Assalamu'alaikum WBT.
Setelah tiada baru pandai menghargai. Begitu lah hidup ini. Saya tak sedar sepanjang Syahadah ada di rumah, kerja saya sangat lah ringan. Apa apa saya boleh suruh dia. Sekarang Syahadah sudah kembali ke universiti, seolah olah hilang sebelah kaki ku. Tapi apakan daya, hidup mesti diteruskan.
Tapi sedikit susah lah. Mandikan Muhammad pun saya kena tunggu Abah Muhammad balik sekolah dulu. Kalau sebelum ini saya buat dengan Syahadah. Syahadah tolong gosok daki Muhammad. Bab makan pun tidak risau kalau ada Syahadah sebab dia champion bab memasak yang saya pun tak tahu sejak bila.
Kerja Umi pun makin ringan bila ada Syahadah sebab dia boleh tolong hantar dan ambil Adik di sekolah. Tolong belikan apa apa apa on the spot. Umi nak pergi mana mana pun Syahadah lah penemannya. Sesungguhnya banyak jasa mu Syahadah. Itu yang Umi sedih sangat Syahadah nak kena balik universiti kahkah.
Mukhlisin pun ada geng nak bercerita itu ini. Dorang kalau sudah bertapak dalam bilik jarang sekali nampak muka di luar ni haa. Apa yang dibuat, bercerita lah apa lagi. Sekarang Mukhlisin banyak duduk dalam bilik berseorangan menghadap PC, study, mengaji dan sebagainya.
Yang lawaknya kan, sepanjang 3 bulan si Syahadah bercuti semester, rileks saja dia drive kereta ke sana sini. Exora, Aruz dan Myvi. Semua kereta dibantai nya. Namun pada hari terakhir dia di Kelantan, qadarullah dia disaman pula kahkah. Apa sebabnya? Kereta tiada lekat sticker P.
Saya syak JPJ tahan dia sebab nampak macam budak yang memandu padahal umur dah nak masuk 22 tahun. Nak bangga ke nak sedih? Haha. Naa membayarlah saman ya adik kakak. Kiranya muka muda ni ada kebaikan ada juga keburukan dia kan kahkah.
Hari ini saya tak boleh nak buat kerja sangat sebab Muhammad banyak minta puji haha. Selalu nak perhatian dia hari ini. Biasa dia ni 😌 Sekarang pun dia tengah duduk atas saya. Lena pula dia tidur dalam keadaan duduk pun. Okaylah sampai di sini dulu coretan saya hari ini. Doakan. Bye.
P/S: Muhammad Wildan ni dah pandai demand ya walaupun umur baru 29 hari. Taknak baring, nak orang pegang juga. Macam mana lah Umi nak ke Sabah sayang. Semoga Allah permudahkan.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment