Saya ada cerita yang lawak berkenaan dengan hari motivasi ini. Lagi special motivasi ditemani ibu bapa sekalian. Saya diwakili oleh Umi. Mungkin Abah ada kerja di luar sekolah pada hari itu. Atau Abah yang membentangkan keputusan peperiksaan kami. Haa betul betul.
Motivasi tanpa sesi muhasabah diri adalah tidak valid ya kawan kawan kahkah. Selepas motivator menyampaikan ceramahnya, adalah diselitkan sesi muhasabah diri di mana para pelajar dan ibu bapa saling menangis ya tuan puan. Insaflah kali kawan kawan saya.
Saya pun konon menangis lah kan. Saya pun nak lah peluk Umi macam kawan kawan yang lain sebab motivator suruh peluk ibu bapa kamu dia bilang. Sekali Umi saya cakap tak payah peluk, rosak tudung Umi nanti haha lawaknya lah bila fikir balik. Terus saya berhenti menangis. Umi saya tak menangis pun.
Umi saya tahu bila balik rumah nanti saya akan kembali ke perangai asal dan sesi motivasi itu tiada memberi kesan kepada saya pun haha. Saya tak sangka pula ada juga gambar kenangan ketika di sekolah rendah. Itu pun saya terjumpa di blog sekolah.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment