Thursday, July 7, 2022

COMPLETE SUDAH GENG KUPANG




Dengan hadirnya Neilda ke Kupang buat pertama kali ini, maka sempurnalah geng kupang TAN2 kahkah. Jakun bah Neilda datang sini. Haha. Dengan ini saya merasmikan geng kupang yang terdiri daripada Cikgu Khalida, Ustazah Basirah, Cikgu Diana, Cikgu Neilda dan Miss Syahirah tiber. 

Saya sangat enjoy di Kupang semalam. Selain menghilangkan saya punya stress dan tekanan kehidupan baru kahkah, saya juga dapat menikmati pemandangan laut bergelora yang subhanallah sangat indah. Tapi takut juga saya tengok laut mengamuk. Mungkin dia moody macam saya juga semalam. Haha. 

Sekarang jam 4.08 pagi, 7 Julai 2022. Saya bangun jam 1.30 rasanya. Kenapa? Saya kena siapkan rph dan bahan untuk mengajar besok. Tambah lagi saya akan kena cerap dengan Ustaz Hazmin. Takut dek. Semoga Allah permudahkan. Lepas siap sediakan semua tu, saya kemas bilik yang macam tongkang pecah. Allahu. 

Jadi sekarang saya dalam keadaan aman damai namun tiba tiba sakit perut menyerang. Tak tahu perut nak apa sekarang. Bunyinya macam lapar. Tapi saya dah makan nasi ayam penyet yang sedap di Kupang semalam. Mungkin tak cukup kalau makan satu saja kan kahkah. Okaylah saya nak hayati lagu Kisah Seorang Biduan, nyanyian Dhalan Zainudin. 

Kota Marudu, Sabah. 

1 comment:

  1. Huntung la telefon macam Abah, boleh ambil gambar cantik cantik

    ReplyDelete