Okay sedih ke tidak? Sedihlah dek. Kesian saya. Hmm. Apa yang terjadi adalah saya dengan rasa rendah dirinya meminta untuk PK1 pertimbangkan saya untuk ajar form 1 menggantikan form 3, tapi form 2 saya ajar macam biasa. Saya minta untuk tidak mengajar form 3 adalah sebab saya rasa saya dah tak boleh nak handle mereka.
Tapi seperti yang boleh dibaca di atas, jawapannya TIDAK. Saya tetap kena ajar juga form 3. Allahu macam mana saya mahu meneruskan hidup ini kahkah. Tapi baik kan PK1 saya. Kalau dia bercakap pun memang lembut dan sentiasa positif. Jadi apa yang saya perlu buat sekarang adalah berlatih menjadi garang sedikit.
Selain itu mengeluarkan suara yang lebih kuat dan menggunakan pedagogi yang menarik. Betul kan? Saya takkan dapat tugas ini kalau saya tidak mampu kan. Doakan saya ya kawan kawan. Sekarang saya di rumah Basirah sambil makan KFC sambil tulis blog. Guna handphone saja. Awak dah makan ke? Kalau belum makanlah. Nanti tengah malam dah tak boleh makan. Tiber.
Kota Marudu, Sabah.
Seriyes betul kes tingkatan 3 ni..hmm kesian kakak saya. Semoga dipermudahkan
ReplyDeleteKesian kakak saya. Semoga dipermudahkan
ReplyDeleteKenapa ada 2 komen🌚
ReplyDelete