka. Tapi susahlah nak jadi peramah tiba-tiba kan. Hmm tapi takpe saya cuba okay. Sepanjang hari saya duduk di bilik tu, buat soalan interview, baca majalah sekolah.

Alhamdulillah banyak maklumat yang boleh saya ambil dari majalah sekolah tu dan letak dalam report seperti misi dan visi sekolah, objektif sekolah, carta organisasi dan sebagainya. 

Lepas tu ada ustazah datang dan berborak dengan saya pasal Bahasa Arab. Namanya Ustazah Azizon Yusof. Unik kan nama dia? Dia baik sangat. Dia pun mengajar Bahasa Arab dan saya decide untuk observe kelas dia mengajar pada pukul 12.40 tengah hari pada hari yang sama.

Alhamdulillah saya selesai observe satu kelas. Tinggal lagi observe dua kelas, nak interview empat orang individu, nak ambil gambar sekolah dan banyak lagi sebenarnya benda kena buat sehingga habis empat minggu. 

Pukul 2.15 petang saya bertolak balik ke rumah selepas punch card. Jadi, semalam adalah satu pengalaman yang baru lah untuk saya. Banyak lagi perkara yang perlu saya perbaiki sebenarnya. Antaranya adalah kena pandai bergaul dengan orang yang tak dikenali.

Doakan saya ya. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Aamiin ya Rabb. Ohh ya guru pembimbing saya adalah kawan Umi saya. Hihi. Tapi saya sedaya upaya untuk tidak mengambil kesempatan walaupun Umi dan Ustazah Zubaidah saling mengenali.

Ohh satu lagi kan, saya cemburu sikit dengan kawan-kawan saya yang lain sebab kebanyakan mereka ada partner praktikum dan saya keseorangan, awkward sebab cikgu-cikgu semua sudah berusia. Paling dekat dengan saya umur awal 40-an. Sedih tak?

Tapi inilah peluang saya untuk berdikari kan? Sampai bila nak mengharapkan orang lain dan bergantung kepada mereka? Hmm kena muhasabah diri banyak-banyak. Hmm Kakyid jangan happy sangat dapat praktikum dengan Amin. Bye!

P/S: Ada majalah sekolah tahun 2013 yang mana kawan-kawan sekolah rendah saya kebanyakannya ada dalam majalah tu! Nama, gambar, nombor telefon dan sebagainya. Rasa macam reunion semalam walaupun reunion gambar je. Bye!

26/8/2020 (Wednesday)
Dalam bilik saya.

Monday, August 17, 2020

Addicted

Candy Crush


Dua tiga hari ni, asyik main game ni je, sampai kena marah dengan Umi sebab tak buat kerja lain.

Asyik main game je! Hihi maafkan aku. Biasalah baru keluar dari kepompong assignment kan. 

Walaupun ada exam lagi. Hmm. Okaylah tiba-tiba tak ada mood pulak. Jumpa lagi! Assalamu'alaikum. 

Bye!

Suprise!

Ingatkan sem dah habis, rupa-rupanya ada exam lagi! Allahu, dugaan. Hari tu ustaz ada cakap akan buat exam, tapi sebab lama menyepi, ingatkan tak jadi exam.

Tapi takpelah. Hadap jelah kan. Mungkin ada dua exam, subjek berlainan tapi ustaz yang sama.  Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Aamiin ya Rabb. 

Hari ni saya rasa puas hati sebab setelah lama tertangguh, akhirnya saya berjaya membersihkan rumah kucing! Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusanku. Setakat ni, belum ada bau yang tidak menyenangkan. 

Comel sangat kucing-kucing tu. Selama ni semua duduk dalam rumah kucing, jadi saya tak main sangat dengan kucing. 

Tapi tadi saya lepaskan sebab nak basuh rumah dia kan, jadi sempatlah mereka menyibuk dalam rumah masa saya tengah buat kerja. Jadi alang-alang tu saya main dengan mereka. 

Makan nasi lauk ayam rebus.

17/8/2020 (Monday)
Dalam bilikku. 

Saturday, August 15, 2020

Welcome to Blogger!

Saya happy bila adik perempuan saya create blog dia sendiri. Saya yakin dia dah lama nak buat blog, cuma tak tahu macam mana caranya. Lagipun sebelum ni dia tak ada handphone atau laptop. Sekarang dah ada, dia pun dah start buat blog.

Saya memang syorkan buat blog ni sebab saya rasa ia berguna untuk simpan kenangan. Bayangkan, dia start buat blog umur 18 dan terus buat sampai umur 30. Jadi, dia boleh tengok dan baca balik apa yang dia tulis sepanjang 12 tahun tu.

Apa yang dia lalui, apa yang dia rasa tentang sesuatu benda, semua tu lah. Saya start buat blog lambat sikit, iaitu tahun 2019. Itupun akhir-akhir tahun, guna WordPress. Lepas tu saya tukar ke Blogger. Setakat ni saya masih semangat lah buat blog.

Macam saya, saya suka tengok kenangan lama saya macam diari saya, tulisan saya, gambar saya dan keluarga. Ada satu perasaan yang tak dapat digambarkan bila kita tengok dan ingat kenangan lama-lama. 

Harapnya sampailah apa yang saya cuba nyatakan ni. Hihi. Satu lagi, saya rasa dengan tulis blog, kita dapat isi masa dengan perkara yang berfaedah. Takde lah kita nak buat benda-benda mengarut.

Disebabkan saya dan adik saya tak ada platform lain untuk bersosial, jadi saya rasa penggunaan blog ni berguna sangat. Jadi saya syorkan semua untuk buat blog. Hmm okaylah sampai di sini dulu coretan saya.

Bye!

Dilemma

Sebenarnya saya dalam dilemma sekarang ni. Saya rindu kawan-kawan sekolah saya, tapi saya taknak jumpa mereka. Hmm macam mana tu. Mesej pun tak. Tapi diorang pun bukan mesej saya pun. Entah ingat lagi ke tak dekat kita ni. Hihi.

Saya rasa ada sebab diorang tak mesej saya. Sebab sebelum ni kalau diorang mesej, saya tak reply. Kalau reply pun, mesti lambat. Jadi mungkin diorang dah tak ada mood nak berhubung dengan saya. Tapi saya tak kisah pun. 

Tapi saya ada sebab saya sendiri kenapa saya susah sangat nak balas mesej diorang. Sebabnya selalunya diorang mesej saya masa saya sibuk dengan assignment atau tengah exam.

Saya pun tak faham kenapa masa tu jugalah diorang nak mesej. Tapi, salah saya juga, boleh je saya balas sebenarnya kan. Hmm. Takpelah. Lagipun saya taknak berharap sangat pada kawan, dan saya tak ada kawan yang rapat pun.

Abah Umi selalu pesan berkawan jangan berlebihan, biar berkado. Kalau ada masalah apa-apa, jangan cerita dekat diorang. Serapat manapun kita dengan kawan, mereka tetap orang asing dalam hidup kita. Mereka bukan keluarga kita.

Kalau mereka tahu banyak pasal kita, kelemahan kita, kemungkinan mereka akan gunakan untuk menjatuhkan kita suatu hari nanti.

Jangan percaya sangat pada kawan. Depan kita mungkin mereka buat baik, cakap benda baik-baik, tapi kita tak tahu apa dia cakap belakang kita dekat orang lain.

Manusia kan. Takkan berpisah dari dosa. Hmm okaylah. Jangan marah pula. Saya bercakap pasal realiti. Berapa banyak dapat kita lihat sekarang, kawan dikhianati oleh kawan baik sendiri. 

Jadi, jangan share benda peribadi dengan mereka, kelemahan kita, masalah keluarga kita dan sebagainya. Kalau dah tercerita, tak apa. Yang penting, lepas ni jangan cerita lagi.

Kalau kawan kita pula yang cerita dekat kita tentang masalah dia, kita setakat dengar saja, jangan cerita dekat orang lain. Biarlah kita orang terakhir yang tahu pasal masalah dia.

Jangan gatal bawa mulut ke mana-mana. Maksudnya, janganlah bawa cerita ke situ ke sini, cerita dekat orang tu dekat orang ni. Dan jangan sesekali buka aib orang lain. 

Sekian. 

Friday, August 14, 2020

Persiapan Universiti

Walaupun lambat, tapi nak masukkan juga cerita tentang persiapan adikku untuk ke universiti. Boleh kata dua minggu tu sibuk dengan persiapan dia. 

Buka buku bank, beli cadar katil, alat tulis, makanan, alatan mandi dan sebagainya. Tapi saya kesian dengan dia sebab saya tak bagi komitmen sangat sebab masa tu musim submission assignment. 

Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Masa tu dia excited nak beli barang untuk universiti, tapi dalam masa yang sama dia sedih sebab kena tinggalkan rumah. 

Saya faham je. Macam tu jugalah saya rasa setiap kali kena balik universiti. Hari nak balik ke sana, selalu tak lalu makan. 

Cadar dia pilih corak Batman, hmm. Tapi memang cantik pun. Kalau ada lagi saya pun nak, tapi nak habis belajar dah pun. Rugi kalau beli baru. 

Di Bank Muamalat.

Curi-curi ambil gambar dia. Hihi. 

14/8/2020 (Friday)
Di atas katil. 

Abangku

Dua hari lepas, Alang bagitahu Umi Alang nak sambung belajar di salah satu negeri di Malaysia. Masa tu Umi di sekolah, Alang call lah kot. Jadi, lepas balik sekolah, Umi, saya dan Alang pergi beli tiket bas. 

Kemudian beli jubah Alang dua helai, beli t-shirt putih tiga helai, beli barang mandian dan minyak Mastika dan semuanyalah. Semuanya dibuat last minute tapi alhamdulillah dipermudahkan. Terima kasih ya Allah.

Malam tu, lepas solat Isyak, kami bersiap dan Alang salam dengan Abah sebelum naik kereta. Saya dan Umi hantar Alang ke stesen bas. Kejap je tunggu, lepas tu bas dah sampai. 

Ceritanya adalah, masa saya dan Umi salam dengan Alang, saya dah rasa sebak dah sebenarnya. Bila Alang dah bertolak, saya dan Umi pun naik kereta nak baliklah. Lepas tu saya nangis masa bawak kereta.

Mana tak sedihnya, seumur hidup saya, ini kali pertama Alang duduk di rumah lebih dari 10 hari iaitu 4 bulan, start dari PKP hari tu. Itupun ngam ngam dengan Alang habis belajar. Alhamdulillah dipermudahkan. 

Jadi, saya dah rasa sayang lebih dekat Alang. Walaupun Alang tak cakap banyak, tapi ilmu dia banyak sangat. Kalau tanya apa apa, alhamdulillah dia boleh jawab. Memang Alang ada bagitahu, lepas habis belajar kitab, Alang nak sambung belajar di Pakistan.

Tapi qadarullah, musim COVID-19, tak boleh ke luar negara. Jadi, Alang buat keputusan untuk sambung belajar dulu dalam negara. Itupun tahfiz tu nak ambil seorang je lagi pelajar, kalau dah penuh, Alang kena balik semula lah. 

Semoga dipermudahkan urusan Alang dalam apa saja Alang buat, termasuklah untuk sambung belajar dan berjaya di dunia dan di akhirat. AAMIIN AAMIIN YA RABBAL ALAMIN. 

Semoga dipermudahkan juga urusan kerja Along dan Angah. Semoga dipermudahkan segala urusan semua ahli keluargaku. Aamiin ya Rabb.

Bye!

Wednesday, August 12, 2020

The Time is Coming!

Pagi tadi, saya dan Umi pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Periok untuk hantar dan ambil terus borang R.O.S. atau Praktikum 1. 

Umi saya sanggup minta dengan guru besar untuk masuk sekolah lambat sikit semata-mata untuk temankan saya. Padahal boleh je saya pergi sendiri. Mengada-ngada. Menyusahkan orang je. Terima kasih Umi!

Punya nervous bila masuk sekolah tu. Yalah tak pernah jejakkan kaki dekat sana kan. Alhamdulillah guard baik. Pengetua dia pun baik. 

In shaa Allah pada 25/8 hingga 17/9 saya akan ke sekolah tersebut untuk menjalani praktikum. Dalam 4 minggu lah ya. 

Macam mana saya nak berhadapan dengan cikgu-cikgu sekolah tu? Mereka memang orang asinglah bagi saya sebab dulu saya sekolah lain.

Semoga Allah S.W.T. permudahkan urusan kita semua. Tak kira di mana pun kita berada, kalau kita berdisiplin in shaa Allah kita akan berjaya.

Teruslah berdoa kepada Allah. Jangan berputus asa. Semoga segala apa yang kita lakukan diberkati oleh Allah.

Okaylah saya nak tidur sebab dah dekat pukul 1 pagi. Esok dahlah kena buat video assignment. Kena mengajar dek, micro-teaching. Doakan saya kuat.

Bye!

Dugaan Masing-Masing

Kesian saya tengok adik lelaki saya, pergi sekolah tahfiz pukul 5 pagi, balik dekat pukul 11 malam. Setiap hari kecuali hari Jumaat. Itulah namanya dugaan.

Dugaan adik perempuanku, homesick. Nak balik rumah, padahal tak sampai seminggu lagi duduk di universiti.

Dugaan Abah dan Umiku, penat bekerja dari pagi hingga petang. Balik sekolah, kepenatan. Kesian saya tengok. 

Tapi itulah lumrah kehidupan. Apa yang saya boleh buat adalah cuba untuk meringankan beban mereka.

Memberi semangat kepada adik-adik untuk meneruskan pelajaran. Agitewww. Hidup adalah dugaan tak kira siapa pun kita, dan di mana pun kita berada.

Apa dugaan saya pula? Bau tahi kucing. Hmm. Esoklah kita basuh rumah kucing. Susahlah tak ada adik perempuan saya.

Biasanya dia yang tolong bawakan air dalam baldi. Sekarang ni saya kena buat dengan Umi saya.

Takkan saya nak arah Umi untuk ambilkan air nak basuh rumah kucing tu. Jadi sekarang saya ganti tempat adik saya. Hihi.

Takpelah. Esok saya try buat sorang-sorang dulu. Kalau tak boleh baru saya minta tolong Umi. 

Monday, August 10, 2020

CFS Gambang

Adikku Sudah Besar

Ada gaya budak universiti tak? 

Beg turun temurun. 

Muka tak rela ambil gambar.

Hmm cadar dia pilih sendiri.

Alhamdulillah adikku telah daftar masuk ke CFS Gambang pada 8 Ogos 2020. Jurusannya adalah Asasi Bahasa Arab. Akhirnya, tercapai juga impian adikku untuk menyambung pelajaran ke UIA, lagi-lagi UIA di Gambang (atas sebab-sebab tertentu).

In shaa Allah sambung degree di UIAM Gombak, jurusan Teaching Arabic As A Second Language (TASL). Semoga dipermudahkan urusan adikku untuk menghabiskan asasinya dalam masa setahun dengan cemerlang. Aamiin ya Rabb.

I miss her.

Sunday, August 9, 2020

My Lovely Sister

It's Finally Happening

Hanya Allah S.W.T. yang tahu betapa payahnya untuk aku merelakan, melepaskan dan meninggalkan adik perempuanku di tempat belajarnya yang nun jauh di Pahang. Aku masih tidak dapat mempercayai bahawa dia sudah besar dan sudah melangkah ke alam universiti. 

Dia adalah supporterku yang paling tegar. Di saat video nasyid kumpulanku tak mendapat sambutan, dia yang banyakkan views dan selalu nyanyi depanku. Dia yang selalu dengar radio kumpulanku yang krik-krik dan beri reaksi yang positif dan sedaya upaya menjaga hatiku. 

Tak pernah ada manusia sesupportive dirinya dalam hidupku. Di kala aku lemah dan merasakan diri aku tidak berguna, dialah satu-satunya insan yang memberiku kata-kata semangat (walaupun cliche) dan sentiasa mengingatkanku untuk berperangai baik dan senonoh.

Semalam, pendaftaran pengajian asasinya, dipenuhi dengan air mata. Dapat kulihat Abahku sebak saat melepaskan adikku pergi. Aku masih ingat setelah adikku bersalaman dengan Abah, Abah menggosok kepala adikku dengan muka yang sebak. Adik lelakiku seperti biasa saja. Tak ada perasaan pun. 

Tapi, mungkin di dalam hatinya tersimpan perasaan sedih tetapi terlalu ego untuk ditunjukkan. Hihi. Abah dan adik lelakiku terpaksa menunggu di luar pagar kerana hanya tiga orang sahaja dibenarkan masuk untuk urusan pendaftaran sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan musim COVID-19 masih belum berakhir. 

Hmm itulah yang lagi membuatkan adik perempuan sedih lalu mengeluarkan air mata tanpa henti. Umiku juga turut menangis namun sedaya upaya menyembunyikannya, kalau tidak bertambah sedihlah adikku. Setelah selesai pendaftaran dan sudah check in bilik serta mengambil matric card, maka tibalah masanya untuk kami berpisah.

Umiku sekali lagi mengalirkan air mata. Begitu juga adikku. Kerana itulah aku labelkan semalam sebagai Hari Air Mata Sedunia. Yalah, bukan senang untuk melepaskan anak dan adik kesayangan yang selama ini tidak pernah berjauhan dari keluarga. Abah Umi banyak kali berpesan supaya jaga makan supaya tidak jatuh sakit. In shaa Allah dia patuh. 

Namun aku sedikit lega kerana tempat belajarnya berdekatan dengan rumah pakcikku di Kuantan dan juga rumah Tok dan Aki di Jerantut. Senanglah kalau dia nak balik ke sana kan. Sekarang, aku dalam bilikku di rumah. Kesunyian. Tiada lagi adikku yang sentiasa menemaniku ketika aku belajar dan membuat kerja lain. 

Tiada lagi orang yang meminta aku berbuat itu ini untuknya. Tiada lagi orang yang boleh kuminta tolong buat kerja. Bagi makan kucing dan arnab, tutupkan pagar, angkatkan baju, ambilkan itu ini dan banyak lagi. Tiada lagi orang yang sama-sama pergi ke kedai dobi denganku dan makan ais-krim sama-sama sambil berbual sementara tunggu pakaian siap dibasuh.

Tiada lagi orang yang berkaraoke denganku. Walaupun suara kita tak sesedap orang lain, tapi kita sentiasa positif dengan suara dan nyanyian kita. Tiada lagi orang yang bolehku lepaskan perasaan marah dan kecewa. Mungkin masih ada (padan muka Mukhlisin). Tiada lagi orang yang dapatku luahkan perasaanku.

Tapi itulah lumrah menuntut ilmu, terpaksa berjauhan dengan keluarga. Meninggalkan rutin yang selalu dilakukan di rumah. Sekarang rumah keduanya adalah universiti. Timbalah ilmu dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa ingat harapan Abah dan Umi. Jangan kecewakan mereka. Berkawan biar berpada-pada. 

Nanti ada cuti, boleh balik. Jadi, tenang saja di sana. Enjoy your life! Ini saat yang paling ditunggu-tunggu olehmu untuk melanjutkan pelajaran di UIA, lebih-lebih lagi Gambang. In shaa Allah sentiasa cemerlang dan berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin ya Rabb.

P/S: Jaga solat, jaga makan, jaga waktu tidur, belajar rajin-rajin dan cuba untuk jadi lebih konfiden. I know you can do it! Love you so much!

Thursday, August 6, 2020

Police Report

Hmm tak pasal-pasal kena pergi balai polis untuk buat report beg duit hilang. Tapi saya tak ingat pun beg duit tu hilang di mana. Last saya tengok dalam kereta masa pergi dobi kain. Masa nak guna IC baru perasan beg duit tak ada.

Disebabkan ada IC dan kad bank dalam tu, terpaksalah saya buat report polis supaya tak ada perkara yang diingini berlaku. Yang saya sedihnya adalah beg duit tu saya sayang sangat, pemberian kakak saya. Dah hampir empat tahun saya guna.

Satu lagi, kad matrik universiti saya ada dalam tu. Hmm dahlah dah nak habis belajar. Macam membazir je kalau kena buat yang baru. Tapi terpaksalah buat baru kan untuk kepentingan pelajaran saya juga.

Library UIA kalau nak masuk kena ada kad matrik. Saya rasa menyesal sebab cuai. Kan dah menyusahkan Abah Umi saya. Kad bank saya dah diblocked. Tadi dah call center bank tu. RM80 melayang sebab kena denda masa buat IC baru. Hihi.

Jadi peringatannya adalah lain kali jangan cuai. Okaylah bye dulu! Saya kena translate cerita Hayy Ibn Yaqzan subjek Classical Prose Texts.

P/S: Ada abang polis muka iras-iras Hisyam Hamid. Uishhh bahaya lah. 

Bye!

Update:

Rupanya beg duit saya ada dalam kereta. Seseorang terletak beg duit saya bawah driver seat masa nak service kereta satu lagi. Alhamdulillah dah jumpa walaupun lepas dah siap buat baru semua kad. Banyak bulan jugalah 'hilang' beg tu. Rasanya dah banyak kali cari dalam kereta tu tapi tak jumpa pun. 

Satu hari Umi saya suruh kemas kereta tu sebab nak basuh kereta di kedai. Saya dengan terpaksanya kahkah pergi lah kemas. Tengah tengah kemas tiba tiba ternampak kelibat beg duit saya. Woww! Terima kasih ya Allah. 

Itu saja. Bye!

Wednesday, August 5, 2020

Pagi Yang Nyaman

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah pagi-pagi diizinkan oleh Allah S.W.T. untuk menghirup udara segar. Nyaman dan sejuk sangat berserta dengan bunyi haiwan seperti ayam, cengkerik, burung dan ikan. 

Ehh ikan ada bunyi ke? Hihi taklah. Bunyi ikan berenang. Suka sangat kalau boleh berkomunikasi dengan alam semulajadi. Jadi, marilah sama-sama kita menanam pokok supaya kita dapat hirup udara yang segar. 

Pokok kan mengeluarkan oksigen yang mana amat diperlukan oleh manusia. Manusia pula mengeluarkan karbon dioksida yang mana amat diperlukan oleh tumbuhan.

Jadi, jom kita saling menolong antara satu sama lain. Takkan kita saja yang mahu bernafas, pokok pula? Haa jadi masing-masing punya kehidupan kan, punya tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab ini perlu dipikul dengan amanah dan jangan sesekali mencemarkan alam sekitar.

Apa yang aku merepek ni? Okaylah bye nak tidur. Dekat pukul 1 pagi dah. Dahlah assignment banyak lagi tak buat. Sekarang dah study week dah. Hmm. 

Okaylah. Bye! See you. 

Cara Membatalkan Langganan Automatik (Celcom)



P/S: Jangan biarkan diri anda dianiaya! 

Monday, August 3, 2020

Quiz 2 Islamic Theological Thought #2

2. In your view, what are the impacts of Wahabism to Muslim ummah?

The Wahabiyyah has given big impacts to the Muslim ummah and have influenced them in every little matter in their lives.

Among the impacts of Wahabism to Muslim ummah are, firstly, as we may have known, the Quran and the Sunnah are interpreted merely by its literal meaning, according to Wahabiyyah. So, this proves that they are short of sense and narrow-minded. In my opinion, this will lead to narrow-mindedness among Muslim ummah, which is a bad sign to their practice of Islamic teachings.

Secondly, according to Wahabiyyah, any practices must be based on the Quran and the Sunnah. Other than that, it will be considered as bid’ah. This indicates that they are extremist, strict and rigid people. This gives negative impacts to Muslim ummah because it can limit their practice and ability to be flexible in practicing the Islamic teachings.

There will be misconception towards the Muslim ummah where they will receive condescending look from outsiders and will be misunderstood as a community that does not appreciate tolerance.

Besides that, people’s focus will be shifted from discussing about compulsory matter which is the most important and crucial in Islamic teaching itself, to discussing a more critical issue which is not supposed to be discussed publicly. This will contribute to condition when the scholars neglect the responsibility of teaching public on serious and basic matter which is fardu ain such as prayers, fasting, and ablution.

Last but not least, there will be a number of ideologies created which lead to disagreement and hostility between one another. This also will lead them to labelling people as much as they want because they think that they are in the right track and others are not, and just because they are not sharing the same ideologies.

To conclude, in my opinion, the impacts of Wahabism are obviously negative towards the Muslim ummah. So, it is clear that any bad exposure must be avoided for the sake of the betterment of Muslim community.

QUIZ 2 EDIE 4001 
Semester 2, 2019/2020

Quiz 1 Islamic Theological Thought #2

2. What are the factors of widespread of Shi’ah theological thought among Muslim community today?

In my opinion, among the factors of widespread of Shi’ah theological thought among Muslim community today are, firstly is because of their passionate efforts in deviating people from true Islamic teaching. For example, spreading their teaching by conducting usrah among the university students or publics. Secondly is due to the bad and negative influence of social media such as website, Instagram, Facebook, YouTube and many more in showing their deviated teaching.

Thirdly is due to the insufficiency of the authorities’ efforts in preventing this teaching from continually operating and giving it an end such as the government. For example, the government can set punishments for those who are related to the deviated teaching. Next is because the Muslim community themselves do not have strong grip on the Islamic teaching. So, they are likely easy to be influenced and deviated from the true Islamic teaching.

The last factor of widespread of Shi’ah theological thought among Muslim community today is due to the inadequate knowledge among the Muslim community in order to differentiate between what should they believe and should not believe. This kind of people are likely to believe things blindly without questioning it.

QUIZ 1 EDIE 4001
Semester 2, 2019/2020

Quiz 2 Islamic Theological Thought #1

1. How Islam able to give the way out from liberalism and free thinking issues?

As we may have known, the liberalism emphasizes on freedom, has it be individual freedom, economics freedom, social freedom, religious freedom and many more.

Islam able to give the way out from liberalism and free thinking issues by the Divine revelation to mankind which is the Quran. The freedoms that have been fought for are well-accepted and respected by Islam, but it must be ensured that they are in line with the commandments of Allah and do not against His syariat. This indicates that the freedoms do not merely depend on rational thinking, but must be in accordance to the revelation.

Besides that, while the liberalism concerns about freedoms, Islamic teachings emphasize on the responsibility of Muslims towards their Creator, and be submissive slaves to Allah. This is because mankind were created to be the slaves of Allah and His vicegerents in this world. Meaning that, their freedoms are limited to what Allah has permitted and allowed, as already mentioned in the Quran in many verses.

Next, Islamic teachings have taught the mankind on how to behave well and act correctly in every situation, by following the Sunnah. Hadith completes what have been stated in the Quran, including the matters pertaining to the freedoms that have been talked about. Islam respects the differences between people, but it must be in accordance to what have been revealed in the Quran and the Sunnah.

To conclude, it is clear that Islam emphasizes on principles of truth, harmony and justice. On the other hand, liberalism concerns about the philosophy and extreme ideology. It must be ensured that everything is done in accordance to the Quran and the Sunnah.

QUIZ 2 EDIE 4001 
Semester 2, 2019/2020

Quiz 1 Islamic Theological Thought #1

1. Give the advantages and weaknesses of Mu’tazilah in contribution of Muslim ummah.

Although we have known that the Mu’tazilah have deviated from Islamic teachings in some ways, there are some advantages that can be obtained from this group.

Among the advantages are, firstly is, we know that the Mu’tazilah prefer reasoning rather than Islamic revelations (Quran and Sunnah) as the sources of knowledge. In my opinion, by using reasoning, Muslim ummah are able to prevent blind taqlid, which leads them to use Ijtihad, which have been used by Islamic Jurists in making Islamic law that cannot be found in Quran and Sunnah.

Secondly, they give chance for people to debate on things related to their teachings or beliefs and enable them to dig more knowledge as happened in the era of Abbasid during the ruling of Ma’mun.

On the other hand, among the weaknesses of Mu’tazilah are, firstly is that sometimes they become too violent, extreme, rigid and oppressor towards people who are believed to against their teachings. This is a bad example to the Muslim community as Islamic teaching teaches the right way in approaching people and correcting their wrongdoings, and definitely not by violence.

Secondly, they use reasoning as the main source of knowledge and refuse to use Quran and Sunnah if it is against their logical reasoning which gives negative influences to the Muslim ummah. Thirdly, their teaching and belief itself is completely deviated from Islamic teaching as they claim that Quran is a creation.

QUIZ 1 EDIE 4001
Semester 2, 2019/2020

Sepupuku

Sepupu di Pahang



Rasa lawak bila balik Pahang sebab kebanyakan sepupuku masih kecil dan muda berbanding dengan adik-beradikku. Ini adalah kerana Abahku anak kedua daripada lapan adik-beradik dan umur pun boleh tahan jauh.

Jadi, mereka masih beranak pinak sedangkan Abahku sudah punya cucu, dua pulak tu. Mungkin juga sebab Abah kahwin awal iaitu pada usia 23 tahun. Awal kan untuk lelaki? 

Jadi alkisahnya, aku hanya ada dua orang sepupu yang lebih tua, selain itu semuanya muda-muda lagi. Umur 12 tahun kebawah. Adik bongsuku pun dah 13 tahun.

Bye!

Bye Jerantut

Beautiful Moment at Tok Aki's House

Alhamdulillah, hari ini 3 Ogos 2020, sekolah dah start buka balik, Abah dan Umi mengajar, dan adikku ke tahfiz. Sekarang juga sibuk dengan persiapan adikku untuk ke universiti.

Kelmarin dulu, aku dan keluarga bertolak pulang dari rumah Tok Aki di Pahang ke rumah kami di sini. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Cuma rasa sedih bila nak balik. Yalah, balik sana pun setahun sekali sebab jauh dan komitmen kerja kedua ibu bapaku.

Bila balik, tak boleh balik lama-lama sebab sekolah pun cuti kejap je, dan banyak nyawa-nyawa berharga menunggu di rumahku seperti ikan, arnab dan kucing. Jadi, kalau tinggal lama-lama, macam mana mereka nak hidup, tak makan.

Kenangan balik raya Aidil Adha kali ini semestinya berbeza dengan sebelum ini. Abang sulungku dan abang keduaku tak ikut sama sebab komitmen kerja. Jadi hanya Abah, Umi, Alang, aku, adik perempuanku dan adik lelakiku saja yang balik.

Kakakku juga balik kampung di Pahang tapi bersama suaminya lah dari KL. Tapi rasa seronok sangat balik kali ni, walaupun sekejap. Boleh main dengan sepupu sepapatku yang masih kecil.

Boleh bergaul dengan bapak dan mak saudaraku di sana. Ada baby baru namanya Aafiyah Raihana. Comel sangat-sangat. Boleh jumpa Tok dan Aki. Cuma kekangannya adalah aku terpaksa menghadap laptop kerana aku kena submit beberapa assignment.

Dengan itu, aku tak sempat nak ambil gambar kebun Tok Aki. Sayangnya! Tapi yang aku boleh katakan adalah tak peliklah kalau Abahku dan Umiku suka sangat berkebun dan menanam sebab memang gen mereka macam tu.

Harapnya aku pun akan ada passion dalam menanam dan menjaga alam sekitar dengan memperbanyakkan pokok seperti Abah Umi dan datuk nenekku.


Ini saja yang sempat diambil.


Halaman rumah.


Bersiap untuk pulang.


Adikku bersama sepupu-sepupu.

3/8/2020 (Monday)
Dalam bilikku.

Dobi Pakaian

Mesin Basuh Rosak


Pejam celik pejam celik, sudah lama rupanya mesin basuh rumahku buat hal, mungkin sebulan lebih. Jadi setiap minggu, kami akan ke kedai dobi berdekatan dengan rumah, untuk membasuh pakaian kotor.

Sekali basuh, dua raga kau, haa. Banyak kan? Tapi best rasa bila pergi dobi sebab lepas letak pakaian dalam washing machine, aku dan adikku pergi ke kedai Fauzan untuk beli ais-krim. Hihi.

Sekali beli bukan satu dua, lima belas dik. Haa kau ada? Haha. Kenapa rasa macam feeling Azwan Ali sangat kahkah. Jadi, makanlah kami akan ais-krim itu dalam kereta. Jangan marah ahh. 

Berbalik kepada dobi tadi, lain kali nak basuh kena bawa sabun sendiri sebab walaupun dia kata sabun dan softener disediakan, tapi jarang dia refill. Jadi baju tak wangi pun. Sakit hidung aku.

Okay bye!