Muhammad dan berkerut berpisah tiada. |
Sepanjang travel ke KL, Abah Muhammad lah yang setia menukar pampers Muhammad tak kira masa dan tempat. Baik dalam kereta, di mall, apatah lagi di rumah seperti kebiasaannya. Saya akan tukarkan pampers Muhammad bila Abah Muhammad pergi sekolah saja. Selain itu, Abah nya lah yang akan buat. Terima kasih Abah Muhammad.
Umi bukan malas, tapi kita bagi lah chance dekat Abah kan. Bila lagi. Boleh lah tambah pengalaman kan kahkah. Tapi ada juga lah masanya kalau malam malam kami dah tidur, saya yang tukarkan pampers sebab Abah Muhammad kalau tidur, hanya Allah yang tahu susah betul nak kejutkan haha. Ya lah kita faham juga, penat kan bekerja di siang hari.
Tapi saya boleh katakan Abah Muhammad lebih expert lah dalam menukar pampers berbanding saya. Hihi. Tak apalah. Saya ada juga benda yang lagi expert dari Abah Muhammad. Haha taknak kalah. Tapi memang betul pun. Hmm. Banyak kali sebenarnya tukar lampin Muhammad sepanjang perjalanan ke destinasi, tapi saya tak tergambar pula.
Terima kasih Abah ringankan kerja Umi. Tiada apa yang diminta lebih daripada mempunyai pasangan yang saling menolong dan memahami. Tiber. In shaa Allah semoga Umi juga sentiasa menjadi yang terbaik kepada Abah Muhammad walaupun diri ini banyak kekurangan. Sama sama lah kita meraikan kelebihan dan menampung kekurangan masing masing.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment