Siapa sangka rezeki saya menghadiri konvo Abah Muhammad, dapat lah ku bertemu dengan Youtuber yang agak dikenali iaitu Ajar. Dia datang sebab isteri dia konvo. Comel sangat dorang pakai sedondon. Nasib baik ada Abe Syahmi dapatlah aku bergambar dengan Ajar haha. Kalau harapkan Abah Muhammad, acah segan pula nak minta bergambar. Eee geram betul.
Tenang saja Ajar tak macam dalam video. Kan dalam video dia macam aktif betul kan. Di alam realiti dia sangat tenang dan pendiam. Behave saja dia. Ya lah takkan dia nak bercakap sorang sorang di tengah PICC tu kan haha. Antara motif saya bergambar adalah untuk buat Syahadah jealous kahkah. Dia pun pernah jumpa Ajar tapi tak bergambar sebab malu.
Sebenarnya saya sempat merajuk sebab Abah Muhammad taknak bergambar sekali dengan Ajar. Ya lah bukan selalu pun dapat jumpa dengan orang yang dikenali kan. Bagi lah chance. Saya pun bukan selalu pun excited jumpa orang famous. Saya beria sikit pun sebab dia orang yang educated, bukan famous sebab benda benda tak cerdik. Hiks.
Bandar Seri Putra,
Bangi.