Ini budak ah, Umi tengah salin pampers dia sempat lagi dia berak ya. Habis cadar, baju dia dan kain sarung Umi. Tak apalah anakku, yang penting kesihatanmu. Berak banyak banyak ya. Semoga sihat selalu Muhammad. Tengoklah muka bahagia dia dapat lancarkan perang dekat Umi haha.
Sebenarnya Abah dia sudah biasa kena macam itu. Saya yang selalu gelakkan Abah dia. Sekarang giliran saya yang kena. Dahsyat betul. Istighfar kejap saya tadi haha. Punya banyak dia berak luar pampers. Padahal sudah saya bagi masa secukupnya untuk dia berak. Biasa dia bagi tanda macam suara kereta buruk bila dia nak berak.
Yang ini tanpa apa apa amaran terus dia pancut saja. Eee budak ini. Terima kasih Muhammad bagi Umi merasa pengalaman ini. Baru 26 hari banyak sudah saya belajar. Alhamdulillah. Okaylah saya nak kemas rumah sekejap. Hari ini hari pertama tanpa Syahadah sebab dia sudah kembali ke lubuk utamanya iaitu UIA.
Semoga dipermudahkan segala urusanmu MamaDa. Drama betul Tokmi dengan MamaDa semalam. Saling menangis haha. Maklumlah banyak sudah dilalui bersama selama 3 bulan bercuti. Banyak betul jasa si Syahadah. Lagipun memang dia anak Umi hiks. Okaylah bye!
Sementara Muhammad lena, baik saya start buat kerja kan. Saya pun belum mandi lagi. Muhammad apatah lagi. Doakan saya. Semalam saya kurang sihat. Kepala berdenyut, rasa di awang awangan, tak boleh kepal tangan sangat dan sebagainya. Hari ini alhamdulillah makin okay.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment