Tuesday, October 24, 2023

HAPPY CONVOCATION


Tahniah Abah Muhammad di atas convocation kali kedua dalam hidupmu. Ini kali adalah konvo ala ala DPLI tapi nama lain. Saya pun tak pasti apa namanya tapi program bawah IPG lah. Ini kali kedua saya mengunjungi convocation. Pertama yang kakak saya dulu di UIA. Kedua yang ini di PICC. 

Dapatlah Muhammad jalan jalan di luar negeri kan. Saya pun dah lama tak jejakkan kaki ke KL Selangor. Rezeki sangat alhamdulillah. Kak Hidayah dengan Abe Syahmi pun join sekali pergi konvo Abah Muhammad. Kami tak masuk dewan pun. Habis majlis baru kami datang untuk bergambar. 

Muhammad sepanjang di PICC tidur sahaja ya kahkah. Alhamdulillah dipermudahkan. Takdelah dia merengek nak susu ke apa. Boleh lah kami bergambar dengan tenang. Kami ada terjumpa dengan beberapa kawan Abah Muhammad. Antaranya Abe Muiz anak Ustazah Hasmawati. 

Kesimpulannya, alhamdulillah termakbul juga doa Abah Muhammad untuk konvo bersama anak dan isteri. Doa yang dipohon sebelum tahu ada seketul Muhammad di dalam rahimku. Alhamdulillah rezeki yang tak terhingga Allah bagi kepada kami. Semoga amanah ini dijaga dengan sebaik mungkin in shaa Allah. 

Ada banyak lagi gambar konvo yang akan menyusul cuma sekarang belum sempat buat blog. Apa pun tahniah Abah Muhammad. Semoga dipermudahkan segala urusanmu. Umi Muhammad sentiasa doakan yang terbaik untuk Abah Muhammad. We love you ❤️ 

Bandar Seri Putra,
Bangi. 

No comments:

Post a Comment