Assalamu'alaikum WBT.
Selamat menyambut ulang tahun hari lahir yang ke-5 Uwais! Uwais adalah sepupu Muhammad belah Abah dia. Anak kepada Kak Siti dan Abe Mae aka Maklang dan Paklang. Dia punya birthday 18/10 lagi tapi hari ini baru sambut di rumah Ma sebab baru cuti kan.
Ada dua jenis kek, dua jenis nasi air yang Kak Siti buat sendiri dan bawa dari rumah mereka di Kota Bharu. Uwais setakat ini adalah anak tunggal. In shaa Allah ada rezeki adalah adiknya nanti ya. Uwais budak yang tersangat cerdik dan bijak. Umur 5 tahun pandai sudah kira sampai infiniti kahkah.
Bahasa yang digunakan harian adalah Bahasa Inggeris. Kalau bercerita dia satu orang saja faham haha. Tapi sekarang saya dah makin faham lah. Kesimpulannya, tahap IQ dia mungkin macam budak darjah 6 seriously. Semoga Uwais sentiasa dilindungi oleh Allah.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment