Thursday, October 12, 2023

GENG BILIK KAUNSELING ABAH MUHAMMAD


Terima kasih kepada geng bilik kaunseling MMPM kerana sudi melawat Muhammad Wildan. Ramah sangat mereka. Cikgu Elmy, Cikgu Munirah dan suami, Ustazah dan Ustaz Fikry. Baik sangat sangat. 

Saya pula segan dan tak bercakap banyak. Sekadar gelak dengar cerita mereka. Hihi. Sporting betul mereka. Cikgu Elmy lagi lah kalau bercerita memang tak kering gusi lah haha. Lawak sangat. 

Alhamdulillah Muhammad tak meragam sepanjang diziarahi. Tidur saja seperti biasa. Tapi adalah dia bagi hint lapar, tangan masuk mulut. Tapi baru saja minum susu pun. Eee budak Muhammad. 

Kalau lah geng di sekolah sana pun begini alangkah indahnya. Aip Syahirah bersyukur saja bah. Hari ini saya happy sebab banyak barang Shopee dah sampai hihi. Punya lah lama saya menunggu tahu tak. 

Botol susu Avent, bedung, plastik pampers untuk travel, breast pad, bekas air hadiah untuk Abah Muhammad. Ada lagi 7 barang belum sampai. Semoga dipermudahkan. Apa lagi barang yang patut dibeli?

Satu bulan sudah Muhammad hari ini alhamdulillah. Cepatnya masa berlalu. Perasaan saya bercampur baur. Ada suka, ada resah gelisah. Tapi saya taknak cerita yang itu. Nanti saya stress. Okaylah bye.

Rantau Panjang, Kelantan. 

No comments:

Post a Comment