Ini lah muka muka geng saya ketika di universiti. Geng makan dan geng assignment. Yang saya jemput ke majlis saya tahun lepas hanya beberapa orang saja iaitu Anis, Kak Yid, Najwa, Zainida dan Kak Izzah. Tapi Kak Izzah dan Zai punya kekangan waktu itu tambahan lagi dengan anak kecil. Jadi mereka tidak dapat menghadiri majlis ini.
Tapi saya bersyukur dan sangat gembira ada yang dapat datang alhamdulillah. Anis dari Tumpat bersama keluarga terchenta nya, Kak Yid dari Bachok bersama suami kesayangan nya dan Najwa dari Kemaman bersama adiknya yang havoc. Tapi memang saya tak sangka Najwa sanggup datang dari jauh demi kawannya yang tak function ini. Begitu.
Terima kasih semua. Kalian lah sahabat saya ketika suka dan duka di universiti. Sama sama menyiapkan assignment yang bertimbun dan mencabar, sama sama tidur lambst berlatih teater di Edu Square, sama sama prereg subjek dengan wifi nya yang lembap dan banyak lagi kenangan yang pastinya akan sentiasa dirindui. Okay saya nak nangis. Tak tipu.
Sekarang semuanya dengan cerita masing masing. Hala tuju masing masing. Siapa sangka begini kisah kita kan. Masa di universiti belum tahu masa depan. Berfoya foya saja sambil belajar kahkah. Sekarang semua sudah dewasa. Bukan sekejap saya dengan mereka, secara roughly dari tahun 2015 hingga lah 2022. I wanna cry right now.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment