26/2/2022
• hujan lebat berterusan dan air dikhuatiri naik
• malam pindahkan kereta ke tempat yang "selamat"
• semua penghuni rumah demam, batuk dan selesema
27/2/2022
• air masuk kawasan pagar (sangat tidak dijangka)
• abah pindah kereta exora ke tempat yang lebih selamat
• bekalan elektrik terputus
• kemas barang untuk ke airport
• air makin naik atas garaj
• abah umi struggle cari orang yang boleh tolong hantar ke airport
• air hampir masuk rumah
• hampir give up
• pakcik sopi datang ambil naik perahu
• bawa terus barang yang nak dibawa ke sabah
• kereta exora abah bawa ke rumah cik ani
• semua ahli keluarga menginap di rumah cik ani
28/2/2022
• pagi abah call bomba tapi tidak dijawab
• semua hampir give up dan buntu
• abah umi pergi sendiri ke balai bomba untuk minta pertolongan pergi airport
• naik lori tanah bersama ramai orang dengan bantuan bomba
• ditimpa hujan hampir sepanjang perjalanan
• berdiri sepanjang perjalanan
• sampai di hospital lati dan naik grab ke airport
• naik flight pukul 3 lebih
• selamat sampai di sabah pukul 5.45 petang, kakcik dan abe cik jemput
• makan seafood di anjung senja
• menginap di hotel iskandar kk
1/3/2022
• ke ppd kota marudu untuk ambil surat penempatan
• lapor diri di sekolah
• makan dan menginap di motel kupang
2/3/2022
• ke sekolah balik untuk jumpa pengetua
• selepas selesai pergi ke kundasang dan ranau
• pening teramat dan tidak boleh merasa atau bau
• menginap di hotel ranau
3/3/2022
• pergi ke beberapa tempat di ranau
• balik ke kota marudu dan shopping di serway
• family hantar ke kuarters sekolah
• bermulanya episod ditinggalkan berseorangan di sini
• family bertolak ke kk
• malam kakcik dan abe cik bertolak ke klia
• abah, umi, syahadah dan adik bermalam di hotel kk
4/3/2022
• semua yang di kk berjalan jalan tanpa saya
• ke pantai, ke sekolah lama tempat abah umi mengajar dulu, ke rumah lama
• syahadah beli hadiah untuk kawan dia adnin dan faizan
• malam bertolak ke klia dan duduk di rumah kakcik
5/3/2022
• abe cik, kakcik, syahadah dan umi pergi beli barang syahadah
• semua berehat di rumah kakcik selepas perjalanan di sabah tanpa henti
6/3/2022
• abah, umi, abe cik dan adik hantar syahadah ke uia
• kakcik tak ikut sebab kerja
7/3/2022
• pagi abah, umi dan adik bertolak balik ke kelantan
• naik grab sampai rumah cik ani dan ambil kereta exora
• abah umi hantar gambar keadaan rumah selepas banjir
Walaupun nampak singkat, cerita penuhnya bersama keperitan dan cabaran hanya diketahui oleh kami yang melaluinya sendiri. Ini dugaan untuk kami. Walaupun setelah menghadapi pelbagai cabaran yang tak mungkin dapat diceritakan melalui tulisan, alhamdulillah sampai juga kami di Sabah.
Kerosakan di rumah akibat banjir boleh tahan besar. Perodua Aruz dimasuki air. Rumah kami yang selama ini air banjir hanya sampai di kaki pagar, kali ini menembusi masuk ke rumah. Rak buku besar jatuh. Ada kucing peliharaan mati. Ikan yang dipelihara selama 14 tahun juga bergelimpangan mati termasuk ikan ikan lain juga. Tapi in shaa Allah akan digantikan dengan yang lebih baik jika kita reda dan bersabar.
Sedihnya saya tak dapat tolong cuci rumah sekali. Hanya Abah, Umi, Alang dan Adik berada di rumah sekarang dan hanya mereka lah yang terpaksa cuci rumah. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka. Allahumma aamiin.